Wednesday, February 17, 2010

dedikasi kepada minah kaki besi dan mamat pelompat parti.



merpati sejoli - jari mentega.

13 may 2004-16 august 2005,18 february 2010-current.

gua boleh labelkan lu orang pasangan paling susah nak berpisahlah.gua tak fahamlah macam mana lu orang boleh couple balik.sumpah sampai sekarang gua tertanya-tanya.kalau romeo dan juliet hidup balik mesti die cari korang punya,takdelah bodoh sampai minum racun.

bagi gua,sebagai pemegang title "abang ipar" lu kali ketiga kali(first ez second elly,this is third time),gua tepuk dahi je la tengok lu orang ni.dah,sekarang korang dah besar,kan?korang dah pandai kan,lain kali kalau nak gaduh-gaduh ke apa,settle pelan-pelan.

sekarang gua boleh harapkan bakal sepupu shahruni tak bermuka macam bakal abah dia.nanti macam monster kah kah kah!

gila la lu orang ni.memang gila.

tahniah buat korang dari aku dengan isteri.

satu je aku nak kasi remind kat lu orang.





ape CER di bukit CERakah,apakah CERAhKAH nasib anda berdua?KAH KAH KAH!

Tuesday, February 16, 2010

viva kanada!viva manchester bersatu!


sebentar tadi team lelaki kanada membelasah negara ole solskjaer,torre andre flo dan john arne riise,norway 8-0.bagi kami 8,9,10...18 itu perkara mudah.setakat norway,itali,slovakia..mereka semua balik dan menangis kena tapau.

tengah hari aku dapat tengok manchester bersatu mengalahkan ac milan a.k.a. kelab warga tua 3-2.daud bekam menyesal dan seperti cristiano ronaldo yang insaf bahawa manchester bersatulah kelab paling bagus di dunia.sayang wan runi tidak mempunyai rambut seperti daud bekam,kalau tak,dah jadi model bilkrim.

tapi apapun,musuh ketat kami iaitu negeri bersatu amerika membelasah rusia 13-0 dalam acara wanita.dalam wanita boleh la kau belasah,lelaki russia hoki power.

apapun,kalau aku datang rumah bangunberdiri yang didakwa nami depan piramid jalanmatahari(sunway pyramid),aku bercadang mahu tubuhkan kelab hoki ais.aku akan jadi striker terunggul di malaysia.bangunberdiri dia jadi maskot,okay apa nanti ada perempuan kata "ooh he's so cute..".

johan mamat cool dari scotland,kau rasa apa maskot yang sesuai?harimau?itik?singa?haha takpe la,johan jadi wakil curling je la..pair dengan khir toyo penyapu hahaha!

Monday, February 15, 2010

daud bekam kembali ke trafford lama.



oopps!salah gambar.wartawan kolam udang masih lagi belum terlatih,kami disini semua demam sukan olimpik hahaha!

diberitakan pada rabu esok,daud bekam atau nama yang dikenali sebagai david beckham akan pulang ke trafford lama.kata daud bekam,dia sangat merindui sambal tumis mak temah di sebelah trafford lama.dia juga mahu salam dengan tok wan junjungan alex ferguson untuk mendapat restu sambil mendapat ang pau sempena tahun baru cina.

tetapi sayangnya,daud bekam tidak lagi memakai jersi nombor 7 seperti yang dibanggakan satu ketika dahulu di trafford lama,tetapi memakai jersi nombor 32.oh,dia juga mewakili kelab persatuan rumah orang tua milan.dah tua rupanya daud bekam ni.

sementara itu si karim akan kembali semula ke lyon,apabila madrid benar bertemu dengan lyon.si poyo cristiano ronaldo dan si mat iklan tv bravia kaka juga dijangka muncul di lyon.

semasa berita ini ditulis,kanada mendahului switzerland 5-0 dalam hoki ais dalam masa 20 minit.belasah jangan tak belasah.tunjukkan dunia siapa kita!tak dapat masuk world cup bola,hoki ais pun jadi.dalam hoki ais,team brazil adalah seperti team malaysia jugak.hahaha siapa nak kena belasah!

tunjukkan utara sebenar kita yang kuat dan percuma oh yeah!

