Thursday, June 10, 2010

piala dunia/world cup/weltmeisterschaft.



21-25




akhirnya gua jumpa jugak password gua!gila bapak lama gua lupa password terus tak update.

sempena world cup ni - gua dengan ez telah membetting kesemua 64 perlawanan.siapa kalah kena payung satu crate alberta premium.

jadi ini adalah senarai betting gua(yang dalam kurungan) dalam peringkat kumpulan perlawanan.semua perlawanan dipilih melalui duit syilling 1 dolar,nasib - kecuali game england(aku),italy(ez),dan dua team yang masing-masing dibenci - argentina(aku),france(ez).

south africa vs mexico(south africa) (seri)
france vs uruguay(france) (seri)
south korea vs greece(south korea)
argentina vs nigeria(nigeria)
england vs usa(england) (seri)
algeria vs slovenia(algeria)
serbia vs ghana(serbia)
germany vs australia(germany)
netherland vs denmark(netherland)
japan vs cameroon(japan)
italy vs paraguay(paraguay) (seri)
new zealand vs slovakia(slovakia) (seri)
cote d'ivoire vs portugal(cote d'ivoire)
brazil vs korea dpr(brazil)
honduras vs chile(chile)
spain vs switzerland(switzerland)


south africa vs uruguay(south africa)
france vs mexico(france)
greece vs nigeria(greece)
argentina vs south korea(south korea)
slovenia vs usa(slovenia) (seri)
england vs algeria(england) (seri)
germany vs serbia(serbia)
ghana vs australia(australia)
netherland vs japan(japan)
cameroon vs denmark(denmark)
slovakia vs paraguay(slovakia)
italy vs new zealand(new zealand)
brazil vs cote d'ivoire(brazil)
portugal vs korea dpr(korea dpr)
chile vs switzerland(switzerland)
spain vs honduras(honduras)

mexico vs uruguay(uruguay)
france vs south africa(france)
nigeria vs south korea(south korea)
argentina vs greece(greece)
slovenia vs england(england)
usa vs algeria(algeria)
ghana vs germany(germany)
australia vs serbia(serbia)
denmark vs japan(japan)
cameroon vs netherland(netherland)
slovakia vs italy(slovakia)
paraguay vs new zealand(new zealand)
portugal vs brazil(portugal)
korea dpr vs cote d'ivoire(korea dpr)
chile vs spain(chile)
switzerland vs honduras(honduras)

uruguay vs south korea(south korea)
argentina vs mexico(mexico)
england vs germany(england)
usa vs ghana(ghana)
slovakia vs netherland(slovakia)
paraguay vs japan(japan)
portugal vs spain(spain)
brazil vs chile(brazil)

uruguay vs ghana(ghana)
argentina vs germany(germany)
brazil vs netherland(netherland)
paraguay vs spain(paraguay)

netherland vs uruguay(uruguay)
germany vs spain(germany)

uruguay vs germany(germany)


spain vs holland(holland)

Friday, April 9, 2010

perkasa-kah melayu?

aku diminta oleh nami untuk menulis satu artikel untuk zine sosialis untuk persatuannya,namanya solidariti sosialis.dan aku dan ez bekerjasama untuk menulis ini.bagi aku ini satu penghormatan memandangkan aku takdelah pandai sangat,tapi aku akan tulis berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan aku.aku mintak maaf kalau tulisan aku tak best.aku cuma cakap je,ez tukang bagi idea+tukang susun ayat.kalau aku tulis nanti langsung hancur.

[mula kat sini]

aku sudah tinggalkan malaysia 5 tahun yang sudah.sepanjang aku tinggal di sana aku sering dilabelkan sebagai orang melayu.bila buat kad pengenalan aku dikehendaki menulis bangsa aku,bangsa melayu.bila aku pergi majlis kahwin aku mesti pakai baju melayu.hakikatnya aku ada darah campur,turki,irish,yahudi dan bugis.jadi,kalaulah aku gatal tangan tulis bangsa kat spm aku atau nak buat kad pengenalan aku,bangsa yahudi atau irish,apa yang akan jadi kepada aku?

hakikatnya apa yang aku nampak tentang melayu ialah aku tidak nampak apa konsep melayu.apa yang menyebabkan seseorang itu menjadi melayu.jika mahu dilihat sebagai seorang skinhead maka wajar seseorang itu membotakkan kepala,berseluar skinny dan berkasut doc marten.tapi bagaimana seseorang itu untuk dilihat sebagai melayu?

