Sunday, January 31, 2010

weng weng dan meriam-meriamnya.


(proses membuat meriam buluh)

sebenarnya aku nak tulis semalam,tapi semalam ada banyak kerja,jadi aku tulis malam ni.

perlawanan jam 10.30 pagi menemukan antara pasukan manchester bersatu menentang pasukan meriam di stadium emiriah sangat dinanti-nanti oleh kedua-dua belah pihak.tambahan pula dua pengurus iaitu tok wan junjungan kita alex ferguson dan arson weng weng adalah pengurus yang paling lama bertahan di england kalau tidakpun di muka bumi ini.dan kedua-dua pengurus ini ada satu sejarah yang mereka pernah bergaduh dan bertengkar seperti awie dan erra fazira pada pertengahan 90an dalam filem sembulu.

perlawanan antara manchester bersatu dan meriam ni sangatlah sengit ketika zaman besi hitam(black metal) masih belum dapat dihidu oleh kerajaan.masa itu rachael leigh masak(cook) masih lagi cun dan bergetah.masa itu bayirina(babyrina) adalah porno yang paling hebat.masa itu tiada blogger cuma ada geobandaraya(cities).

masa terkenang tok wan junjungan kita alex ferguson telah dibaling pizza oleh penyokong meriam di tinggitanam(highbury) dan di trafford lama lagu "sama tua meriam,selalu menipu"(same old arsenal,always cheating) berdendang.juga abang otai roy keane yang menyound sebijik patrick kawan spongebob,eh,patrick vieira di tinggitanam sebelum manchester bersatu membelasah meriam.bahkan john o'shea turut menyumbang gol menyebabkan lehmann(satu-satunya pemain meriam yang tak pernah aku bahan sebab nama dia dekat dengan nama bapak aku leman) tercungap-cungap.

aku menonton perlawanan ni dengan penuh bersungguh-sungguh.bini di hospital hanya mampu bersms sahaja mendengar berita.apabila almunia menjaringkan gol sendiri,saya tiba-tiba tergelak dan terkenang kepada teluk ramunia pengeluar bauksit semasa geografi kbsm dahulu.bodoh betul,orang johor mesti marah sebab nama dah la nak dekat,lepas tu bodoh.

empat minit kemudian,tanpa disangka-sangka,"oooooooooohhh yeaaaaahhhh wan runiiiiiiiiii!"

"runi!runi!runi!runi!"

itu dia budakjahat wan runi.dengan samsengnya menewaskan si teluk ramunia lagi.aku mesti bayangkan si badul fan meriam.mesti tengah menangis-nangis maki si teluk ramunia ni.

gol ketiga pula muncul,datang dari korea,taman ji sung membuatkan semua peminat pasukan meriam menyanyi lagu sonata musim sejuk(winter sonata),semua tangkap leleh dan tangkap syahdu.

dan akhir sekali hadiah saguhati kepada meriam,sebab tak best la pukul-pukul ni,bagi la sebijik john..kepada vaermalen.kata orang ni rezeki anak.wan runi dah jaring 100 gol.bakal jadi kapten england ganti john tari.john tari dengan skandal seks ingin menjadi harimau kayu.hahaha!

1 comment:

nyzm said...

nani kau tak mention plak? hahah