Saturday, February 13, 2010

kanada 18 - 0 slovakia.



ala,tu baru team perempuan.team lelaki belum tunjuk lagi.wan gretski(wayne gretsky) sang otai ala-ala george bagus semalam tersenyum je.meghan agosta dengan ceri peniup paip(piper) membuat tiputopi(hattrick) untuk membelasah slovakia.

tunjukkan utara sebenar kita yang kuat dan percuma tu,yeh yeh!malam ni,yeah,lawan switzerland.

sementara tu,gua sumpah gua tak nak tengok luge punya acara.gua takut kena langgar,accident,mati.siapa nak bagi makan kat shahruni nanti?

orang scotland pergi main jauh-jauh tengok curling,ok?hahaha!

sementara tu dikhabarkan acara menurun ski ditangguhkan sebab salji lebat.kawan ez masih tidak meluncur lagi.

kanada sudah satu pingat perak.amerika bersatu awal-awal dah menang satu pingat emas,satu perak dan dua gangsa.korea selatan ditempat kedua dengan satu emas,satu perak.

takpe,hari masih muda.tapi yang pasti berita tergempar,kami belasah slovakia 18-0.lepas ni kalau aku balik piramid jalan matahari(sunway pyramid),budak-budak hoki ais kat situ aku tarok je dorang milo,biar dorang jadi milo ais.aku balik malaysia nanti aku jadi wan gretski dan anak aku jadi wan runi.tapi itu cuma anganan sahaja,hahaha!

Thursday, February 11, 2010

utara sebenar kami yang kuat dan percuma.



"our true north strong and free" itulah motto negara kami.

esok,seluruh dunia akan tertumpu ke negara kami,kerana negara kami akan menganjurkan sukan olimpik.adik aku akan bergegas ke british columbia stadium esok,untuk menyaksikan upacara gilang gemilang.semasa sukan komanwel 1998 dahulu dia menjadi salah seorang sukarelawan tapi hari ini dia hanya jadi sawan sahaja.

aku mahu kanada menang pingat emas hoki ais,yang lain tu aku tak ambik peduli.selain bola sepak,hoki ais adalah kegemaran aku.selama ini kuala geri berapi(calgary flames) jadi sanjungan aku seperti manchester bersatu.

kawan ez masuk slalom wanita.aku sebenarnya nak tengok ice-skating sebab masa dorang buat spinning boleh tengok skirt dorang terangkat-angkat.macam best jer hahaa!aku dulu fan sasha cohen dengan sarah hughes.hahaha!michelle kwan pun aku layan.

harapan kanada kepada hoki ais disandarkan.russia,amerika bersatu,finland,sweden,lantaklah!kami yakin kami juara.oh yeah!

kepada johan mamat cool dari scotland,orang scotland ni harapkan curling game penyapu je hahaha!

selamat olimpik,semua!

p/s:diharapkan penduduk vancouver tidak menghadapi gangguan bekalan air seperti kuala lumpur tahun 1998 dahulu.

Tuesday, February 9, 2010

teh tarik gelas besar



aku telah menerima pujian dari kawan aku tentang tulisan "ejaan baru untuk perkataan baru".ni ez yang beritahu aku,tulisan aku tu sangat bagus.tapi sebenarnya aku dapat influence yang cukup besar dari segelas teh tarik gelas besar ni.tapi aku tak faham kenapa tiba-tiba mamat ni tutup blog dia?

kadang-kadang aku faham,mamat ni tak pernah dapat apa yang dia nak buat.dia tak pernah pulak dapat apa yang dia suka.contoh dia nak jersi barcelona ori,tapi sayang dia selalu dapat yang cekai.aku faham.

aku mengaku la,dalam banyak-banyak tulisan,tulisan kau paling aku suka.bukan sebab kau kawan aku dan kau selalu lepak dengan aku satu masa dulu.tapi memang kau boleh menulis.daripada cara kau tulis aku dapat belajar sikit-sikit macam mana nak kelentong mc dengan bos aku,sebab selama ini budaya kelentong mc di kanada jarang dipraktikkan.

apa jugak masalah,beritahu lah kawan-kawan.kau dari dulu suka berahsia.ada masalah cakap je.kalau kawan boleh tolong,boleh tolong sama-sama.jangan simpan-simpan je.

akhir sekali,kau janganlah buat kawan-kawan kau susah hati dengan kau.dorang ambik tau pasal kau sebab dorang nak jadi kawan kau.kau selalu bila ada problem,kau elak-elak,tak nak member tau.kalau member tak tau macam mana member nak tolong?last-last menyusahkan member bila kau tersangkut.

aku kawan kau aku boleh tolong apa yang terdaya je.tapi ada orang yang menolong kau lebih dari daya dia sendiri.kau sanggup ke setiap hari dia makan sayur je sebab kau?kau sanggup ke tengok setiap hari dia buat part time jaga spca dengan kerja printing t-shirt dia kumpul duit sebab kau?kalau aku jadi dia,aku takkan buat macam dia,tapi dah dia nak tolong kau,aku tak boleh nak cakap apa dah.

