Thursday, January 28, 2010

shahruni soefiyyan sulaiman-pertukaran nama di saat akhir.


tengah hari itu,perlawanan separuh akhir antara dua musuh ketat,manchester bersatu dan manchester bandaraya.minggu lepas,carlos tevez dengan bangangnya memanggil otai kita gary neville sebagai penjilat but dan "moron".mari kita lihat siapa yang moron sekarang?(p/s:sekurang-kurangnya abang gary tak jadi hamba tebusan saudagar kismis dari tehran hahahaha!)

tengah hari itu seperti biasa,aku ditemani isteri untuk menonton perlawanan penting ini.sungguh tak cool kerana tidak dikelilingi member dan teh tarik tapi itu sahaja yang aku ada.walaupun semasa kolamlimpa menang piala ini tahun 2001 dan kami panggil piala ini piala tikus miki(mickey mouse),pun begitu dalam perlawanan apa sekalipun,hatta perlawanan amal untuk membaiki bumbung sekolah jenis kebangsaan tamil ladang bikam sekalipun,aku tak boleh terima untuk kalah dengan manchester bandaraya.

jadi seluruh warga manchester atau bakal diarabkan sebagai al-mansheetariah jika makom glaser sanggup menerima tawaran saudagar kurma arab,ternanti-nanti perlawanan ini.

separuh masa pertama walaupun perlawanan bertarung sengit tapi masih tiada jaringan.dan pada minit ke 52 otai yang paling sopan santun paul scholes,tidak bersopan dengan shay diberi(given).dengan gembiranya aku merasa lega.kemudian minit ke 71 michael carik-carik bulu ayam pula mengayamkan shay diberi lagi.ini sudah legakan hati.

tiba-tiba mamat pelompat parti menjaringkan gol 5 minit kemudian.tapi dia meraikan gol itu secara segan-segan.dia sedar anak dia masih bersekolah di salford.takut anak dia kena culik atau kena pukul ngan member je.dan ketika agregat berjumlah 3-3 dan hampir-hampir masa tambahan ditambah,tiba-tiba,bakal otai lagenda kita,yang akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan george bagus dan bobby charlton,wan runi menanduk bola menewaskan shay diberi.masa ini aku melompat gembira sampai terbalik meja aku.teringat nami masa dia tumpahkan teh tarik tu.cuma bezanya bini aku tak marah sebab dia pun teruja juga.tapi perempuan mengandung ni tak boleh teruja lebih-lebih,tambah-tambah lagi dia dah nak beranak.dalam kebisingan trafford lama menghiasi rumah aku,tiba-tiba rumah aku tambah lagi satu bunyi bising,bini aku tiba-tiba nak bersalin.

"eh,ini bukan time.kata 14 februari?"

aku pun terfikir yang ez juga seorang yang terlahir 2 minggu awal.jadi ini biasa.aku dah kelam kabut.ez pergi ke vancouver untuk berjumpa dengan kawannya kim gadis korea yang pernah jadi kawanbilik(roomate) arwah elly adik aku.sambil nak tengok olimpik.aku kelam kabut macam nami kena bebel dengan ez dulu.panggil ambulans,atau panggil tabib,doktor sakit puan,aih apa aku nak buat ni?

akhirnya aku ke pusat perubatan kakibukit (foothill medical centre),di kuala geri.bergegas tanpa memikirkan apa-apa yang berlaku di al-mansheetariah.aku panggil abah aku,abah aku pulak bukan di kuala geri tapi dekat yukon sempadan alaska.dengan cool dan setenang air di kuala pahang abah aku berkata,"relax,just relax".peerggh aku terasa seperti luke pejalanlangit(skywalker) dengan obi wan kenobi dalam perang bintang(star wars).

dan akhirnya tepat pukul 3.10 petang,selamatlah anak pertama aku dilahirkan.bersyukur dengan yang maha esa.aku segera tekskan berita ini kepada makciknya di vancouver.tiba-tiba aku mengubah fikiran untuk meletak nama.

"shahruni soeffiyan"

"surname sir?"

"sulaiman".

shahruni soeffiyan.sempena kejayaan wan runi serta minggu lepas menjaringkan empat gol,aku dedikasikan hari gembira ini bersama.

ez bila dapat tahu aku letak nama shahruni,dia teks balik,"you've got to be kidding me?"

dan abah aku sebagai orang kuat kolamlimpa berkata,"tengoklah nanti,rooney akan pulang ke liverpool(kolamlimpa)."

dan aku dapat berita gembira dan aku berkongsi kegembiraan aku bersama insan yang bernama wan runi.

p/s:shah dalam bahasa parsi bermaksud "raja" atau king.kalau aku letak nama shahcantona dah tak sedap.kalau shahruni "king rooney",okay ape hahaha!

12 comments:

Ez Puella Sapiens said...

tak tau nak kata apa lagi..i panggil dia soeffiyan je.tak nak panggil dia rooney hik hik!

congratz bro!

labahlabah said...

congratz bro..
dah jadi papa..

apa apa pun.layan ni

http://www.youtube.com/watch?v=PxIad6YNcq0&feature=player_embedded

Johan 23.01.84 said...

tahniah..

nyzm said...

agaknya Shahruni pun terlompat-lompat macam bapak dia sampai nak terkeluar hahaha

tahniah bro!

iezat n hobbes said...

tahniah bro!

make sure 20 tahun lagi gua boleh tengok muka anak lu kat trafford lama score 4 bijik.

Aril Cantona said...

angah,

haha rooney rooney rooney!

semua,

terima kasih beb!

nama nami said...

Tahniah beb.Uncle Man ada first cucu and dia hanya berharap kat nko je sekarang ni beb.

hahaha!

Kalau Nani goal time tu,nama anak nko Shahnani ke?hahahaha!

Aril Cantona said...

Nami,

lebih baik shahnani dari shahnami hahahaha!

adik aku dah jadi kaum agnostik ni,manalah nak kawin2 ni kan..hahaha!

"marriage institution will make you look like a moron" -member aku lynn walsh.aku rasa ez tu pun terpengaruh gak ngan minah ni hahaha!

tapi aku dah kawin..hahaha!

Sue said...

shahruni?
hahaha!

congrats aril
^___^

Aril Cantona said...

Sue,

gracias muchacas(eh betul ke grammar aku hahaha!)

fndrocka said...

tu kalau park ji sung yg skor camner...dapat lak nama ala2 korea

Aril Cantona said...

aku yakin letak nama shahupark hahaha!