Thursday, March 25, 2010

gua tak boleh cakap ape lah.



kah kah kah!

tulisan sang otai - nama nami pengejar bintang.

gua kopipes je.

"akn tetapi ada juga yg menganggap dirinya sahaja yg genius. boleh dikata Tuhan pun ingin dilawannya."

"Bukan melawan Tuhan tapi orang yang sebok guna nama Tuhan.

Woit,tebang pokok,drive kereta,pupuskan haiwan terancam tu,rosakkan alam,ada ingat Tuhan ke?"


Seperti terpampang di dinding bilik persalinan di Anfield "This is Anfield"(by the way gua bukan fan Liverpool,gua cuma cakap tentang signboard tu je),aku ingin katakan di sini,ini bumi Tuhan.

Semalam rakan baik saya Aril berperang di Facebook yang disifatkan beliau "antara kejujuran menentang kepurabaikan".Kepurabaikan ini adalah portmanteau dari perkataan pura-pura dan baik.Saya tergelak,tersengih.Tapi dia dengan cara dia sendiri,aku dengan cara aku sendiri.

Aku perhatikan ramai dikalangan manusia hari ini suka MEMPERTAHANKAN DIRI DENGAN GUNA NAMA TUHAN.Perbuatan ni sama dengan budak-budak sekolah yang ponteng sekolah atau datang lewat pergi sekolah kalau sekolah petang pada hari Jumaat,pergi main video game atau shopping complex,lepas tu nak cakap dengan cikgu "kami pergi sembahyang Jumaat".Tetapi budak-budak yang ponteng sekolah atau lewat masuk kelas itu tindakannya tidaklah merugikan Bursa Saham Kuala Lumpur mahupun mengganggu pelan bajet Barack Obama,langsung tidak.Tetapi sindrom itu berlanjutan sehingga ke manusia yang memiliki kuasa.

Apabila ketua kampung Kedah,Zizan Dol Ajak hendak mencukur hutan di Ulu Sungai Muda sebab "kerajaan pusat tarak bagi peruntukan",saya mengutuk pak lebai ni.Ini kerana manusia inilah yang sering berceramah di khalayak ramai tentang Tuhan.

Hari ini,saya melihat manusia sudah ramai yang bersikap begitu.Selepas sembahyang Jumaat di depan masjid penuh sampah sarap bekas bungkus makanan dan plastik air bersepah di depan masjid.Saya rasa plastik-plastik di Malaysia bukan jenis "biodegradable" macam di UK.Dan bersepahnya benda ini menyebabkan longkang di masjid kadang-kala tersumbat.

Begitu juga apabila khatib membaca khutbah tentang "membazir itu saudara syaitan" - tetapi apabila tidak ada jemaah lampu masjid dibiarkan terbuka dan kipas menyala tanpa orang.Mengipas siapa saya pun tak tahu.Dan ini menyebabkan lebih banyak petroleum,lebih banyak tenaga perlu digunakan terhadap satu perkara yang tidak ada manfaat langsung.

Dan melihat dari jauh Masjid Ar-Rahman di sini,setiap hari Jumaat maka penuhlah kereta di Jalan Pantai Baharu ni.Kalaulah yang nak bersolat di Masjid Ar-Rahman itu manusia yang tinggal di Pulau Pinang,di Kuala Sanglang ataupun paling dekat pun Cheras,itu tidak menjadi masalah.Tetapi kebanyakan kereta ini saya tengok ada sticker Universiti Malaya.Apa salahnya berjalan kaki - lagipun saya pernah dengar ustaz di sekolah saya dulu cakap,kalau pergi solat Jumaat setapak kaki melangkah,10 pahala dikurniakan.Tak tau lah,rumah dia dekat dengan masjid pun dia naik motor jugak.Allergik panas kot.

Saya enggan berceritalah - anda semua tahu betapa bejatnya pencemaran alam sekitar ini.Saya tidak mahu anak cucu kita nanti nak menghirup oksigen macam menghirup gas Sarin yang bertoksik dan beracun.Saya tidak mahu nanti oleh kerana oksigen sudah kurang maka oksigen juga akan dijual seperti menjual petroleum.Nanti bila kerajaan mula meletakkan harga,seperti Zach de la Rocha penyanyi RATM kata "mass transit to the pump when price is set".

Seperti yang selalu dibebelkan oleh Aril,kenapa sungai di negara-negara sekular jauh lebih bersih dari sungai di negara-negara Islam.Kenapa sungai di Sweden bersih jernih tapi sungai Klang bangkai manusia pun ada?