tapi jangan buat dia sedih beb.kalau dia susah hati,aku risau jadi apa-apa kat dia.

kalau kau baca tulisan ni,kau respond la aku.kau kawan aku.e-mail ke,ym ke apa.cakap je dengan aku.

kampung baharu(eh,betul kan ejaan camni?)


aku ada kawan duduk kat kampung baru(atau baharu ikut ejaan dewan bahana dan petaka - thanks to johan brader cool dari scotland kerana quote benda ni).dulu masa sebelum kerja kat tujuh sebelas dulu,aku pernah kerja pasar malam jual air soya.jual kat dato harun sumpah tak nak bawak arwah elly lagi sebab kena ngorat tapi arwah tak nak bukak mulut sebab dia gagap.tapi walaupun tak pernah kerja pasar malam kat kampung baharu tapi aku pernah pergi pasar malam kampung baharu.macam-macam makanan yang menarik kat situ.

terus terang,dalam banyak-banyak tempat kat kuala lumpur,aku paling suka kampung baharu.nasi lemak antarabangsa tak boleh dikecualikan.begitu juga dengan nasi lemak kantin tepi padang jalan raja muda musa dan pasar malam kampung baharu.aku juga pernah mengusha seorang awek yang kerja kedai kamdar yang tinggal di kampung baharu,sepupu kepada kawan aku,tapi sayang aku gagal memikatnya.

kampung baru adalah tempat yang bersejarah,banyak cerita yang aku dengar,dari cerita parang terbang 13 mei sampailah reformasi,semuanya bermula di sini.belum pernah ada satu tempat di kuala lumpur,punya sejarah yang kaya macam kampung baru.kalau bukit bintang adalah manchester bersatu,kampung baru adalah kolamlimpa kerana sejarahnya.chelsea kat jinjang kah kah kah!meriam(arsenal)?segambut kot..hahaha!

apapun aku dengar kampung baharu yang tak berapa baharu(eh,poyo kan aku guna ejaan ni) ni,bernilai RM20 billion(C$6.26 billion).C$6.26 billion di sini boleh bina satu disneyland.kalau kat malaysia boleh bina apa entah,tiga kali putrajaya pun boleh agaknya mengikut nilai matawang.tapi cuba korang bayangkan kuala lumpur takde kampung baru?atau takde stadium merdeka?atau jalan petaling?atau pasar tengah(central market)?

tapi yang aku tau,kerajaan cuba nak ketengahkan ikon baru yang tak berapa baru-pusat bandaraya kuala lumpur(klcc).atau menara kuala lumpur yang bentuknya macam batang aku mencanak ke udara(citra bibik:wow i like it!),atau ikon-ikon baru macam lembah tengah(mid valley),petak masa(times square) atau apa lagi eh(nampak sangat aku dah tinggalkan lama kuala lumpur ni).dan stadium merdeka,stadium negara,penjara pudu mahupun kampung baru ni ditinggalkan dan tunggu masa je cukong nak tarah tanpa disedari oleh rakyat jelata.sedar-sedar kampung pandan daun pandan pun takde jual.sedar-sedar kampung chubadak,jangankan badak,kuih badak pun takde jual.

jadi aku ada saranan,apa kata kampung baru ni ditukarkan nama jadi kampung lama.sebab kalau lama,nilainya jadi klasik,jadi antik,lagi naik harganya.cukong nak tarah pun fikir lapan ratus kali.kalau kampung baru ni nama-alahai,namapun baru,relax la dol-berlambak lagi kampung lama relax je roboh.

tapi aku fikir satu je kalau cukong ini berjaya mendapatkan tanah di kampung baru ni.apa nasib nasi lemak antarabangsa?apa nasib pasar malam kampung baru?dan pastinya aku melepas kahwin dengan anak jutawan yang dulunya bekerja di kamdar jalan tar..kah kah kah!(p/s:hamid bapak kau kaya ek?belanja aku roti naan!hahaha!)

Sunday, February 7, 2010

cerita-cerita hangat dan sensasi hanya di melodi!


