Friday, January 8, 2010

zuhur jumaat di kuala geri.


saya sudah mula lupa rasa cendol atau rojak di depan masjid yang sangat nikmat satu ketika dahulu.tatkala menunggu panggilan azan,waktu panas terik 32 darjah celcius telah memanggil cendol untuk menyapa tekak saya.kini,pada suhu -9 darjah celcius,memang buat lawak kalau saya teringinkan air batu campur atau cendol.

orang ramai berbondong-bondong ke masjid.masjid baitunnur adalah masjid terbesar di amerika utara.masjid ini berharga 15 juta dolar kanada dengan dana kerajaan sekular kanada.masjid ini walaupun dibina oleh masyarakat ahmadiyyah yang mazhabnya lain dari mazhab syafie,tapi peduli apa,kita bukan sembah imam tapi kita sembah tuhan yang maha berkuasa.

sungguh aman masjid ini.khutbah solat jumaat hari ini bercakap tentang pentingnya hidup bermasyarakat dan saling membantu.tajuk ini tidaklah hangat dan gempak kalau di malaysia.mungkin sudah basi,atau bahasa jermannya,kitsch.

tetapi,sungguhpun kitsch tajuk khutbah itu,tajuk khutbah itu masih lagi relevan untuk masyarakat islam kita.masyarakat islam yang ada pada hari ini mengencing dan meludah kepada idea hidup bermasyarakat.hari ini mereka sudah tidak peduli kalau jirannya mati kelaparan.sedangkan rasul pernah bersabda "tidak kamu menjadi seorang muslim sekiranya membiarkan jiran kamu kelaparan".

saya mengambil pendekatan begini,saya kesal apa yang berlaku di malaysia semalam.tiga buah gereja diserang dan dibakar oleh orang yang tak beragama tapi mahu tunjuk samseng.sedangkan semasa khalifah-khalifah islam menakluk negara lain,rumah ibadat agama bukan sahaja tidak dibakar tapi dipelihara untuk keadilan orang yang bukan islam.inilah asas yang didirikan oleh nabi muhammad,saling hormat-menghormati.

saya bercakap dengan nada yang serius.saya melihat fasisme di malaysia kini sudah sampai ke peringkat kronik.semasa saya menjadi rempit,memecahkan kedai cina dan merompak kedai india adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh orang melayu.saya menolak untuk lakukan perkara ini kerana,saya sendiri bercampur-campur keturunan saya.saya juga ada darah irish,saya ada darah turki,dan saya ada darah yahudi selain melayu.kerana saya menganggap semua manusia berhak untuk menyembah apa yang mereka sembah,dan saya tidak memusuhi mereka hanya kerana berlainan agama,berlainan kulit atau berlainan fahaman.kalau ada pun,saya cuma bermusuhan itupun hanya 90 minit terhadap peminat kolamlimpa(liverpool).habis perlawanan,saya rasa saya tidak seharusnya melanjutkan permusuhan itu kerana ryan giggs pun sudah bersalam dan berpeluk dengan steven gerrard.dahulu semasa saya belum matang saya redah saja hayunan penumbuk tapi kini saya rasa benda itu terlalu bodoh jika dilakukan.

kepada rakan-rakan katolik di malaysia,saya mengajukan salam keamanan kepada semua.saya ingin memberitahu,tidak ada siapa yang membakar masjid di kuala geri atau di seluruh kanada.itu perkara bodoh.jika ada katolik yang membakar masjid(itu pun jika ada) orang katolik sendiri akan mengutuk tindakan ini.tindakan ini adalah tidak wajar.

pendirian saya terhadap nama allah?saya,mudah.nama tuhan adalah hak ekslusif tuhan,bukan hak ekslusif orang melayu.kalau nak kecoh-kecoh nak sibuk nak pertahankan nama tuhan ini,pergi ke tanah arab.orang kristian juga menyembah allah,bezanya mereka tidak percaya kepada muhammad.itu adalah hak mereka untuk mempercayainya.

kalau ada yang nak bising tentang tiga kesucian(holy trinity),perkara ini adalah kepercayaan mereka.sama seperti perspektif tahi lembu,tahi lembu adalah perkara yang sama.orang ramai berasa jijik dengan tahi lembu tetapi orang kemboja memakannya dengan penuh enak sekali.benda yang sama,perasaan yang berlainan.(amaran:ini cuma konsep,bukan nak samakan contoh,kalau bodoh pergi ketuk kepala sendiri)

begitu juga dengan allah.orang kristian mempercayai allah dengan caranya.orang islam mempercayai allah dengan caranya juga.ini bukan bercakap tanpa berasas,ini saya sudah tanya dengan semua pihak,islam dan katolik.

jadi,jangan gunakan agama atau bangsa semata-mata ingin mendapatkan tanda 'x' di kertas dalam pilihanraya akan datang.atau mendapat kontraktor kelas f,kalau paling busuk pun menjadi ketua pelajar universiti.jangan bunuh orang kerana kebodohan sendiri.

zuhur jumaat di kuala geri yang dingin,selepas pulang dari masjid,polis yang saya percaya beragama katolik,mengawal lalu lintas jalan raya sambil tersenyum melihat umat islam pulang dengan hati yang lapang selepas menyembah tuhan yang maha berkuasa.

secara jujur,sebagai seorang muslim,saya kecewa dengan ini.ini yang menyebabkan saya atau seluruh keluarga saya takut untuk pulang.saya tidak mahu anak saya yang bakal lahir,soeffiyan shahrul sulaiman dididik oleh sistem pendidikan yang fasis dan pecah belah.

percaya pada konsep 1malaysia?lebih baik buat ini dari percaya konsep tu.

7 comments:

Ez Puella Sapiens said...

Stop religious fascism!

bangunberdiri said...

semalam aku dah bincang hal ni dengan member2 yang lain, isu ni sebenarnya isu yang di politikkan, isu yang sengaja di api-apikan, untuk mengolah persetujuan... tapi setakat ni, aku takkan keluarkan apa-apa artikel atau kenyataan sebab benda nih tgh hot di malaysia, aku rasa kawan2 yg lain pn mcm tu jgk..
sebab tu yang selalu aku sebut "jangan jadi bodoh dan malas"

Anonymous said...

yg penting,kita jgn terpedaya dan alih pandangan kita dr apa yg sepatutnye..

Cob Nobbler said...

rakyat hidup bersatu dan maju?

lagu kebangsaan pun menipu.

Aril Cantona said...

woit nami,kau ada contact member aku yang christian robert budak miri tu?ala,dia pun merempit sama dengan aku dulu..

kau jumpa dia kau kirim salam kat dia woit!

azfar said...

cmne dia nak jumpe geng?dia asek tdo je kat umah aku secara marathon...samapai haosmet aku pon panggil dia lori balak naik bukit highway gua musang...

Aril Cantona said...

azfar,

kau silap.dia ikut waktu kuala geri.

aku rasa dia silap ikut timing la.hahaha!