Saya menyeru sempena Earth Hour Sabtu ini,jam 8:30 malam - semua orang menutup lampu tetapi bukan sebab mengikut trend,tapi sebab kesedaran akal.Kalau sayang Tuhan bagai dikata,sayangilah kurniaan Tuhan yang ada satu sahaja di Bima Sakti ni.Nak cari planet yang macam planet Bumi di sebelah galaksi lain,jauh sangat.Tak tercapai akal untuk pergi ke sana.(TTGB)

-kesimpulan disini sebelum gua nak tamatkan perang saudara dengan awek shah alam yang cun tu,sebenarnya orang suka baca teks dari apa yang dasarnya.kalau orang kata terjun lombong demi islam masuk syurga,semua orang buat benda tu.benda yang kami kritik,adalah kepurabaikan(ni perkataan apa ni john) manusia-manusiawi ni semua.semua orang bukan main kencang cakap pasal agama.bla bla bla.semua orang bila bercakap tak ingat yang dia tu manusia bukan malaikat.

gua rasa satu je lu orang kena fikir,minah berkaki besi ada berkata,"manusia boleh hidup tanpa agama tapi agama tak boleh hidup tanpa manusia".jadi,sebagai manusia tolonglah sedar yang anda itu manusia.nak bangkit kalau takde agama kes rogol berleluasa-cheh,kat iran yang kata strict agama tu ada je kes rogol.kat saudi arabia pun ada je kes rogol.kat norway,sweden hatta canada yang sekular ni kes rogol bukan kata kurang,takde langsung pun ada.tanya minah berkaki besi,balik pukul 2 pagi kat sini pun tak cuak jalan.kat negeri arab,tengah hari pun takut.

sebab lu orang tak pernah keluar dari kepompong lu.lu rasa tak selesa bila ada orang luar bercakap sesuatu diluar kepompong lu.lalu lu kutuk sebab ia berbeza dengan lu.macam gua,berapa buah negara dah gua dah pergi.gua tengok masyarakat,gua tengok pandangan orang yang lain dari gua.gua belajar apa yang orang lain ada.itu baru nama belajar.kalau takat duduk kat bilik darjah terperap cakap si malaon bercakap dalam kuliah tu bukan belajar,tu kena brainwash namanya.

akhir sekali,bak kata bangunberdiri,kalau manusia tu jangan jadi tuhan,atau lebih tuhan dari tuhan.sekian.

Wednesday, March 24, 2010

nak melawan tapi otak bonsai.


"kami menentang akademi fantasia kerana ianya penuh dengan kemak'siatan"(huruf hamzah tu kasi tekan sikit,lagi bunyi a'rab lagi islamiyah sikit)

"yang salah adalah manusia,bukan agama" - kata awek cun dari shah alam.

sepanjang malam aku kena insomia sampai ke office aku terbarai gelak dengar kata-kata gonjeng dari mat-mat falasafiyah al-arabun ni.hehe.bercerita nak membaiki orang tapi tak pernah jujur dengan diri sendiri.

beb,aku dah keluar dari malaysia ni hampir 5 tahun dah.tapi aku tetap benci akademi fantasia ke,idola amerika ke,jadi kamu fikir kamu boleh menari ke,faktor x ke,amerika ada bakat ke..semua aku benci.sebab benda ini membonsaikan fikrah manusia.

tapi,seperti anak anjing yang bernama tommy yang berada depan rumah aku,dia menyalak-nyalak cukup bising,tapi rumahnya tetap kena masuk perompak sebab dia tak cukup kuat nak lawan perompak.lainlah kalau dia tu rottweiler yang badan dia sama macam lembu,jangankan perompak,tukang bawak posto pun lari.

tahukah anda,yang kita tentang ni bukanlah aznil af atau simon cowell idola amerika ni.yang kita tentang bukanlah perempuan gaga atau britney tombak(spears).yang kita tentang adalah satu ajenda besar kaum pemodal yang dinamakan kapitalisme.ajenda besar ni lebih besar dari pemahatbatupercuma(freemason) dan illuminati.lebih besar dari pekida mahupun lebih besar dari geng macha datuk harun.kapitalisme ini akan menggunakan segala-galanya,dari atas ke bawah,dari kiri ke kanan kita untuk memaksimakan keuntungan.dari agama sampai pornografi,dari muzik ke ilmu pengetahuan semua dia akan guna.