soalan ini sangat penting di malaysia,walaupun tak penting di sini.ini kerana di kanada,tidak ada seorang pun yang akan ambil peduli tentang apa bangsanya.gabenor alberta(negeri yang tempat aku tinggal) adalah seorang bangsa cina,norman kwong.cuba bayangkan kalau di perak atau selangor yang ramai orang cina,menteri besarnya orang cina,apa akan jadi?dan di alberta,bangsa cina tak sampai satu peratus pun,tapi dia dipilih atas merit pencapaian.

persoalannya,sampai bila nak berlindung atas nama melayu?sampai bila nak berlindung atas nama agama islam?paranoid yang ditiup-tiup kononnya bangsa melayu di singapura haknya semakin terhakis itu penipu.hakikatnya orang melayu di singapura juga hidup mewah jika dia rajin berusaha.jika cina di singapura pemalas maka dia pun akan tidur di tepi longkang juga.melayu yang saya lihat,adalah manusia yang leka dengan hak ekslusif perlembagaan yang sebenarnya tak dinikmati oleh semua golongan yang dipanggil melayu ni.

maka sejak 8 mac,bila angin perubahan bertiup di malaysia,umno dilihat semakin goyang.untuk mempertahankan establishment mereka itu kini kelihatan tidak lagi mudah.lalu wujudlah satu kumpulan yang berhaluan kanan dipanggil perkasa.kewujudannya adalah respon kepada ramai manusia yang mahu berubah dari terus hidup di tembok-tembok tinggi ini.

melihat dari jauh,kebanyakan yang menyertai perkasa ini adalah golongan melayu yang berada di kelas pertengahan.kebanyakan mereka ini adalah golongan peniaga,kontraktor kelas f atau bekerja sebagai pegawai kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.mereka berada dalam satu kelas yang selesa kerana "status quo" yang telah disediakan oleh kerajaan pemerintah untuk mereka berada di dalam kumpulan yang selesa dalam masyarakat.jadi apabila 8 mac,satu goncangan kuat dari bawah menyebabkan mereka takut keselesaan mereka turut hilang.

kewujudan perkasa ini dilihat sangat menakutkan kerana ianya mungkin boleh berkembang seperti british national party(bnp) atau lebih teruk,parti nazi.ini kerana parti berhaluan kanan ini akan sering memainkan sentimen perkauman serta mengubah persepsi masyarakat tentang masalah yang sebenar.pada zaman adolf hitler,isu yahudi kaya dan penindas sering dimainkan,begitu juga dengan pendatang asing di uk,sering dimainkan oleh bnp.hakikatnya kemiskinan ini bukan disebabkan bangsa itu dilahirkan kaya atau miskin,sebaliknya kemiskinan ini berlaku kerana pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara dua kelas,borjois dan proletariat.

setiap kali perkasa mengeluarkan kenyataan,ia akan berkata mahu membela masyarakat melayu.hakikatnya kejadian kampung berembang kebanyakan mangsanya adalah melayu.kemiskinan masih lagi membelenggu orang melayu.tetapi dalam hal ini mereka menuduh cina dan india sebagai perampas kekayaan negara.hakikatnya segala kontrak dan perniagaan melayu semuanya diagihkan kepada sekumpulan kecil oligarki dalam masyarakat.sebab itu melayu terus miskin kerana pengagihan kekayaan hanya berpusing di sekitar golongan kecil sahaja.

jadi,apakah fungsi perkasa untuk orang melayu?jawapannya untuk menjadikan bangsa melayu penuh dengan semangat kebencian agar rakyat terus berpecah belah supaya pihak pemerintah terus kekal memerintah.dan isu-isu agama akan digugat serta kedaulatan ini mengalih pandangan (diversion tactic) untuk melekakan orang melayu dari melihat dari kegagalan ekonomi sebenar akibat pengagihan kekayaan yang tidak adil di kalangan oligarki ini.

golongan liberal,sosialis dan anarkis,terutamanya yang melayu sering dianggap sebagai golongan melayu yang lupa diri,yang tidak berterima kasih serta sesat dan rosak akidah.ini kerana golongan ini cuba bergerak progresif dalam kejumudan pemikiran konservatif,kolot dan fasis ini.dan dalam mencari kebenaran,mereka sering dikritik dan dipaksa tutup mulut supaya establishment kuasa mereka terus dikekalkan.