(saya dengan ini ingin mengumumkan,bahawa herba jamaica akan diluluskan untuk dijual di seluruh malaysia..)

lama sudah aku tinggalkan alam siber.sibuk dengan anak bini dan anak kucing yang ez tinggalkan sebab sibuk nak pergi memantau dan membuat survey tentang orang asli dan sukan olimpik di kaki gunung british columbia.

oh ya,lupa nak beritahu.manchester bersatu tewas di tangan mulutpelabuhan(portsmouth) 2-3 di trafford lama sabtu tengah hari hari tu.cuma bezanya,team mulut pelabuhan tak kenal antara daud jamal(david james) edwin bin der sar(edwin van der sar).nani pun semakin mantap,tok wan junjungan kita alex ferguson merasakan nani ini tidaklah hampeh seperti disangka,dengan persembahan cemerlang gemilang terbilang darinya,dia bakal menggantikan cristiano ronaldo sebagai pemain termahal di dunia apabila madrid benar mahu membelinya lagi 5 tahun lagi.

dan pada ini ada desas desus siapa yang bakal menggantikan tok wan junjungan kita alex ferguson?jika john tari dipecat dari jadi kapten england kerana ingin menjadi harimau kayu,alex ferguson tidak pernah bernafsu dengan perempuan sebaliknya dengan trofi.namun usianya menjangkau 60an menyebabkan dia terpaksa mengenangkan kubur dari trofi.namun,manchester bersatu hendaklah diserahkan kepada seorang yang mampu menjaga nama baik kelab ini.bukan macam tommy docherty yang ada skandal dengan secretary owner manchester bersatu pada masa itu.aku memikirkan satu nama yang terbaik iaitu jose mourinho.jose mourinho walaupun pernah diboo dan pernah membuat larian 100 meter di trafford lama ketika di pelabuhano(porto),dan pernah beberapa kali menewaskan manchester bersatu ketika dengan chelsea,nampak beriya-iya untuk masuk ke trafford lama menggantikan tok wan junjungan kita.masalahnya,apakah gelaran yang paling baik untuk jose mourinho?pak teh mungkin sesuai.atau pak tam sebab dia suka pakai baju hitam.

apapun,cerita bola sudah tamat.tiba cerita yang panas dan sensasi.aku bila membaca cerita pasal orang nak romen,aku belum pernah dengar orang cerita,"can i fuck you today" punya cerita.bahkan kalau ingin mengfuck seorang pelacur pun,tidaklah sepolite itu.sungguh berbudi bahasa dan bersopan santun cara untuk meminta senggama.bahkan kalau aku dengan bini aku pun,aku rasa batang aku sendiri pun boleh kendur bila bini aku cakap macam tu.tak ghairah langsung.eh mamat tu tak pernah tengok porno ke?

apapun,cerita orang gay dah jadi sensasi di malaysia.aku tak nak cakap apa walaupun sebenarnya aku rasa benda ni cuma "diversion tactic" atau taktik mengubah berita.aku rasa kalaulah seluruh 27 juta rakyat malaysia,lebih pedulikan kes bontot seorang budak,dari kes masalah ekonomi dunia,"something wrong beb",something wrong.

cerita pelajar merungut duit pinjaman tak sampai,cerita pelajar makan megi,cerita budak makan sampah,cerita orang tidur tepi jalan,takkan takde langsung.oh harian metro selalu tulis cerita pasal "budak punk makan sampah" dulu,ada lagi tak sekarang?

aku pernah ke kota besar seperti stuttgart,paris,milan dan seattle,memang ada budak punk tapi tak pernah pun tengok dorang makan sampah.ni apa kes sampai orang makan sampah ni?bukankah malaysia menanam padi(sampai ada projek tanam padi atas bumbung satu ketika dulu?)

apapun,kisah bontot jugak diutamakan.aku tak tau lah-ada 27 juta bontot di malaysia perlu diambil tahu untuk dikeluar tahi.tanpa tahi tanpa makanan.tanpa makanan maka matilah manusia.jadi,aku lebih kisahkan 27 juta bontot di malaysia berbanding bontot seorang yang buat lawak porno.can i fuck you today?chit,aku boleh make-up story yang lebih baik lah.

tapi akan ada yang sound,kau buat apa nak sibuk bontot 27 juta di malaysia,kisahkanlah 35 juta bontot di kanada.jawapan aku-bontot kami sentiasa terurus dan tidak ada siapa kisah bontot antara kami di sini.bontot kami,kami sendiri yang jaga.tapi di malaysia,lebih kisahkan bontot seorang budak daripada bontot sendiri.apa punya cerita pasal bontot ni.

dan aku ada bontot baru yang perlu dijaga.bontot anak aku.malam nanti aku kena salin napkin.hahaha,tapi takpelah jangan tiba-tiba anak aku cakap dengan aku,"can i fuck you today?",

aku campak dia keluar tingkap.hahahaha!