tapi seperti tommy si anak anjing,mereka lebih suka menyalak-nyalak ke arah satu benda yang temeh.bagi aku kalau kau berseronok nonok dengan pelacur pun takkan mengganggu gugat ekonomi dunia.kalau kau jadi gay pun harga beras takkan tergugat.itu hak masing-masinglah.ini sikit-sikit nak jadi holier-than-thou.lebih baik dari kau.lebih 'alim u'lamak wal imanun mubin dari kau.eh,come on lah,jadilah jujur,kes tabung haji kena songlap dah settle ke belum?kes pak haji songlap duit orang buat umrah dah settle ke?kes pak imam kena tangkap khalwat-yang ni malas la gua nak cerita.letih gua.

kesimpulannya,orang yang membebel pasal agama ni kebanyakannya gua tengok adalah mat skema.mat pakai necktie atau minah "pakai baju t-shirt ada nama satu kelas banyak-banyak".mereka ni semua tak pernah masuk lock-up atau kena libas dengan polis sebab melawan.mereka ni kononnya nak memprotes tapi tak tau apa yang nak diprotes.konon nak mentarbiahkan orang tapi apa yang ditarbiahkan jadi tarbus.

gua secara jujurnya gua bukan orang alim.gua pun bukanlah ada iman yang kuat walaupun nama tengah aku adalah iman.sebab tu gua tak jadi hipokrit.hey,kalau lu nak benci af ke apa sebab agama,kenapa kau tak benci palestin sebab kerajaannya yang korup dan makan duit rakyat?dah la kena tindas dengan israel,kena tindas lagi dengan geng-geng fatah.kenapa kau tak benci wakil rakyat yang songlap duit rakyat?

kenapa jual kopi janda yang katanya penuh dengan tongkat ali tapi padahal serbuk apekebende.tanam tongkat ali secara komersil kononnya.gua fikir logik la-semua benda bercerita pasal keuntungan.kalau nak samakan akademi al-quran dengan akademi fantasia pun boleh.sebab hasilnya kerana keuntungan.bak kata nami,"tilawah al-quran pun orang mengaji sebab nak menang tempat pertama,dapat hadiah wang tunai beribu-ribu ringgit".

entahlah,orang kat sini tak pernah judge orang pasal agama pun.kau pakai serban atau kau pakai purdah bertutup litup pun tapi kalau kau buat pasal,kau tetap kena.kalau kau kaki mabuk atau kaki porno pun,kalau kau okay,kau tetap okay.

nak melawan,tapi fikrah bonsai.tu kata otai kita hishamuddin rais.

gua ingin tutup tulisan gua sebelum gua masuk kerja dengan quote dari novel member aku,nami.satu ayat yang paling bernas.

"look at those boring guys over there.people that you yawns when they talk.people that only talk boring things.they never go to lock-up.because they're boring people and they're do the boring things."

Monday, March 22, 2010

tulisan sang otai - hishamuddin rais #1



untuk menentang insomia yang makin ketara,tapi takde idea nak tulis,aku kopipes je tulisan orang.selamat baca!

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)

Sunday, March 21, 2010

bau seperti semangat anak muda!



seperti yang didakwa oleh nami,orang yang lahir pada zaman 1974-1984 adalah generasi x.aku tak tau mana satu yang betul sebab bila aku bukak wikipedia,aku rasa maklumat dia macam kurang tepat,sebab kalau 1984 dimasukkan dalam generasi y,beb,aku tak layan muzik pop macam britney spears atau nsync.jadi seperti didakwa oleh nami,aku juga merasa aku dalam golongan generasi x.(kau rasa macam mana,johan?)

dan sebagai salah seorang dari generasi x,maka wajib dimasukkan grunge dalam kehidupan.sebab grunge adalah benda yang paling mempengaruhi golongan generasi x.pada aku la.

grunge naik pada penghujung zaman 1980an,zaman ronald reagan baru nak retired.mengikut kata member aku,grunge naik pada zaman-zaman kuala geri buat sukan olimpik musim sejuk.atau seoul buat sukan olimpik tahun yang sama.grunge kalau nak ikut dari root asalnya,datang dari muzik punk peninggalan band-band seperti pistol seks,otak jahat(bad brain),remaja sonik(sonic youth) dan macam-macam lagi la.tapi yang mempelopori grunge ini adalah dari kumpulan seattle yang bernama lumpurmadu(mudhoney).asal2 takde istilah grunge pun,tapi bila mamat vokalis bernama tanda lengan(mark arm) ni menjerit dalam slang barat daya amerika,"pure punk,pure madness,pure grungy!".sejak itu,muzik itu dipanggil,"grunge".(grunge dalam loghat amerika barat daya dan kanada selatan dan barat,termasuk kuala geri adalah kasar).pun begitu,walaupun ada banyak band grunge,yang paling popular adalah jem mutiara,taman bunyi dan paling penting,nirvana.

