Friday, April 9, 2010

perkasa-kah melayu?

aku diminta oleh nami untuk menulis satu artikel untuk zine sosialis untuk persatuannya,namanya solidariti sosialis.dan aku dan ez bekerjasama untuk menulis ini.bagi aku ini satu penghormatan memandangkan aku takdelah pandai sangat,tapi aku akan tulis berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan aku.aku mintak maaf kalau tulisan aku tak best.aku cuma cakap je,ez tukang bagi idea+tukang susun ayat.kalau aku tulis nanti langsung hancur.

[mula kat sini]

aku sudah tinggalkan malaysia 5 tahun yang sudah.sepanjang aku tinggal di sana aku sering dilabelkan sebagai orang melayu.bila buat kad pengenalan aku dikehendaki menulis bangsa aku,bangsa melayu.bila aku pergi majlis kahwin aku mesti pakai baju melayu.hakikatnya aku ada darah campur,turki,irish,yahudi dan bugis.jadi,kalaulah aku gatal tangan tulis bangsa kat spm aku atau nak buat kad pengenalan aku,bangsa yahudi atau irish,apa yang akan jadi kepada aku?

hakikatnya apa yang aku nampak tentang melayu ialah aku tidak nampak apa konsep melayu.apa yang menyebabkan seseorang itu menjadi melayu.jika mahu dilihat sebagai seorang skinhead maka wajar seseorang itu membotakkan kepala,berseluar skinny dan berkasut doc marten.tapi bagaimana seseorang itu untuk dilihat sebagai melayu?

soalan ini sangat penting di malaysia,walaupun tak penting di sini.ini kerana di kanada,tidak ada seorang pun yang akan ambil peduli tentang apa bangsanya.gabenor alberta(negeri yang tempat aku tinggal) adalah seorang bangsa cina,norman kwong.cuba bayangkan kalau di perak atau selangor yang ramai orang cina,menteri besarnya orang cina,apa akan jadi?dan di alberta,bangsa cina tak sampai satu peratus pun,tapi dia dipilih atas merit pencapaian.

persoalannya,sampai bila nak berlindung atas nama melayu?sampai bila nak berlindung atas nama agama islam?paranoid yang ditiup-tiup kononnya bangsa melayu di singapura haknya semakin terhakis itu penipu.hakikatnya orang melayu di singapura juga hidup mewah jika dia rajin berusaha.jika cina di singapura pemalas maka dia pun akan tidur di tepi longkang juga.melayu yang saya lihat,adalah manusia yang leka dengan hak ekslusif perlembagaan yang sebenarnya tak dinikmati oleh semua golongan yang dipanggil melayu ni.

maka sejak 8 mac,bila angin perubahan bertiup di malaysia,umno dilihat semakin goyang.untuk mempertahankan establishment mereka itu kini kelihatan tidak lagi mudah.lalu wujudlah satu kumpulan yang berhaluan kanan dipanggil perkasa.kewujudannya adalah respon kepada ramai manusia yang mahu berubah dari terus hidup di tembok-tembok tinggi ini.

melihat dari jauh,kebanyakan yang menyertai perkasa ini adalah golongan melayu yang berada di kelas pertengahan.kebanyakan mereka ini adalah golongan peniaga,kontraktor kelas f atau bekerja sebagai pegawai kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.mereka berada dalam satu kelas yang selesa kerana "status quo" yang telah disediakan oleh kerajaan pemerintah untuk mereka berada di dalam kumpulan yang selesa dalam masyarakat.jadi apabila 8 mac,satu goncangan kuat dari bawah menyebabkan mereka takut keselesaan mereka turut hilang.

