Tuesday, January 5, 2010

mancini mansiti.


aku pernah tinggal di milan dengan keluarga masa usiaku kecil.aku tak tahu apa itu ding dang atau tora yang dipromosikan oleh mat sentul mat karung guni yang menjadi idola si zahir hidung kemek(kawan aku).aku diberitahu bahawa ding dang dan tora adalah punca kenapa anak-anak mengejar bai jual roti.bai ni pun satu,kata jual roti tapi jual ding dang.klepet punya bai.

semasa di milan,aku tidak tahu tentang bolasepak itali sangat sebab aku tinggal di kawasan orang-orang kaya.mereka berminat bermain polo dari bola.dan jiran aku adalah bernie finns,kawan aku yang memperkenalkan aku terhadap manchester bersatu.dia orang england,dan dia punca aku tidak pernah lompat parti bahkan terus setia dulu kini dan selamanya.

tetapi aku ada simpati terhadap milan antarabangsa(internazionale).sebab penyokong ultra ac milan buat aku menyampah dengan merah hitam(rossoneri) ni.perkauman dan suka bunuh orang.milan antarabangsa pun sama jugak tapi milan antarabangsa ni lebih bersopan santun.macam membandingkan pemandu kereta di pekan kota bharu dengan kuala lumpur.walaupun dua-dua mengamalkan prinsip anarkisme jalanraya(road anarchism),tetapi kuala lumpur lebih bersopan santun sebab orang kota bharu mengikut pengalaman aku suka main letak kereta tanpa teratur.tak tahulah keadaan sekarang.kalau dah baik alhamdulilah,ini adalah satu rahmat hasil doa nik aziz solat hajat di stadium satu masa dulu.walaupun kota bharu dan kuala lumpur tidak sesopan kuala geri tetapi kuala lumpur lebih baik.macam tu jugak milan antarabangsa dan ac milan,walaupun dua-dua badigol tidak seperti fan korea yang bekerjasama menyapu sampah di stadium bersama-sama selepas perlawanan.tapi milan antarabangsa punya penyokong lagi baik.

jadi,apabila liga juara-juara tahun lepas,perlawanan antara manchester bersatu menentang milan antarabangsa,aku ada sedikit simpati kepada jose mourinho walaupun aku menyampah semasa zamannya di jambatan stamford.tapi hati aku tetap bersama manchester bersatu walaupun barat perang(wes brown) macam bangang ketika menentang leeds bersatu.

jadi perlawanan jiran-berjiran antara manchester bersatu menentang manchester bandaraya,pastinya nama yang akan disebut adalah roberto mancini.mancini dahulu merupakan pengurus pasukan milan antarabangsa.dia diberhentikan kerja seperti pekerja nepal yang bekerja di restoran yang enggan mengangkat gelas kerana mengusha gadis kilang.dan kini mancini bekerja memburuh di manchester bandaraya.sementara itu alex ferguson yang baru berdarah otak menahan kebangangan barat perang yang pernah dikatakan cuba dibuang ke istanabaru bersatu(newcastle united) tetapi gagal kerana pujuk rayunya yang menggoda jiwa.jadi perlawanan jiran ini pastinya seronok seperti ezreen bergaduh dengan jiran rumahnya di usj sheeda kerana mengejek arwah adik aku elly sebagai gagap.lebam biji mata sheeda seperti anwar ibrahim ditumbuk rahim noor.

apapun,perlawanan ini pastinya mengimbau nostalgia buat insan yang bernama carlos tevez.mamat berwajah makhluk aneh ini sanggup lompat parti dari manchester bersatu ke manchester bandaraya kerana cemburu dengan ketampanan berbatov yang wajahnya seperti al pacino.pernah dikatakan hasrat hati carlos tevez untuk menjerit sepuas-puas di depan alex ferguson sekiranya dia menjaringkan gol menentang manchester bersatu.baik jangan letak mamat barat perang.karang kena baca talkin nanti.nak buat kenduri arwah lagi,mana nak pergi pejabat pendaftar nak daftar kematian nanti.kerja leceh bagi keluarga alex.aku tak sanggup atuk angkat aku ini dijerit oleh mamat berwajah makhluk aneh dari planet zargus ini.

aku selepas menangis sepuas-puasnya selepas manchester bersatu ditewaskan dengan leeds bersatu,aku tidak mampu lagi menangis jika tewas dengan manchester bandaraya pula.nanti bekalan air kena catu akibat kekurangan air.nanti baldi naik harga,susah hati pengguna yang keresahan.jadi aku mengharapkan kemenangan manchester bersatu sambil mengharapkan mamat berwajah aneh itu tidak menari goyang gerudi inul seperti yang dia sering lakukan sebelum ini.