dan dalam keadaan ini,kelas pekerja terutamanya melayu perlu sedar bahawa sudah masanya untuk mereka untuk tidak diperbodohkan.idea-idea progresif akan terus menongkah tembok-tembok ini sejajar dengan ruang dan waktu.dan dalam hal ini,kaum pekerja harus berani untuk menerima perubahan atau terus diperbodohkan oleh golongan seperti perkasa ini.cabaran kaum pekerja cukup besar dalam bangkit membina kekuatan kelas.

hari ini mereka bermain dari isu perkauman,tetapi kalau kita lihat mereka membuka topeng mereka dan kita lihat sebenarnya mereka juga bekerjasama dengan para kapitalis cina,india,arab,eropah dan lain-lain.hakikatnya melayu masih lagi miskin walaupun 52 tahun hidup di bawah pemerintahan umno.sudah tiba masanya bagi kaum pekerja melayu untuk dikejutkan mimpi angan-angan cerita perlembagaan dan hak ekslusif.melayu perlu disedarkan dari alam kebodohan,dan adalah tugas pekerja untuk bangkit menuntut hak agar golongan lintah darat melayu dari perkasa ini keluar dari kepompong perkauman.

Monday, April 5, 2010

ke jiran sebelah.

come as you are
bajet ayu je minah ni
teringat gua usha awek kat tekala dulu
bila petang menyurut
gua rasa sini tempat cobain belajar gitar la beb.
dah nak dekat rumah kurt ni.
gambar gua,tak payah la hahaha!

bila aku marah atau kecewa aku akan bawa pancing dan peralatan memancing aku ke sungai atau kolam udang.berbekalkan keretek dan kuaci,serta topi fisherman benda ni tak pernah lekang dalam hidup aku sepanjang aku hidup sebagai seorang shahril iman sulaiman.dan sempena annual leave yang panjang,aku dan ez menaiki kereta sejauh 16 jam dari kuala geri ke seattle.aku terpaksa tinggalkan citra dan runi sebab runi yang terlalu kecil untuk aku bawak jalan jauh.

perjalanan dari kuala geri ke surrey memakan masa 14 jam.dalam perjalanan tu kami berhenti seketika selepas drive hampir 7 jam(ez 3 jam setengah,gua 3 jam setengah),kami berehat di harapan(hope,nama bandar tu hope aku nak buat macam mana).tanpa cakap banyak dua-dua pun landing.motel agak murah - dan terus tidur keletihan.

perjalanan diteruskan pada waktu malam.insomia memberi kelebihan bagi aku untuk membawa kereta.sepanjang dalam kereta pelbagai topik disembangkan,dan satu yang paling lawak bila ez buat lawak bodoh,"apasal kalau kat malaysia,nak cross border negeri tak sampai sejam,tapi kat canada alberta nak ke british columbia je nak dekat 7 hours.apasal hah?".aku jawab mudah "sebab kau fail geografi".aku takde mood nak layan soalan bodoh tengah drive.

makanan ringan yang tidak elok untuk kesihatan seperti potato chips,nachos,berlambak kat kerusi belakang.dipenuhkan juga dengan air sampai empat botol.aku teringat aku dulu pernah berangan nak bawak kereta dari subang ke manchester sebab hishamuddin rais buat movie dari jemapoh ke manchestee satu masa dulu.aku tak dapat bayangkan,7 jam bawak kereta pun nak terbarai.

ez bawa beberapa bekalan penting,pasport,ubat-ubatan dan macam-macam,serta beberapa buku seperti buku penangkap di dalam rumput karya jd salinger,pengejar bintang oleh nami dan satu lagi novel diy dari kanada,bayi memberontak atau rebel baby.pukul 3 pagi kami tiba di pinggir bandar vancouver yang baru sahaja tamat sukan olimpik dan paralimpik.aku cuba cari mana maskot sumi,quatchi dan miga punya tugu,rupa-rupanya dorang dah dismantle dah.aku yakin di malaysia tugu wira maskot sukan komanwel masih lagi tegak di shah alam.aku rasa-rasanya lah.