kewujudan perkasa ini dilihat sangat menakutkan kerana ianya mungkin boleh berkembang seperti british national party(bnp) atau lebih teruk,parti nazi.ini kerana parti berhaluan kanan ini akan sering memainkan sentimen perkauman serta mengubah persepsi masyarakat tentang masalah yang sebenar.pada zaman adolf hitler,isu yahudi kaya dan penindas sering dimainkan,begitu juga dengan pendatang asing di uk,sering dimainkan oleh bnp.hakikatnya kemiskinan ini bukan disebabkan bangsa itu dilahirkan kaya atau miskin,sebaliknya kemiskinan ini berlaku kerana pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara dua kelas,borjois dan proletariat.

setiap kali perkasa mengeluarkan kenyataan,ia akan berkata mahu membela masyarakat melayu.hakikatnya kejadian kampung berembang kebanyakan mangsanya adalah melayu.kemiskinan masih lagi membelenggu orang melayu.tetapi dalam hal ini mereka menuduh cina dan india sebagai perampas kekayaan negara.hakikatnya segala kontrak dan perniagaan melayu semuanya diagihkan kepada sekumpulan kecil oligarki dalam masyarakat.sebab itu melayu terus miskin kerana pengagihan kekayaan hanya berpusing di sekitar golongan kecil sahaja.

jadi,apakah fungsi perkasa untuk orang melayu?jawapannya untuk menjadikan bangsa melayu penuh dengan semangat kebencian agar rakyat terus berpecah belah supaya pihak pemerintah terus kekal memerintah.dan isu-isu agama akan digugat serta kedaulatan ini mengalih pandangan (diversion tactic) untuk melekakan orang melayu dari melihat dari kegagalan ekonomi sebenar akibat pengagihan kekayaan yang tidak adil di kalangan oligarki ini.

golongan liberal,sosialis dan anarkis,terutamanya yang melayu sering dianggap sebagai golongan melayu yang lupa diri,yang tidak berterima kasih serta sesat dan rosak akidah.ini kerana golongan ini cuba bergerak progresif dalam kejumudan pemikiran konservatif,kolot dan fasis ini.dan dalam mencari kebenaran,mereka sering dikritik dan dipaksa tutup mulut supaya establishment kuasa mereka terus dikekalkan.

dan dalam keadaan ini,kelas pekerja terutamanya melayu perlu sedar bahawa sudah masanya untuk mereka untuk tidak diperbodohkan.idea-idea progresif akan terus menongkah tembok-tembok ini sejajar dengan ruang dan waktu.dan dalam hal ini,kaum pekerja harus berani untuk menerima perubahan atau terus diperbodohkan oleh golongan seperti perkasa ini.cabaran kaum pekerja cukup besar dalam bangkit membina kekuatan kelas.

hari ini mereka bermain dari isu perkauman,tetapi kalau kita lihat mereka membuka topeng mereka dan kita lihat sebenarnya mereka juga bekerjasama dengan para kapitalis cina,india,arab,eropah dan lain-lain.hakikatnya melayu masih lagi miskin walaupun 52 tahun hidup di bawah pemerintahan umno.sudah tiba masanya bagi kaum pekerja melayu untuk dikejutkan mimpi angan-angan cerita perlembagaan dan hak ekslusif.melayu perlu disedarkan dari alam kebodohan,dan adalah tugas pekerja untuk bangkit menuntut hak agar golongan lintah darat melayu dari perkasa ini keluar dari kepompong perkauman.

Monday, April 5, 2010

ke jiran sebelah.

come as you are
bajet ayu je minah ni
teringat gua usha awek kat tekala dulu
bila petang menyurut
gua rasa sini tempat cobain belajar gitar la beb.
dah nak dekat rumah kurt ni.
gambar gua,tak payah la hahaha!

bila aku marah atau kecewa aku akan bawa pancing dan peralatan memancing aku ke sungai atau kolam udang.berbekalkan keretek dan kuaci,serta topi fisherman benda ni tak pernah lekang dalam hidup aku sepanjang aku hidup sebagai seorang shahril iman sulaiman.dan sempena annual leave yang panjang,aku dan ez menaiki kereta sejauh 16 jam dari kuala geri ke seattle.aku terpaksa tinggalkan citra dan runi sebab runi yang terlalu kecil untuk aku bawak jalan jauh.