aku rindu menonton bola pada waktu malam.semasa di malaysia aku selalu menonton bola pada waktu malam,ada banyak awek-awek untuk dikacau sambil menonton bola.tapi di kuala geri,aku menonton bola pada waktu pagi,atau tengah hari.leceh,macam zaman piala dunia korea jepun dahulu,ada pulak tengok bola sambil makan goreng pisang dan jemput-jemput pisang.mana keseronokannya?aku masih teringat lagi mamat pelompat parti selalu bersama aku ketika dia menjadi rakan seperjuangan aku dahulu.mamat pelompat parti ini sering menghabiskan rokok aku kerana dia seorang yang cepat emo dan tertekan.pernah sekali mamat pelompat parti ini menumpahkan teh tarik gelas besarnya ke atas seorang gadis yang comel kerana kekecohannya itu.jaringan van nistelrooy yang sepatutnya membawa keceriaan sebaliknya menjadi kemurungan buat mamat pelompat parti ini,sebab mamat pelompat parti ini dimarahi kekasihnya seperti cikgu ilmu hisab aku ketika aku tidak siapkan kerja rumah rumus algebra.

apapun,seperti ezam mat noor yang pernah bersumpah,mamat pelompat parti ini akhirnya jadi sesumpah dengan melompat ke catalan apabila perlawanan akhir liga juara-juara menentang manchester bersatu.aku mengharapkan sinar satu hari nanti menyedarkan kesesatannya dan membawanya ke jalan yang benar dan lurus ke trafford lama,bukan padang baru(camp nou).aku rindu dengan gelagat mamat pelompat parti ini apabila menonton bola.kenangan bersama mamat pelompat parti ini akan terus aku kenang,seperti anwar ibrahim rindukan ezam mat noor.

bagaimana suasananya kuala geri menonton bola?jawapannya suasananya seperti mahu membayangkan seekor tapir berjalan di tengah-tengah piramid jalan matahari(sunway pyramid) sebab ia tidak mungkin berlaku.di sini tidak ada jersi manchester bersatu atau mana-mana empat besar liga perdana barclay,tapi sebaliknya jersi hoki ais dari pasukan api kuala geri(calgary flames).walaupun kini aku menghargai hoki ais,namun mirnawan nawawi pemain hoki malaysia tetap aku kenang.aku selalu menonton bolasepak di kuala geri bersama isteri tercinta sambil makan roti bersama sirap maple bersama koko panas.walaupun romantik tetapi tetap tak best sebab menonton bola sepatutnya tidak romantik.sepatutnya isteri aku menemani aku ketika aku sedang menonton porno,bukan bolasepak.teman aku untuk menonton bolasepak sepatutnya mamat pelompat parti,kecuali jika ia menumpahkan teh tarik gelas besarnya terhadap aku.kekecohannya bersama memorinya yang cukup kuat menghafal nama pemain dengan hanya menyebut nombor jersi membuatkan aku suka menonton bolasepak bersamanya.mungkin dia suka makan kismis minda ismail kamus.atau suka membaca minda pelajar yang diterbitkan sebagai akhbar sisipan berita harian setiap hari rabu,yang aku diwajibkan beli di sekolah.

aku merasa sayang mamat pelompat parti ini keluar parti manchester bersatu sebab dia lebih tahu manchester bersatu dari aku.dia lebih tahu manchester bersatu dari budak-budak forum manchester bersatu dari segi sejarah.mamat pelompat parti ini bagus untuk manchester bersatu tetapi sayang kerana emo dia telah meninggalkan manchester bersatu.kalaulah dia sanggup kembali ke manchester bersatu aku sanggup menghantar rokok satu kontena sebagai bekalan hidupnya untuk menonton bolasepak.malangnya aku tidak ada ladang tembakau.aku hanya mampu menabur janji seperti ahli politik di ceramah-ceramah dan rapat umum.

apapun,budaya menonton bolasepak ini tidak akan menjadi apa-apa sekiranya rakyat malaysia hanya suka menjadi penonton.padang bola masih lagi ditarah trektar untuk dijadikan tempat letak kereta.atau tapak kedai.malaysia akhirnya akan jadi seperti pekerja nepal yang enggan menyusun gelas kerana mengusha gadis kilang,usha pun bukannya dapat pun.

remaja-remaja malaysia,hidupkanlah padang bola anda setiap petang.jangan hanya bermain serangan kaunter(counter-strike) sahaja.atau amaran merah(red alert) sahaja.aku rindu zaman remaja aku,main bola di padang.futsal adalah perkara yang tidak bagus terhadap bolasepak kerana bolasepak bermain di atas rumput.fifa tidak akan kira kedudukan bola sepak malaysia untuk lebih baik jika rakyat malaysia suka main atas simen.jangan sibuk membeli jersi wayne rooney atau michael owen tapi perut terus memboroi.

akhir sekali,bila bermain bolasepak di waktu petang,awek-awek baru balik sekolah akan memandang kita dengan perasaan kagum dan takjub.kita tidak akan diberi perhatian awek-awek baru balik sekolah ini sekiranya kita mat boroi,kecuali mamat pelompat parti yang mempunyai jampi serapah jawa yang cukup kuat.mampu membuatkan dua adik beradik yang cun bergaduh sesama sendiri kerana jampinya.tapi itu mamat pelompat parti,dia ada auranya yang tersendiri,kita yang tidak ada aura hendaklah mencipta aura dengan bermain bola di padang.seperti kata kawan siber aku yang selalu kena bangun berdiri sebab kena denda dengan cikgu sekolah sebab tak siap kerja sekolah,jangan jadi bebal dan malas.