sampai di vancouver ez terus roger kim,kawan baik kepada arwah sherina adik aku.kesian dia pagi-pagi kami kejut.kami berehat di situ dan makan-makan sebelum bergerak ke seattle.dari vancouver,aku drive straight ke selatan hingga ke surrey,bandar sempadan kanada-amerika.selepas upacara mengecop pasport,dan selama 14 jam tu diteruskan hingga seattle.dari blaine(bandar sempadan amerika) ke seattle memakan masa lagi 3 jam.

tiba di seattle jam 10 pagi,matahari sudah terpacak atas kepala.dan adalah sengal kalau pada 5 april,pergi ke seattle,dan sepanjang dalam kereta ada cd tidakpernahminda(nevermind) dan cd nirvana,adalah wajib pergi ke viretta park,rumah lama kurt cobain.setelah melawat dan ada dalam 500 orang(aku bukan utusan malaysia nak tipu nombor,tapi aku rasa la) berada di sekitar kawasan viretta park untuk menziarahi 'makam' kurt cobain.sebenarnya kurt cobain tak berkubur,cuma abu mayatnya ditaburkan di sungai wishkah dan beberapa tempat yang kurang aku jelas.perjalanan diteruskan ke aberdeen,tempat asal usul kurt cobain.

sementara ez ke tempat lain(bandar seattle),aku pulak ke menghulu ke sungai.mencari lubuk ikan salmon untuk dipancing.yang pastinya,gila bapak aku nak drive balik ke kuala geri ni macam mana beb?

tu fikir kemudian,yang penting pancing dulu.



nak jugak ke gambar gua nih!

p/s:sorry,gambar tak banyak ambik.gua lupa bawak bateri charger.paling cibai dah sampai viretta park dengan sungai wishkah bateri kong.ni ambik gambar pun sempat tak sempat je.

Thursday, March 25, 2010

gua tak boleh cakap ape lah.



kah kah kah!

tulisan sang otai - nama nami pengejar bintang.

gua kopipes je.

"akn tetapi ada juga yg menganggap dirinya sahaja yg genius. boleh dikata Tuhan pun ingin dilawannya."

"Bukan melawan Tuhan tapi orang yang sebok guna nama Tuhan.

Woit,tebang pokok,drive kereta,pupuskan haiwan terancam tu,rosakkan alam,ada ingat Tuhan ke?"


Seperti terpampang di dinding bilik persalinan di Anfield "This is Anfield"(by the way gua bukan fan Liverpool,gua cuma cakap tentang signboard tu je),aku ingin katakan di sini,ini bumi Tuhan.

Semalam rakan baik saya Aril berperang di Facebook yang disifatkan beliau "antara kejujuran menentang kepurabaikan".Kepurabaikan ini adalah portmanteau dari perkataan pura-pura dan baik.Saya tergelak,tersengih.Tapi dia dengan cara dia sendiri,aku dengan cara aku sendiri.

Aku perhatikan ramai dikalangan manusia hari ini suka MEMPERTAHANKAN DIRI DENGAN GUNA NAMA TUHAN.Perbuatan ni sama dengan budak-budak sekolah yang ponteng sekolah atau datang lewat pergi sekolah kalau sekolah petang pada hari Jumaat,pergi main video game atau shopping complex,lepas tu nak cakap dengan cikgu "kami pergi sembahyang Jumaat".Tetapi budak-budak yang ponteng sekolah atau lewat masuk kelas itu tindakannya tidaklah merugikan Bursa Saham Kuala Lumpur mahupun mengganggu pelan bajet Barack Obama,langsung tidak.Tetapi sindrom itu berlanjutan sehingga ke manusia yang memiliki kuasa.

Apabila ketua kampung Kedah,Zizan Dol Ajak hendak mencukur hutan di Ulu Sungai Muda sebab "kerajaan pusat tarak bagi peruntukan",saya mengutuk pak lebai ni.Ini kerana manusia inilah yang sering berceramah di khalayak ramai tentang Tuhan.

Hari ini,saya melihat manusia sudah ramai yang bersikap begitu.Selepas sembahyang Jumaat di depan masjid penuh sampah sarap bekas bungkus makanan dan plastik air bersepah di depan masjid.Saya rasa plastik-plastik di Malaysia bukan jenis "biodegradable" macam di UK.Dan bersepahnya benda ini menyebabkan longkang di masjid kadang-kala tersumbat.