perjalanan dari kuala geri ke surrey memakan masa 14 jam.dalam perjalanan tu kami berhenti seketika selepas drive hampir 7 jam(ez 3 jam setengah,gua 3 jam setengah),kami berehat di harapan(hope,nama bandar tu hope aku nak buat macam mana).tanpa cakap banyak dua-dua pun landing.motel agak murah - dan terus tidur keletihan.

perjalanan diteruskan pada waktu malam.insomia memberi kelebihan bagi aku untuk membawa kereta.sepanjang dalam kereta pelbagai topik disembangkan,dan satu yang paling lawak bila ez buat lawak bodoh,"apasal kalau kat malaysia,nak cross border negeri tak sampai sejam,tapi kat canada alberta nak ke british columbia je nak dekat 7 hours.apasal hah?".aku jawab mudah "sebab kau fail geografi".aku takde mood nak layan soalan bodoh tengah drive.

makanan ringan yang tidak elok untuk kesihatan seperti potato chips,nachos,berlambak kat kerusi belakang.dipenuhkan juga dengan air sampai empat botol.aku teringat aku dulu pernah berangan nak bawak kereta dari subang ke manchester sebab hishamuddin rais buat movie dari jemapoh ke manchestee satu masa dulu.aku tak dapat bayangkan,7 jam bawak kereta pun nak terbarai.

ez bawa beberapa bekalan penting,pasport,ubat-ubatan dan macam-macam,serta beberapa buku seperti buku penangkap di dalam rumput karya jd salinger,pengejar bintang oleh nami dan satu lagi novel diy dari kanada,bayi memberontak atau rebel baby.pukul 3 pagi kami tiba di pinggir bandar vancouver yang baru sahaja tamat sukan olimpik dan paralimpik.aku cuba cari mana maskot sumi,quatchi dan miga punya tugu,rupa-rupanya dorang dah dismantle dah.aku yakin di malaysia tugu wira maskot sukan komanwel masih lagi tegak di shah alam.aku rasa-rasanya lah.

sampai di vancouver ez terus roger kim,kawan baik kepada arwah sherina adik aku.kesian dia pagi-pagi kami kejut.kami berehat di situ dan makan-makan sebelum bergerak ke seattle.dari vancouver,aku drive straight ke selatan hingga ke surrey,bandar sempadan kanada-amerika.selepas upacara mengecop pasport,dan selama 14 jam tu diteruskan hingga seattle.dari blaine(bandar sempadan amerika) ke seattle memakan masa lagi 3 jam.

tiba di seattle jam 10 pagi,matahari sudah terpacak atas kepala.dan adalah sengal kalau pada 5 april,pergi ke seattle,dan sepanjang dalam kereta ada cd tidakpernahminda(nevermind) dan cd nirvana,adalah wajib pergi ke viretta park,rumah lama kurt cobain.setelah melawat dan ada dalam 500 orang(aku bukan utusan malaysia nak tipu nombor,tapi aku rasa la) berada di sekitar kawasan viretta park untuk menziarahi 'makam' kurt cobain.sebenarnya kurt cobain tak berkubur,cuma abu mayatnya ditaburkan di sungai wishkah dan beberapa tempat yang kurang aku jelas.perjalanan diteruskan ke aberdeen,tempat asal usul kurt cobain.

sementara ez ke tempat lain(bandar seattle),aku pulak ke menghulu ke sungai.mencari lubuk ikan salmon untuk dipancing.yang pastinya,gila bapak aku nak drive balik ke kuala geri ni macam mana beb?

tu fikir kemudian,yang penting pancing dulu.



nak jugak ke gambar gua nih!

p/s:sorry,gambar tak banyak ambik.gua lupa bawak bateri charger.paling cibai dah sampai viretta park dengan sungai wishkah bateri kong.ni ambik gambar pun sempat tak sempat je.