Sunday, January 10, 2010

cerita di kantin sekolah.


untuk menceritakan cerita keluarga aku sangat panjang,jadi kena cerita satu bab ke satu bab.cerita hari ini cuba untuk menghangatkan suasana di takat beku.perjalanan cerita ini kembali ke malaysia yang sekarang tengah panas dengan bakar-membakar.

tahun 1997 keluarga aku pulang ke negara malaysia selepas hampir 5 tahun tinggal di itali.pada awal kehidupan aku di malaysia terdapat banyak kejutan budaya yang harus ditangani.dan malang bagi aku kerana semua orang dapat belajar di sekolah rendah,aku terus straight ke sekolah menengah.asalnya aku ditakutkan oleh saudara aku yang aku kena ditambah setahun kerana tidak pernah bersekolah di malaysia sebelum ni,dipanggil kelas peralihan,tapi disebabkan aku tak nak masuk jugak kelas peralihan,aku terus je masuk tingkatan satu.satu kelebihan aku adalah kerana aku melayu,jadi cikgu pun buat tak pot dengan status peralihan yang sepatutnya aku kena hadap.ni kes klepet sekolah hahaha!

alkisahnya,sekali peperiksaan pertama aku bergelar pelajar sekolah di malaysia.cerita aku cuba dingorat pelajar perempuan sekolah tu malas la nak cerita,nanti mamat pelompat parti terasa tercabar pulak,hahaha!disebabkan aku sudah biasa bertutur dalam bahasa malaysia yang bukan dewan bahasa sebaliknya jalan pudu punya dewan,menyebabkan aku dapat 'f' dalam bahasa malaysia.aku dikutuk habis-habisan oleh rakan dan taulan,tapi sebenarnya bagi aku,takde sape pun orang melayu yang bercakap bahasa malaysia macam dewan bahasa.ini satu kejadian aneh bagi aku.aku menulis dalam bahasa yang orang kebanyakan guna,dan aku gagal.jadi,bahasa yang mana yang sepatutnya dipakai,bahasa buku dbp ke atau bahasa orang ramai?tanpa orang ramai,buku tu tinggal kumpul habuk je,betul tak?

semasa aku di tingkatan satu,aku ada seorang kawan yang berbangsa iban namanya robert.dialah kawan sepuntung rokok,dialah kawan sepanjat pagar,dialah kawan serempit aku.robert ni bila lepak kat kantin sekolah suka duduk di sebelah aku sebab aku selalu ditegur sapa oleh awek-awek di sekolah(tahun pertama je,lepas tu dorang dah tau perangai aku macam gampang dorang buat tak pot je).robert ni beragama kristian.dia makan rumah aku tak kisah,aku makan rumah dia tak kisah.takde prajudis.nak prajudis apa,ayam yang dibeli pun sama-sama kat kedai yang sama.jadi satu hari dia bertanya dengan aku,"kenapa orang melayu tak pernah makan kat kedai cina?orang cina selamba je makan kat kedai tomyam?".aku pun katalah,"sebab ada babi agaknya".robert pun cakap,ala orang cina pun tak makan daging,takkanlah orang melayu tak nak makan sebab ada babi je kot.aku tak nak jawab soalan tu nanti ada pak serban serang blog aku macam minah kaki bertulang besi selalu kena.dan robert juga pernah tertipu dan terpesona yang adik aku minah kaki bertulang besi ini seorang anak angkat dari bosnia.robert cuba mengorat tapi malangnya,dia tidak kenal siapa itu maximillen robbispierre tokoh revolusi perancis.atau vladimir lenin pemimpin pertama soviet.minah kaki bertulang besi minat orang yang intelek.orang ilek dia tolak.

tapi cerita robert ni sebenarnya berkisar kepada prajudis yang berlaku di malaysia akhir-akhir ini.kes berebut nama tuhan.sebenarnya tuhan kat atas tu tak ambik pot pun dengan dorang ni,cuma dorang ni je yang lebih-lebih.aku telah mendapat satu esurat dari tanpa nama(anonymous) mana entah yang berkata kedudukan melayu telah terancam.ini adalah dalang dari anasir-anasir jahat yang mahu mengugat kestabilan negara.kejadian bakar membakar ini dilakukan oleh kristian sendiri,katanya.

aku berfikir,kalaulah anak melayu boleh merempit dengan anak iban,takkanlah tak boleh berbuat baik dengan menjaga keamanan bersama?takkanlah makan satu meja pun tak boleh?kenapalah orang malaysia macam ni?