Thursday, February 4, 2010

ejaan baru untuk perkataan 'baru'.



maafkanlah aku sebab aku mengaku aku pernah dapat 'f' masa bahasa melayu aku,tapi aku mengaku sebenarnya memang aku tak faham bahasa melayu.dalam banyak-banyak bahasa aku belajar,bahasa inggeris,jerman,itali dan esperanto(aku bukan macam ez,boleh kuasai 9 bahasa dalam satu masa,tapi 5 bahasa sudah cukup boleh dibanggakan.macam real madrid menang 9 liga juara,liverpool menang 5 pun dah kecoh macam paling bagus,kan?).tapi aku memang tak faham kenapa bahasa melayu sukatan kebangsaan,sukatan yang dikatakan "bahasa rasmi" ni,tak pernah nak mengikut arus bahasa orang kebanyakan?

walaupun aku dah hampir 5 tahun merantau kat kuala geri ni,dan aku difahamkan,ejaan bahasa inggeris yang digunapakai sekarang adalah dari "english spelling reform" tahun 1634 oleh charles bibik(butler).dan ejaan amerika pula digunakan pada tahun 1870 kerana mahu menentang penjajahan inggeris(mereka buat ejaan sendiri walaupun masih menggunakan bahasa inggeris).di kanada,kami bercampur,kalau nak guna 1634 pun boleh,nak guna 1870 pun boleh.

tapi aku sebenarnya tak faham dengan bahasa melayu,berapa tahun dah reformasi(perkataan ni agak sensitif,tapi aku tak maksudkan dengan politik,aku maksudkan untuk perubahan bahasa) ejaan ini dilakukan.aku masih ingat abah aku bersabda yang "daftar ejaan baru bahasa melayu" ni mula digunakan pada sekitar awal 80an.zaman mahathir mula memegang jawatan perdana menteri.ejaan seperti "chawan" ditukar kepada "cawan".ejaan seperti "chantek" kepada "cantik".abah aku pun kadang-kadang mengalami kesukaran dalam menulis masa dia duduk di malaysia.

jadi apabila dewan bah(ass)a dan pus(sy)taka ni mengubah ejaan 'baru' kepada 'baharu',seperti yang aku perasan pagi ni(aku tak tau la aku ni perasan benda ni lewat atau benda ni dah lama macam ni),satu perkara yang aku terfikir,"dorang ni nak bagi fail budak-budak bahasa melayu macam aku kena ke,chee bai?".ada banyak cara nak eja baru sekarang ni,baru,baharu,bahru,bharu,kau ingat pelajar tak haru biru ke nak ingat ejaan ni semua?

rasa-rasa aku,aku masih ingat apa yang nami cerita kat aku masa mula-mula anwar ibrahim jadi timbalan perdana menteri dulu.bahasa malaysia ditukar bahasa melayu.lepas tu bila ujian lisan wajib gunakan bahasa baku.lepas tu dah kena pecat dah tak wajib dah guna bahasa baku,tukar balik bahasa malaysia.ni apa lancau ni main tukar-tukar setiap kali tukar pemimpin?

bila aku dapat 'f' masa aku mula-mula aku masuk belajar kat malaysia dulu,semua orang gelakkan aku.aku cakap balik,"korang bodoh ke aku yang bodoh?cuba kau cakap bahasa yang kau tulis dalam paper exam tu dalam kehidupan seharian,korang guna tak?".kawan-kawan aku pun dengan bebal bercakap,"tu periksa,ni cakap hari-hari,mana sama?" sambil menggelakkan aku lagi.aku tanya,"apa beza bahasa melayu dengan bahasa malaysia?".bebal-bebal tadi pun senyap."korang tau,korang ni sebenarnya diajar untuk ikut cakap orang.kau guna bahasa yang kau sendiri tak ucapkan,buat apa?".

masa aku di itali,bahasa seharian kami adalah bahasa peperiksaan kami.aku takde masalah menulis karangan dalam bahasa itali.kecuali di sicily atau di sardinia yang dorang duduk kat pulau mana kat mediterranean,kitorang guna bahasa yang standard.di sicily atau sardinia tu mungkin macam loghat kelantan atau loghat kedah,tapi dalam peperiksaan bahasa dorang tau beza antara loghat dan bahasa.di malaysia,bila bercakap dalam nada biasa,kita kata "ni bahasa melayu standard",tapi kita bercakap "bahasa standard" dalam periksa,kita fail.apa lancau?

bila aku membuat satu dasar bahasa sendiri "kearilan" atau kata nami "arilisasi",sebenarnya aku menghanjing bahasa yang bodoh lagi membodohkan ni.bahasa seperti breakfast aku tukar jadi "pecahcepat".tengah hari "middle day",sebab dbp pada zaman-zaman "cinta it" oleh siti nurhaliza dulu,banyak terma-terma baru macam "download","upload" dan sebagainya.jadi bila dbp buat perkataan "muat turun",apa yang muat dan apa yang turun?ni namanya "main pakai muat" je.jadi oleh kerana dbp main pakai muat,aku pun main pakai muat jugak lah menghanjing bahasa.aku tak menghanjing bahasa inggeris bila aku kata "bawah pecah" tu breakdown.

