Monday, January 11, 2010

nicholas saputra dan dian sastrowardoyo.


setelah tertekan melihat minah kaki bertulang besi beremosi melayan pawagam syurga berkali-kali,makcik bibik mengajak dia untuk melayan sebuah filem indonesia yang agak kitsch dan bimbo berbanding cerita pemikir berat-berat yang sering ditonton oleh minah kaki bertulang besi ini.ceritanya ada apa dengan cinta.kan tenang je tengok bimbo melompat-lompat masa mula-mula tu.niat sebenar makcik bibik supaya minah kaki bertulang besi tidak mempengaruhi kandungannya,nanti sering murung,jadi hiburkanlah hati.

jadi kami pun menontonlah bertiga filem indonesia ni.kelebihan cerita ini semua orang boleh faham.jadi cerita punya cerita ada pulak mamat ni yang tulis puisi.dalam hati aku,apa yang seronok puisi puisa ni?sampai boleh buat awek terguling-guling nangis?

zaman aku kecik-kecik dulu,aku memang tak pandai berbahasa.kalau jumpa orang tua pun dorang cakap aku tak berbudi bahasa punya budak.aku lemah sikit bab bahasa-bahasa ni.bahana aku retilah.

dulu masa kat subang jaya aku ada cita-cita nak ada kugiran,macam mamat pelompat parti.mamat pelompat parti selalu bila pegang gitar aku,dia dengan kod(chord) yang bodoh.c,g,a minor lepas tu f.mula-mula mamat ni pegang aku dah tergelak sakan.mamat macam ni yang dua adik beradik cun rebut-rebutkan tu?lepas tu bila mamat tu nyanyi lirik yang tak pernah aku dengar,lepas tu mamat tu ambik pen dan tulis.ooo,rupanya mamat ni walaupun tak reti goreng-goreng tapi buat lagu sendiri pandai yer..

satu masa,masa minah kaki bertulang besi pergi ke singapura untuk pertandingan papan roda(skateboard),mamat pelompat parti ini telah datang ke rumah aku.cuma beza kali ni tiada minah kaki bertulang besi.rupa-rupanya mamat ni telah mengadakan taktik yang agak chee bai,iaitu menggunakan puisi dan lagu untuk menawan arwah adik aku,elly.

semasa itu papankunci(keyboard) arwah masih ada lagi,jadi mamat pelompat parti ni tahu setiap pukul 4 petang arwah akan berlatih bermain papankunci.jadi satu hari yang tempat tu,mamat tu bermain gitar,mengikut arwah bermain lagu "saya mahu pegang tangan awak" nyanyian kumpulan beatles(aku takde bahasa melayu dalam perkataan tu).dan dengan chee bainya mamat tu bermain lagu-lagu yang menyeronokkan hati arwah.apa yang mengejutkan aku,mamat pelompat parti ni yang aku nampak selenge je rupanya suka berseni.dia pernah lukis gambar arwah adik aku besar saiz a1.masa minah kaki bertulang besi jumpa lukisan tu dia hampir-hampir nak koyakkan--nasib baik aku ada.tapi lepas beryahoo dulu mamat pelompat parti cakap dia dah hampir tak boleh melukis sebab dah lama tak berlatih.lepas ni,kau berlatih lah puas-puas.sayang bakat kau tu.ye lah,dulu kau pernah kerja kat komik,kalau lukisan kau macam sampah,macam mana boleh kerja kat syarikat komik,kecuali kerja kau bancuh kopi.



"aku tak peduli,ada atau takde kau,kau tak tahu,hati aku jatuh dan pecah..." lagu ada atau takde kau dari rambut palsu kelly minah ni sedang menyanyi.



"sekarang kau lari sepuluh kilometer cepat,sebelum aku baling balang kopi kat muka kau,cepat!" itulah dia lakonan minah berkaki besi dalam teater.

apapun,selamat bekerja besok kepada mamat pelompat besi.semoga sejahtera hendaknya besok menghadap hidop baru!

4 comments:

Johan 23.01.84 said...

woit,beatles = rentakan..hahaha

azfar said...

pertandingan papan roda(skateboard)
salah tu arel..

sepatotnye papan selaju!
ohhh bantulah aku mencipta bahagia bersama robokop yg chuuun!

utang setel,aku jadi adik ko ya bang!hahahahaha

Aril Cantona said...

johan,

oooo...maap,aku fail bm.

azfar,

kau nak bahagia dengan dia,kau kena sabar menahan lempangan padu maut dia..atau sepakan tomoi ala-ala sagat pahlawan jalanan(street fighter)

azfar said...

beatles berarti kumbang2 atau kekumbang daa..

bahagia dengan robokob,aku kena sabar menahan lempangan padu maut dia..atau sepakan tomoi ala-ala sagat pahlawan jalanan(street fighter)

jgn kan itu,api yoga dhalsim pon aku tahankan!

ohh aku mendambakan gadez manis yang pandai bermain gitar macam colbie caillat...ohhh adik mu!ohhh nyawa ku...