adapun begitu,grunge bermula di seattle,tempat aku bekerja satu masa dulu.aku pernah pergi ke sungai wishkah,tempat abu mayat kurt cobain ditaburkan.sebagai lahiriah grunge walaupun mat rempit,maka adalah menjadi kewajipan untuk ke sungai wishkah.walaupun ada satu masa aku lagi layan teraskeras(hardcore) macam sistem yang ke bawah(system of a down) atau tali tersimpul(slipknot),namun grunge tidak pernah diabaikan.

semalam aku pergi ke kedai dvd mahu membeli dvd.sejak dua menjak ni aku dihidapi oleh penyakit insomia.aku juga menjadi ketagih dengan kafein dan nikortin.sejak dua menjak aku akan tertekan,jadi aku ke kedai dvd untuk menenangkan diri.malam hari imam patrick yang begitu gila,berpint-pint guinness stout diminum bersama,tekanan tu hilang sekejap je.jadi bila aku pergi ke kedai dvd,aku nampak dvd ni,



tiba-tiba imej sungai wishkah terbayang dalam minda aku.aku terbayang gambar mayat kurt dengan muka pecahnya yang pernah ditunjukkan oleh member aku kat milan,bernie finns.sumpah sampai sekarang aku ngeri bayang muka kurt yang pecah akibat shotgun.tu la masa kecik-kecik mak pesan jangan main api,dah besar main senjata api pulak.

aku pun belilah dvd nirvana hidup di membaca '92(live at reading '92) ni.26 tahun lepas matinya kurt cobain,aku dapat rasa ada orang cuba hidupkan balik grunge.aku tak tau kepada siapa tugas ini perlu digalaskan.jem mutiara macam dah makin slow.lumpurmadu pulak sekarang asyik nak main rock progressive je.anak dinosaur(dinosaur jr),band ni lagilah dah lama aku tak dengar.

macam yang nami cakap,"good things will revives.so does grunge" dan aku rasa benda ni betul.punk dulu dah nak pupus masa sid vicious mati.lepas tu ada post-punk macam divisyen bahagia(joy division) dan ubat(the cure).tapi lepas tu ada punk revival macam agama jahat(bad religion),nofx,hari hijau(aku sokong cakap nami,hari hijau yang sekarang,abad ke 21 pecahbawah or 21st century breakdown hari hijau dah jadi glam rock),operasi pokok beracun(operation ivy),dan jugak tutup musim bunga(offspring).tapi post-grunge macam pelawan foo,tiga pintu jatuh,jari kesebelas,permaisuri zaman batu,dan kerusi perak juga sangat aku layan walaupun tak segempak grunge.tapi kalau ada grunge revival tu nanti,macam manalah rupanya tu nanti.apakah sama macam hari hijau atau kelipan 182 nanti?

generasi x ramai yang dah tua.dah berumah tangga dan berkeluarga.aku tak tahu la macam mana rupa generasi y dan z di malaysia tapi kat sini mereka tidak lagi meletakkan gig dan demo band sebagai budaya hidup.sebagai ahli tetap bawah tanah,aku rasa sangat sedih.benda baik perlu dinaikkan semula.muzik ni kalau tak dinaikkan,terus mati berkecai macam muka kurt,maka aku percaya ramai generasi x macam aku ni akan hidup dalam kekecewaan sambil sakit kepala dengar lagu perempuan gaga.

Friday, March 19, 2010

kenangan 11 tahun dahulu berulang kembali..



bayan munis vs manchester bersatu
meriam vs basahlona
milan antarabangsa vs cska moskow
olimpik lyon vs girondes bordeaux(sebutan bor-doh)

nombor 20 sekarang fabio da silva,takkan nak harap dia kot?kah kah kah!20LEGEND!

Tuesday, March 16, 2010

yamsengggggg!




orang cina tunggu gong xi fa chai nak minum harimau,orang melayu tunggu hari raya nak minum tapai,orang irish pulak tunggu hari imam patrick untuk minum guinness.

masing-masing ada hari merayakan kehidupan(ayat hishamuddin rais).cheers!