aku rasa pegawai dbp kena selalu turun ke kedai runcit,atau turun ke kedai makan,atau lepak dengan mat rempit sebelum buat satu dasar bahasa yang baru.sebab dasar yang digunakan untuk pak menteri,untuk pegawai-pegawai atase dan untuk dua-tiga pegawai rendah kerajaan yang kerek lagi bodoh je untuk digunakan.kalau kau nak pergi order nasi goreng takkan nak cakap kat mapley "tolong berikan saya,sepinggan nasi goreng dan segelas teh ais"?lancau la!pegawai dbp pun tak buat macam tu.

jadi aku tengok orang malaysia senyap je bila bahasa mereka diubah-ubah ikut suka,sama ada orang malaysia ni selesa jadi pak turut,atau terlalu bodoh nak berfikir.

p/s:dalam buku sembilanbelaslapanpuluhempat(nineteen eighty four),george orwell ada mengatakan,"bahasa adalah satu cara bagaimana abang besar(big brother) mengawal pemikiran masyarakat".sebab dengan bahasalah kau mencetus idea,dengan bahasalah kau berfikir.tanpa bahasa kau tak mungkin dapat berfikir.

tahukah korang bahawa dalam bahasa burma tidak ada perkataan untuk perkataan "menentang"?atau "revolusi"?

Wednesday, February 3, 2010

perempuan kalis peluru.


cuba kita lihat - siapakah kaum yang paling banyak dibuli - kaum wanita.wanita kena pakai tudung.wanita kena buat itu.wanita kena hormat suami.
-kata nami dalam tulisan dia.

wanita adalah hati dan nurani kepada satu bangsa manusia,kerana mereka yang melahirkan kita semua.Jika wanita maju - seluruh bangsa manusia akan maju.
-kata nami lagi.

aku rasa kalaulah aku jadi perdana menteri aku nak lantiklah nami sebagai menteri kebajikan wanita walaupun memang nanti orang kata aku ni memperkecilkan wanita sebab tak lantik wanita untuk jawatan kebajikan wanita.tapi bini aku baca ni,di hospital,dia kata "two thumbs up" sebab dia kata "nami pungkas segala isi hati wanita".

dalam banyak-banyak wanita,selain ez,elly dan mak aku yang aku anggap paling kuat,aku meletakkan daw aung san suu kyi di tangga teratas.aku merasakan minah ni sangat kuat azamnya untuk membebaskan burma dari cengkaman junta.junta burma ni lagi kong kali kong dan pakar temberang dari mana-mana kerajaan yang pernah aku tau.(jadi malaysia harus berbangga kerana tidak jadi paling terburuk di asia tenggara,kan malaysia suka bandingkan dengan negara zimbabwe la,angola la,mozambique la,kira ok la dengan burma kita lagi best).

aku saksikan isteri aku melahirkan anak aku.bagi aku itu adalah satu peristiwa yang sangat menakjubkan.aku lihat selama sembilan bulan walaupun tak cukup genap sembilan bulan sebab beranak awal dua minggu dari dijangkakan,tapi aku dapat saksikan kekuatan sebenar wanita.aku berani bersumpah yang aku sendiri berderau tengok darah yang begitu banyak tapi bini aku tetap kuat menahan.

bila nami menulis pasal wanita,pasal kena main dengan harimau kayu dan john tari,buatkan aku ingin menulis pasal wanita.bagi akulah,kita lelaki ni selalu "ambil tak endah",taking for granted dengan apa yang kita ada.kadang-kadang bila nami menulis pasal bimbo,ikan,femme fatale,aku pun rasa mesti ada minah yang terasa punya dengan ayat nami.aku mula-mula pun rasa macam nak cakap,"woit nami lek la,kang orang terasa kang,susah kau kang".tapi dia tulis benda tu memang betul,dengan harapan semua perempuan boleh jadi kuat macam aung san suu kyi,atau macam ez dan elly.

dulu masa adik aku punya blog yang ditinggalkan dulu,dia kena serang dengan pak serban dengan pak holier-than-thou.tapi dia defend sorang-sorang.dia defend dan dia serang balik.memang kalaulah si holden caulfield si penangkap rumput(catcher of the rye) tu kata "orang bodoh akan marah jika dipanggil bodoh",(oh,iklan sebentar,aku boleh katakan buku tu cool gila,gua pinjam dengan ez buku tu habiskan baca ari tu hahaha!),tapi kalau dibiarkan "orang bodoh" ni terus bersabda,maka makin ramailah orang akan terus diperbodohkan.itu hujah ez.sebab tu dia terus bertahan dan terus menyerang walaupun sebenarnya dia tak suka buat demikian.