arwah elly ada berpesan kepada semua,"kita tak perlu senapang dan senjata untuk melindungi kita,kita ada perasaan cinta" dan aku rasa ini benar.aku rasa kita beli senjata sebab kita takut diancam orang lain.padahal orang lain takde pun nak gaduh-gaduh.lepas tu kita dah tak tau nak buat apa dengan senjata kita,kita serang orang.tak kisahlah mana-mana pun,mamat pelompat parti pun ada kata dalam blognya "nak menari tango kena dua orang".

aku kadang-kadang fikir,macam manalah kalau kawan-kawan rempit aku tahu yang aku ada darah yahudi?sedangkan cina pun kena takik kepala(aku dah tentu tak nak terlibat kerja bodoh ni walaupun aku pernah tersabit dalam tuduhan - nasib baik aku ada alibi - aku dengan mamat pelompat parti tengah melayan liga juara-juara masa kejadian).kalaulah dorang tau aku yahudi,agaknya aku dah arwah agaknya.kenapalah orang melayu ni benci yahudi.tahun 2007 masa aku sekeluarga balik nak melawat kubur arwah nenek aku,aku nampak pelekat kat kereta siapa entah,"allah laknat yahudi".eh,kalau allah laknat yahudi takkan dia lantik nabi musa,nabi daud,nabi zakaria dan lain-lain sebagai nabi.

bila difikir balik,kita ni semua adalah manusia.buat apa nak gaduh-gaduh.kalau berentot-entot dengan orang bukan islam pun mengandung gak.ini bukan soal kepercayaan,ini soal kemanusiaan.

dalam kedinginan malam ni,si adryan sepupu makcik bibik kau ni sedang bercerita tentang kecantikan samantha andrews minah jaga kedai kat depan rumah.walaupun beragama islam,dia tak ambik pot pun samantha tu agama apa.bahkan kat indonesia tak pernah ambik pot pun dia agama apa.lantaklah.cinta tu kan dari hati yang ikhlas.tak pandang rupa,dan apa pun jenis fahaman.sebab tu walaupun muka mamat pelompat parti seperti seekor makhluk aneh dari negeri shrek namun dia tetap ada pasarannya tersendiri.orang kata 'niche'.ada kelompok tertentu yang akan suka makhluk aneh ni.panggil dia comel la,muchuk masham la.

cerita di kantin sekolah ni berakhir dengan ayat ini,dimana robert sekarang?apakah dia masih mengingati aku ataupun sekarang dia dah sedia dengan molotov cocktail nak bakar masjid depan usj 6 tu?ataupun dia dah berkahwin dengan gadis melayu dan masuk islam?apa yang aku harapkan,malaysia tinggalkan budaya bodoh dan kolot ni.kita ni semua anak manusia.jin pun ada bangsa-bangsa,jin afrit,jin tanah,jins shamsuddin tapi mereka tetap bersatu mengacau manusia.jadi janganlah pisah-pisahkan orang lepas tu nak bakar-bakar rumah ibadat orang.bakar rumah reban ayam pun orang marah,rumah ibadat apatah lagi.

4 comments:

Johan 23.01.84 said...

memang bodoh Malaysia ni..sedangkan melayu2 elit boleh bersekongkol dengan cukong2 cina utk kpentingan fulus dan kuasa..tak sedar2 lg dibodohkn..

azfar said...

balik2 melayu terancam..ini sudah kes bosan!ape nasib pelompat parti?yang makan tengahari dan sarapan pagi dlm mimpi saban hari?

bosan aku layan melayu yang balik2 sibuk poyo nak jadi tuan..skolah malas,dha besar nak jadi mangkok dan pekida...

aku terima es-em-es mengajak untuk turun berdemo dah berdoa agar gereja dan kristain di malaysia menerima bala tuhan...lame ass!!

Aril Cantona said...

johan,

itu laa..tak sedar-sedar hahaha!

azfar,

sekolah asyik panjat pagar macam aku ni macam mana?kau perli keras nampak...

Ez Puella Sapiens said...

SMKDJ I MISS YOU!!hik hik!

Robert kawan you tu?eeewww,dia tu hansap la..hik hik!

Anyway,talk about niche market,you jangan asyik nak kutuk mamat pelompat parti okay..I tengok dia macam tak boleh nak suits dengan life robotic ni.Cuba you suruh Shakespeare untuk hidup zaman ni,dia pun tension and meletup tau!

Sebab tu mana-mana book publishers or anything,I harap dia jumpalah cepat.Biar dia dapat apa yang dia nak buat.