Sunday, March 14, 2010

aku cuma mat rempit je kat sini.


tengah hari lepas melihat wan runi sekali lagi melahirkan bayi kembar(dah berturut-turut asyik dua gol je hahaha) dan berbatov,aku pun tengok shahruni yang sedang tidur.aku tengok dan tenung lama-lama dia yang sedang asyik tidur.aku termenung,apa perasaan bapak aku bila aku besar dia ni dulu?bila aku membesar macam ni,dia expect tak yang sebenarnya dia lahirkan 'monster' daripada seorang bayi?

aku baca pengejar bintang karya si nami yang suka minum teh tarik.dalam cerita tu,bila mamat luqman tu disalahkan mak dia sebab kena buang universiti,mamat tu pun cakap "salah luqman ke ada dalam dunia ni,mak?sape yang mintak untuk ada kat sini".selalu bila anak tak jadi apa yang mak bapak hendak,mesti mak bapak marah kat anak.tapi kewujudan anak tu pun hasil mak bapak yang berfuddle duddle lepas kahwin,betul tak?jadi dah lepas berseronok-seronok lepas tu tak nak tanggung pulak,macam tu?

aku tengok ez yang semakin lama semakin jadi punk anarcho bagi aku.dia taklah pakai baju pistol seks atau membuat rambut mohawk,tapi sibuk baca buku emma lelakiemas(goldman) dan mula sibuk menjadi minah protes kalau ada event-event yang macam best.aku merenung balik,apakah minah yang dilahirkan songsang ni mengikut kehendak bapak dan arwah mak aku dulu?dorang dapat bayangkan ke ez jadi macam ni,seorang anarkis yang menjadi agnostik,berdebat dengan abah pasal agama sampai abah pun terus senyap tak terkata apa,abah expect ke aku ni jadi mat rempit yang masuk kes polis dua tiga kali ni?cuma arwah elly je yang behave antara tiga ni.aku tak pasti kalau arwah shahrul hidup lama dia jadi apa.

aku baca blog nami pasal kambing biri-biri.aku terfikir,apakah satu hari nanti shahruni ni pun bakal jadi kambing biri-biri yang disembelih?atau dia jadi mat rebel atau mat rempit.atau mat pet atau mat jual mapiau.aku tak pasti.aku baca blog johan,sekali baca aku rasa macam baca blog professor madya mana.sumpah aku baca aku pun jadi tak faham.tapi aku cuba membaca dan dia sebenarnya menulis tentang semangat anak muda yang semakin tua.

fikir balik,setiap kali ada masalah,kaum paling terlemah akan dipersalahkan.kalau masalah hiv,pondan dan mak nyah disalahkan sebab sifat mereka.kalau mat rempit pulak selalu disalahkan bila ada kemalangan jalan raya.orang miskin selalu kena marah sebab buang sampah merata-rata.jadi dalam struktur sosial ni,walaupun paling besar,anak muda yang paling lemah.yang selalu kena buli dengan si tua.yang mana jadi pak turut bolehlah jadi ketua pemuda.aku tak tau apa nasib si shahruni ni nanti.mungkin nasib dia lebih baik dari aku,sebab dia berada di luar kawasan pekembar yang suka membodohkan orang.tapi stephen harper tak kurang jugak membodohkan orang.parti konservatif koboi ni dah berapa banyak masalah tak settle2 lagi.tapi sekurang-kurangnya stephen harper tak beli kapal selam tak boleh menyelam atau pergi slovakia bayar kelab kat sana.

masa aku anak muda dulu,aku cuma jadi mat rempit je.aku ada jugak pergi gig,layan lagu nirvana,lagu teraskeras(hardcore) macam barah keranda,puak buta atau grunge macam jarimentega.ada juga dengar lagu acab dan lagu-lagu punk.aku tak pernah baca buku emma lelakiemas,aku tak pernah baca buku leon trotsky,aku tak pernah baca buku lenin.aku pernah baca buku penangkap dalam rumput(catcher in the rye) jd salinger,dan pengejar bintang si nami.dua buku tu je mengisahkan anak muda yang mahu bebas.yang benci dengan kepoyoan orang tua,buat peraturan untuk kepentingan mereka.membocahkan fikiran anak muda.aku tak pernah rasa nak jadi anarcho atau sosialis sebab baca buku.aku cuma nak bebas.dan buku bertemakan kebebasan anak muda memang kegemaran aku.aku susah nak baca pasal falsafah-falsafah,tapi aku suka bila dengar cerita anak muda memberontak.bukan sebab dia baca leon trotsky,lenin,atau jean paul sartre.dia memberontak sebab dia ingin bebas.