jadi,kalau dipinjam kata holden caulfield tu memanglah kalau aku,biarkan je la dah dia nak bodoh bertimpa-timpa,buat apa aku nak kisah.tapi kebimbangan orang lain diperbodohkan itulah yang menjadi concern bagi adik aku.sebab tu kadang-kadang adik aku cakap "dia dah letih nak cakap dengan pak haji kopiah cakap kuat-kuat dalam ceramah" sebab nak bagitau,bukak sikit serban tu bagi oksigen masuk.dia kata,letih.

bagi aku ez adalah perempuan kalis peluru.macam aku pernah tulis dulu,kenapa adik aku jadi macam ni.semuanya kerana "background history" yang dia mahu protect elly dari dibuli budak-budak sekolah masa kat milan dulu.sebab tu dia tak suka dikalahkan.walau macam manapun,kalah itu bukan pilihan(lost is not an option).mungkin dia tak pernah kena masuk lokap atau penjara macam aung san suu kyi tapi aku nampak adik aku macam tu.cuba cakap kat aku,budak perempuan mana yang pernah maki cikgu disiplin yang badan gemuk gedempol macam king kong?budak perempuan mana yang pernah sound cikgu sejarah sebab salah fakta sampai menangis cikgu dibuatnya?itu bukan kurang ajar bagi aku,dia nak betulkan keadaan tapi orang besar ni "suka buli" dengan tunjuk lagak kuasa sebagai cikgu disiplin,cikgu dalam kelas-takde sape boleh lawan,eh,tu silap besar la nak tunjuk taiko,kan?

bagi aku bukanlah aku nak semua perempuan kat malaysia jadi gedebe dan belajar capoera dengan muay thai.macam tu lelaki kat malaysia tak boleh cari makan la.susah la ini macam.macam tu nyzm pun akan terus membujang sampai ke tua.tapi tak mengapa sebab ini jugak satu cabaran untuk lelaki jugak.lelaki kena anggap yang dorang pun kena perkuatkan diri,tapi jangan membuli dan melemahkan kaum wanita.

bila difikir balik,sebenarnya anwar ibrahim lagi lembik banding dengan wan azizah.aku pohon maaf kepada nurul izzah anwar sebab cakap macam tu pasal abah dia,tapi ini hakikat.berapa ramai yang belot masa wan azizah jadi ketua?dan berapa ramai orang pkr bukak mulut bising mulut tak basuh bila anwar jadi "de-facto"?paling mulut bising si zulkifli noordin yang sibuk nak jadi hero bangsa,negara dan agama.lepas tu ada pulak cerita padang golf kat pulau pinang,ada pulak cerita lompat sana,lompat sini,semua tu tak pernah ada bunyi pun bila wan azizah jadi ketua,betul tak aku cakap wahai penyokong pkr,kalau salah betulkan aku.tak silap aku masa tahun 2004 pkr dalam parlimen cuma wan azizah sorang je,pun dia boleh bertahan.apa kes 2008 ada sampai 32 orang kalau tak silap tapi dah kecoh sana kecoh sini?dah dapat satu negeri tapi urus entah apa-apa?

reformasi akan mati tanpa wan azizah dengan nurul izzah.kebangkitan rakyat burma akan mati kalau takde aung san suu kyi.suharto akan terus memerintah indonesia sampai mati kalau takde megawati dan dita indah sari.kalau takde arroyo,si pelakon muka tembam estrada akan terus merasuah-rasuah.kadang-kadang aku ada baca tulisan-tulisan ez,kenapa dia sokong hillary clinton walaupun sebenarnya dasar pemikiran ez tak pernah sama dengan hillary.kenapa dia tak pernah kecualikan margaret thatcher sebagai pemimpin wanita paling berkuasa tahun 80an walaupun dia mengaku dia anti-kapitalis?kenapa dia hormati angela merkel walaupun dia menentang dasar satu eropah yang kapitalis?sebab mereka wanita.tapi walaupun demikian,ez buat dasar macam tu bukanlah kerana seksis(itu apa yang aku fikir mula-mula),tapi akhirnya aku dapat buat satu kesimpulan,"wanita di seluruh dunia semuanya kena buli dengan lelaki",jadi kadang-kadang kita kena bersetuju satu perkara walaupun banyak perkara kita tak setuju.itu apa yang ez cakap.

aku mengaku terus terang,kalaulah aku ni bukan abang ez,aku akan jatuh cinta jugak dengan minah ni.sebab dia berpegang satu perkara dan dia takkan lepaskan.tu yang aku kagum.dan satu perkara yang buat aku dan abah tersenyum walaupun dia dengan perangai weng wengnya tu,dia berani.itu yang membezakan ez dengan semua orang yang aku kenal.