8 comments:

Ez Puella Sapiens said...

ARIL!!!grrrr...

Mamat pelompat parti tu blah from manchester bersatu sebab fan manchester bersatu poyo!

Sebab all of them dogmatic,main ntah apa-apa pun nak sokong.Orang nak tengok permainan menarik,bukan nak jadi setia-setia ni.You nak setia-setia ni jadilah pungguk rindukan bulan.

And what the hell Bukit Cerakah ada kaitan dengan this article?

Aril Cantona said...

Angah,

Alaa Kenny Miller lompat parti dari Celtic ke Rangers sebab Rangers cool,so what?hahahaha!

Bukit Cerakah,nyaman dan segar,sesejuk aircond kereta abah hahahaha!

azfar said...

hoi3!!
korang adek beredek sekeluarge beloger nak bergadoh apahal???nak kena tomoy jawa???

aku sedia maklom bahawa menurot laporan adek ko,bapak korang bukan la saorang beloger seperti korang....

mamat pelompat parti sudah selamat berada dirumah aku malam tadi dan sangat mengejot kan,dia tiada dirumah pada pagi aku bangon tidor untok bersiap pergi memburoh....bila aku pukol talipon,dia cakap dia merayau2 tanpa hala tuju membuat kau risau lalu mercau dan sasau sendirian...

bila melihat keadaannya yang tidak teruros dan chompang champing,aku jadi sedih dan tidak keruan...namum,aku harus tinggalkan dia meneruskan kehidopan kerana aku perlu memburoh untok kerajaan ..semoga dia aman bersemadi dirumah aku hendaknya..

p/s: karangan kau sangat hebat dan menghiborkan pagi aku yang muram di pejabatan...teroskan menghiborkan warga dengan penulisan ko..aku akan menyokong kolamudangbatulapansemenyihdotbeloksepotdotkom kau ni...

Anonymous said...

mlm td mat pelompat parti ni jadi mat nostalgia,heret kitorg gi lepak kat tempat kejadian teh tarik tumpah..hahaha

Cob Nobbler said...

nko tengah tapai ke masa nko tulis entry ni?hahaha!

Macam aku cakap berbuih mulut aku - aku keluar dari MU bukan sebab fannya yang poyo,bukan kerana team makin bangang tapi sebab aku dah tak suka situasi ni.Manchester United kena overhaul balik.Keperluan tu aku dah nampak.Liverpool pun sama.

Untuk nko lihat competitiveness antara Man United ngan Chelsea,nampak dah mula nak sama.Dulu Chelsea team carok,tapi sebab dorang re-construct club dorang.

Kesetiaan tak berbelah bahagi tanpa ingin menukar foundation mengikut peredaran semasa samalah macam nko ni nak hidup macam zaman Hang Tuah dalam Petaling Jaya.

Kalau nko sayang Manchester United,nko kena ubah kelab ni.Herd mentality ni nko kena buang.Kena tengok tactical team lain gak.Kena tengok individual skills team lain gak.Jangan jadi bebal dan malas(quote Bangun Berdiri).Jangan asyik nak bangga team sendiri tapi dah ditelan arus zaman.Nanti jadi macam fan orthodox Liverpool baru tau.

Aril Cantona said...

azfar,

woit tak sampai semenyih pun.kolam udang tu kat puchong je.batu lapan takkan tau..aku duduk kat subang dulu mana la aku pergi jauh-jauh.

ala masa dulu pun mamat pelompat parti memang macam tu.bersompang-samping macam pengemis.macam mana la dua-dua adik beradik yang cun boleh bergaduh sebab mamat bersompang-samping ni,dia ada ilmu jampi jawa.sebab tu mamat pelompat parti ni mampu meruntuhkan air mata awek-awek kalau dia betul-betul nak la.deanna yusof pun dia boleh tu,nak dengan tak nak je.

aku takdelah bergaduh dengan angah aku,tapi biasalah,nak bergurau mesra dengan adik aku.tapi taklah semesra ketika di bukit cerakah kah kah kah!

Aril Cantona said...

johan,

mapley bb?buat apa pergi situ..situ tikus besar ayam.tak lalu aku nak makan.silap-silap nasi goreng ayam kau order sebenarnya nasi goreng tikus.kau sedap je makan.

lain kali ajaklah dia pergi bukit cerakah.mesti dia bernostalgia bercerita tentang perkara itu.mesti korang suka punya hahaha!

Aril Cantona said...

nami,

ala macam ezam cakap dulu,dia keluar pkr join umno sebab nak memulihkan bangsa melayu.kau nak memulihkan MU.ala poyo la ayat macam tu.kau keluar MU sposen pun glazer tak rugi walaupun dah rugi berbillion-billion pound.

macam ni,aku suka,aku tengok.tapi walau macam mana pun,mu tetap mu.team lain pergi mati.

memang tak nak hidup macam hang tuah di petaling jaya,tapi aku tanya kau,kalau hang tuah muncul balik kat petaling jaya pun dia pun pergi uptown jugak beli baju MU.