bila aku merempit,angin bertiup ke muka aku makin laju makin aku rasa bebas.aku rasa diri aku melayang terbang.ke mana jajahan motor aku pergi,ke situ jiwa aku pergi.aku tak nak jiwa aku terjerut dengan tali leher atau terperap dalam kereta dua tiga jam nak pergi kerja.aku gembira bekerja di tujuh sebelas sebab dengan duit tu aku dapat menikmati kehidupan.

aku nak memberontak macam ez,nak tulis novel macam nami,atau tulisan yang best macam johan,tapi sayang aku takde kelebihan tu.aku cuma mat rempit je kat sini.

aku tak tau apa akan jadi kat anak aku nanti.macam bapak aku yang harapkan aku akan bersorak nama torres atau gerrard tapi akhirnya aku sebut nama rooney dan berbatov,macam tu jugak aku tengok anak aku.aku nak kalau boleh dia macam johan,yang cool je bila menulis blog,atau macam makcik dia yang pergi baling tong sampah kat muka orang bila protest,atau jadi macam nami yang jadi penulis.tapi akhirnya,aku biarkan dia je yang tentukan jalan hidup dia.tugas aku jadi penangkap dalam rumput je untuk dia.

Thursday, March 11, 2010

malaysia,negara pemurah.



gua baru baca berita kat kedai apek kopitiam haritu,sambil sembang-sembang dengan nami yang suka minum teh tarik pasal fam payung semua kelab kat slovakia untuk perlawanan persahabatan.

hari ni ez kaki besi pulak beritahu aku yang telekom malaysia taja manchester bersatu untuk gantikan aig kalau aku tak silap.ye ke tidak berita ni,tapi yang aku nampak dalam gambar ni,macam ya jer.

malaysia memang negara pemurah.belum pernah lagi kerajaan kanada atau primus canada(syarikat telekom kat kanada) sibuk nak menaja liga slovakia atau taja manchester bersatu.ya,aku memang sokong manchester bersatu,tapi bab ni aku tak sokong.woi,rakyat menderita cukai naik,harga barang naik,pergi hospital kena bayar,masuk universiti yuran tinggi,kau sibuk nak taja manchester bersatu apahal?

kepada ceo telekom,aku harap kau pergi usha dulu public phone kat usj yang selalu rosak tu.pergi repair dulu sebelum berangan nak taja manchester bersatu.

lepas ni confirm naik cukai.aku harap fan manchester bersatu kat malaysia,jangan sokong tindakan telekom malaysia ni walaupun dia taja manchester bersatu,sebab korang jugak yang sakit bila bil telefon atau internet naik nanti.

sokong manchester bersatu sebab bola,bukan sebab tajaan.

malam eropah pagi malaysia tengah hari kuala geri.



rooney:gua bukan maradona atau henry jaring pakai tangan,gua jaring pakai kepala.

pemain milan yang tak ingin dikenali:peergh,sungguh kacak abang rooney.

referee:balik ni aku mesti nak angkat autograph mamat ni,tandukannya mengagumkan!




rooney: let's go to bernebeu,where monkey on the loo...


abbiatti:mamma mia,adoro rooney,egli e grande ed elegante.Perdono,re Rooney.(mamma mia,gua sujud kat rooney,sungguh berkuasa dan bergaya,ampun tuanku Rooney.)


"apa?manchester bersatu 4,milan 0?ala apa aku buat kat sini ni?"

"bengap la benzema ni,apasal lu tak macam rooney?gua bagi lu bola macam tu pun tak boleh nak gol ke?rooney gua bagi celah kangkang pun boleh score."


daud bekam:jangan salah sangka,gua belum pindah ke team kedah lagi.hijau kuning ni simbol anti glazer beb.


bagus rooney,kau boleh jadi legend walaupun tak boleh jadi model brylcream.


gua?gua lepak rumah je.gua main divisyen lapan je sekarang ni.champions league?gua ada jugak pasang niat team gua boleh main kat liga slovakia,tapi team gua takde sultan bola nak payung.

Wednesday, March 10, 2010

pengejar bintang tulisan si nami.


dalam sejarah hidup aku,aku belum pernah baca novel melayu.kalau ada aku maka novel melayu hendaklah dijauhkan sekurang-kurangnya 500 meter dari aku sebelum aku termuntah hijau.aku bukanlah anti bahasa melayu walaupun aku fail bm masa aku form 1,dan walaupun dewan bahana dan petaka selalu tukar ejaan dalam bahasa melayu.tapi 99 peratus novel melayu yang aku jumpa,semuanya ceritanya lebih kurang sinopsisnya begini.