Cerita wanita dengan cerai gantung dan kehidupan sempit menyara anak tanpa suami sudah semakin kitsch.Mahkamah berat sebelah,undang-undang berat sebelah.Sebab semua undang-undang ini digubal oleh rata-ratanya pengubal undang-undang ini adalah lelaki.Jadi saya menulis tulisan dua tiga hari sebegini - supaya wanita seluruhnya menjadi femme fatale dan berani serta tidak membenarkan kaum lelaki memijak kepala mereka.Mereka bercakap tentang mereka melindungi - tapi sebenarnya mereka membuli.

-nami bersabda lagi.

sebab tu orang macam ez atau lynn walsh tak percaya pada perkahwinan.dan aku kena buktikan kepada citra,aku harus buktikan sesuatu.bukan untuk sesiapa,tapi untuk shahruni.

kepada ez,teruskanlah bersuara walaupun aku pun ada banyak perkara yang tak bersetuju dengan kau.

Tuesday, February 2, 2010

paranoid gangster


"i'm going to make an offer that he can't refuse" - otai.

aku menulis pada pemerhatian aku,sesuatu yang buruk bakal berlaku.aku melihat macam mana manusia diatur-aturkan mengikut warna kulit,mengikut tuhan apa yang kau sembah,dan mengikut bahasa apa yang kau cakap.aku juga melihat manusia diatur mengikut siapa ahli falsafah yang dia ikut,atau rokok jenis apa yang dia hisap.atau 'anu'nya suka di depan atau 'dibelakang'.

aku dan adik aku tak pernah kisah benda ni semua.anu di depan anu di belakang itu ikut suka hati dialah nak ikut mana.anu dia yang sakit kenapa kau orang semua perlu kecoh?tapi yang kecoh satu kampung ni kenapa?

aku teringat cerita bapaktuhan(godfather,kepada siapa yang tidak faham kepada konsep kearilan sila pergi bertapa di gua tempurung),cerita ini tentang gangster dan kerjanya mengugut dan memukul orang.senang je,orang takut,orang ikut.orang tak takut,kita kasi takut sama dia.kalau kita takut dengan dia,dia lagi gangster dari kita.

jadi,apa yang kita takutkan sebenarnya ni?atau apakah kita tak perlu takut tapi cuma perlu belajar mengelak?

chee bai,kalau tukang pukul depan kau nak pukul,kalau badan kau cekeding macam papan atau kau takde kaki besi macam maharani dowagez,takkan kau nak biar je.mestilah kau lari.tapi kau lari pun bukan bermakna kau takut.kau hanya takut bila kau buat salah.kau tak buat salah,apa yang kau nak takut?tapi kau cuma mengelak,bila kau mengelak,kau dapat membeli masa sedikit untuk mencari helah sebelum kau lanyak dia balik.samalah dengan kes pancaran gula leonard(sugar ray leonard) lawan muhammad ali,ali ni kerja elak mengelak je sampai pancaran gula leonard ni naik penat,terus kalah.macam jugak shawn michaels atau bret hart.badan kecik tapi lawan dengan andre gergasi(the giant) ke,pengambilbawah(undertaker) ke,yokozuna ke,dorang selamba je.

jadi apa yang aku nampak dari jauh ni sebenarnya?

aku nampak masyarakat di kampung kita semakin paranoid.mat rempit pun dengar kata banyak yang patah balik dari sekatan jalan.rakyat makin takut,padahal apa nak takut,tiap-tiap tahun kita yang pilih dorang,bukan?

sebelum malaysia jadi burma atau korea utara,rakyat malaysia wajib berbuat sesuatu.rakyat malaysia kena belajar dari vietnam macam mana nak jadi gerila vietcong lawan amerika.rakyat malaysia kena belajar dari shawn michaels atau rey mysterio macam mana nak lawan persembahan besar(big show) atau pengambilbawah.rakyat malaysia kena belajar,jangan jadi takut.dan jangan jadi berani tapi bodoh.

kita kena beri satu "offer" kepada pihak di sana sampai mereka tak mampu nak menolak lagi.wang?bukan.kuasa?bukan.

dia berikan ketakutan,berikan balik mereka ketakutan.