"rafidah adalah seorang graduan universiti tempatan.di sinilah rafidah mengenal cinta hatinya iaitu johan(gua pinjam nama lu).pun begitu,kecurangan johan menyebabkan rafidah putus asa dan serik untuk bercinta lagi.sehinggalah rafidah berjumpa dengan seorang lelaki yang dapat memikat hatinya iaitu aspa(gua pinjam lagi sorang).aspa pun mengajak rafidah ke alam perkahwinan dan mereka bahagia.tetapi rafidah masih merindukan johan,dan akhirnya wujud cinta tiga segi.aspa pun merana kerana rafidah masing menyebut nama johan sehingga tekanan dalam pekerjaan.dan wujud lagi seorang lagi lelaki yang rafidah jumpa semasa rakan sekolah dahulu yang bernama nami(gua pinjam nama mamat ni pulak).nami ini sudah lama menyimpan perasaan terhadap rafidah sejak sekolah lagi.dengan kebahagiaan rumah tangga dengan aspa semakin retak,dan dengan perasaannya dengan johan bertepuk sebelah tangan,siapakah yang rafidah pilih?tentulah aril tapi sayang,aril lempang minah tu laju-laju".


apabila nami bercita-cita untuk jadi novelis,gua ada rasa macam nak lempang mamat ni laju-laju.tapi gua tak boleh halang cita-cita dia seperti cita-cita liverpool nak juara epl sejak 18 tahun dulu tapi tak pernah berjaya - selalu je manchester bersatu yang menghalang.sama juga dengan nami,dari dulu mamat ni menulis tapi selalu nasib yang menghalang.

pada zaman bukit cerakah dulu,mamat ni pernah menulis novel tapi tulisan tangan.taklah proper macam "pengejar bintang" ni.dengan tulisan macam orang sakit jiwa(ye lah,dia memang sakit jiwa pun),aku sakit hati nak faham mamat ni punya tulisan.tapi memandangkan aku kawan,aku support je lah walaupun penat aku nak faham tulisan dia.novel mamat dengan tulisan tangan ni mengisahkan seorang loser yang dingorat oleh awek cun.ala,tipikal cerita kayusuci(hollywood).ala-ala cerita remaja lewat 90an.cerita sepuluh sebab kenapa saya benci awak,dialah semuanya(she's all that),pengalah(loser) dan sebagainya.tulisan mamat ni memang banyak gua kritik walaupun taklah seteruk cerita yang berada di pasaran.tapi mamat ni tentang tulisan,dia ambik positif kritikan aku,akhirnya dia berjaya menulis dengan okaylah walaupun belum tahap salinger lagi.

cerita mamat ni kali ni lebih banyak bercerita tentang masalah dalam keluarga.mamat ni kena halau rumah,lepas tu mamat ni membenci perkahwinan dan menganggap perkahwinan ni sesuatu budaya yang poyo,phony(beb,gua terasa beb),salah satu sebab mamat ni benci perkahwinan ialah kerana kewujudan diri dia sendiri,masalah dengan maknya yang dikatakan islamik dan berkata redha dengan kejadian anaknya tapi tak boleh terima hakikat anaknya kantoi universiti sampai halau-halau rumah,pandangan tentang orang malaysia kat oversea yang tak suka bergaul dengan orang lain selain orang malaysia,pasal ym letak muka orang lain(yang ni gua macam kenal je hahaha!),pasal adik angkat yang terpengaruh dengan budaya materialistik dan kepoyo-poyoan,mengangkat bundle sebagai budaya dan konsep menyayangi haiwan walaupun anjing.

bagi pendapat gua,buku ni kalau nak dibaca oleh dewan bahana dan petaka,confirm kena banned sebab ada banyak perkataan cibai,lancau dan pantat.mamat ni bagi version yang censored kat aku pulak,chis takde feeling pulak.mamat ni jugak banyak mengutuk hipokrasi orang yang sibuk bercerita tentang agama tapi tak boleh terima qada' dan qadar,kisah skizofrenianya yang aku rasa agak menakutkan,kisah masuk lokap dan kisah cintanya dengan seorang wanita kristian yang gagap.bagi gua cerita ni kalau jakim nampak mesti dia banned,sebab mamat ni bela anjing sebab kasih sayang walaupun dihimpit stigma masyarakat melayu.(beb,adik gua bela anjing kat spca - sebab dia kerja kat spca,rilek jer - bukan susah pun samak).bagi aku satu percubaan yang baik untuk menulis walaupun watak luqman amirullah ni tak sehebat holden caulfield.oh ya,aku terfikir kenapa mamat ni letak nama luqman amirullah,gua rasa ni parody main letak nama islamik lepas tu perangai langsung jauh menyimpang.macam nama hishamuddin rais la jugak.

yang pukimaknya,cerita mamat ni ada banyak persamaan dengan kisah orang yang sekelilingnya.aku punya cerita pun dia rembat.cerita member dia yang melawat bapuk pun dia rembat.aku gelak-gelak pun ada,bab sedih pun ada.

dalam cerita mamat ni,aku suka satu perenggan mamat ni bila dia masuk lokap sebab member dia meramas payudara awek kerja bar.

"look at those boring guys over there.people that you yawns when they talk.people that only talk boring things.they never go to lock-up.because they're boring people and they're do the boring things".

gua pernah masuk balai dua kali,adakah gua ni juga cool dan tidak memboringkan?

bagus,aku admit ada improvement dari tulisan lama kau.aku harap kau terus berusaha lagi.buktikan yang kau boleh buat benda ni.

Wednesday, March 3, 2010

runiiiiiiiiiiii....runi!runi!runi!



terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan selama ini.

Monday, March 1, 2010

kami juara!


minta maaf kawan-kawan,aku dah lama tak atasgaris.ada banyak hal.

semalam dua perlawanan akhir bertembung,satu manchester bersatu lawan dengan aston villa,dan lagi satu perlawanan antara kanada vs amerika syarikat.aku memilih kanada vs amerika syarikat sebab dah boleh agak manchester bersatu menang.dalam hoki ais,kanada adalah pasukan nombor satu dunia,sama taraf seperti brazil dalam bolasepak atau roger federer dalam tenis.great britain was not great at all,kepada johan king of scotland,kanada jugak menang curling.hahaha!

pertarungan kanada-amerika syarikat macamlah kalau madrid benar menentang barcelona,atau brazil vs argentina.hampir sama kuat dan musuh ketat.macam manchester bersatu menentang chelsea,(bukan liverpool,tu main divisyen mana tu..)

ez bercadang untuk tengok split tv - dia nak tengok jugak game manchester bersatu sebab dia sokong aston villa,ada martin o'neill legend celtic.takde maknalah martin o'neill tu hahaha!tapi perlawanan kanada-amerika syarikat lagi mendebarkan dari manchester bersatu vs aston villa.

dan pada mulanya johnathan toews menjaringkan gol pertama kanada.macam nak runtuh rumah.bukan di rumah ini tapi rumah sebelah,dan sebelah dan di depan rumah.semua mahu melihat kehancuran amerika seperti osama bin laden menyerang york baru(new york).perry corey menyumbat lagi gol menjadikan kanada 2-0 amerika syarikat.seperti juga bangunan kedua world trade center yang runtuh yang menggembirakan taliban di gua afghan,begitu juga dengan seluruh isi rumah di kuala geri.

pun begitu ryan kesler merisaukan kanada.bagai g.i joe the american hero dia cuba menyemai semangat amerikanisasi seperti yang nami katakan dalam blognya.dia ingin berkata bahawa amerika masih lagi tidak goyah dibawah pemimpin kulit hitam pertama.hati sudah cuak bila kanada mula goyah pertahanan,yelah kadang-kadang rio ferdinand pun goyang lutut jugak.zach parise yang tidak pernah pergi ke paris pula menyerikan suasana.chee bai punya zach parise.nasib baik tak faris ahmad hahaha!

perlawanan akhir membawa ke masa tambahan.suasana penuh mendebarkan.apa yang dinantikan adalah detik-detik keemasan.entah macam mana,sidney crosby yang takde kait mengait dengan bill cosby menjaringkan gol untuk kemenangan.woi keluar rumah semua orang menjerit woo!yang aku tau bawahbandar(downtown) kuala geri sunyi sepi pada perlawanan,jadi meriah.pesta warna warni umpama melihat kegagalan george w bush untuk menang pertandingan spelling bee.

lagu o canada dinyanyikan.utara kami yang kuat dan percuma dapat ditayangkan.sedar tak sedar si wan runi jaringkan gol kedua.tu dah biasa sangat.menang league cup je pun.tak kisah sangat.

yang paling gempak,kanada menang pingat emas paling banyak dalam sejarah olimpik musim sejuk.sebelum ni kesatuan soviet dengan 13.ini bermakna kanada lebih komunis dari soviet hahaha!

jumpa tahun 2014 di sochi,russia.kami mempertahankan kejuaraan kami,hoki ais,definitely.