Begitu juga apabila khatib membaca khutbah tentang "membazir itu saudara syaitan" - tetapi apabila tidak ada jemaah lampu masjid dibiarkan terbuka dan kipas menyala tanpa orang.Mengipas siapa saya pun tak tahu.Dan ini menyebabkan lebih banyak petroleum,lebih banyak tenaga perlu digunakan terhadap satu perkara yang tidak ada manfaat langsung.

Dan melihat dari jauh Masjid Ar-Rahman di sini,setiap hari Jumaat maka penuhlah kereta di Jalan Pantai Baharu ni.Kalaulah yang nak bersolat di Masjid Ar-Rahman itu manusia yang tinggal di Pulau Pinang,di Kuala Sanglang ataupun paling dekat pun Cheras,itu tidak menjadi masalah.Tetapi kebanyakan kereta ini saya tengok ada sticker Universiti Malaya.Apa salahnya berjalan kaki - lagipun saya pernah dengar ustaz di sekolah saya dulu cakap,kalau pergi solat Jumaat setapak kaki melangkah,10 pahala dikurniakan.Tak tau lah,rumah dia dekat dengan masjid pun dia naik motor jugak.Allergik panas kot.

Saya enggan berceritalah - anda semua tahu betapa bejatnya pencemaran alam sekitar ini.Saya tidak mahu anak cucu kita nanti nak menghirup oksigen macam menghirup gas Sarin yang bertoksik dan beracun.Saya tidak mahu nanti oleh kerana oksigen sudah kurang maka oksigen juga akan dijual seperti menjual petroleum.Nanti bila kerajaan mula meletakkan harga,seperti Zach de la Rocha penyanyi RATM kata "mass transit to the pump when price is set".

Seperti yang selalu dibebelkan oleh Aril,kenapa sungai di negara-negara sekular jauh lebih bersih dari sungai di negara-negara Islam.Kenapa sungai di Sweden bersih jernih tapi sungai Klang bangkai manusia pun ada?

Saya menyeru sempena Earth Hour Sabtu ini,jam 8:30 malam - semua orang menutup lampu tetapi bukan sebab mengikut trend,tapi sebab kesedaran akal.Kalau sayang Tuhan bagai dikata,sayangilah kurniaan Tuhan yang ada satu sahaja di Bima Sakti ni.Nak cari planet yang macam planet Bumi di sebelah galaksi lain,jauh sangat.Tak tercapai akal untuk pergi ke sana.(TTGB)

-kesimpulan disini sebelum gua nak tamatkan perang saudara dengan awek shah alam yang cun tu,sebenarnya orang suka baca teks dari apa yang dasarnya.kalau orang kata terjun lombong demi islam masuk syurga,semua orang buat benda tu.benda yang kami kritik,adalah kepurabaikan(ni perkataan apa ni john) manusia-manusiawi ni semua.semua orang bukan main kencang cakap pasal agama.bla bla bla.semua orang bila bercakap tak ingat yang dia tu manusia bukan malaikat.

gua rasa satu je lu orang kena fikir,minah berkaki besi ada berkata,"manusia boleh hidup tanpa agama tapi agama tak boleh hidup tanpa manusia".jadi,sebagai manusia tolonglah sedar yang anda itu manusia.nak bangkit kalau takde agama kes rogol berleluasa-cheh,kat iran yang kata strict agama tu ada je kes rogol.kat saudi arabia pun ada je kes rogol.kat norway,sweden hatta canada yang sekular ni kes rogol bukan kata kurang,takde langsung pun ada.tanya minah berkaki besi,balik pukul 2 pagi kat sini pun tak cuak jalan.kat negeri arab,tengah hari pun takut.

sebab lu orang tak pernah keluar dari kepompong lu.lu rasa tak selesa bila ada orang luar bercakap sesuatu diluar kepompong lu.lalu lu kutuk sebab ia berbeza dengan lu.macam gua,berapa buah negara dah gua dah pergi.gua tengok masyarakat,gua tengok pandangan orang yang lain dari gua.gua belajar apa yang orang lain ada.itu baru nama belajar.kalau takat duduk kat bilik darjah terperap cakap si malaon bercakap dalam kuliah tu bukan belajar,tu kena brainwash namanya.

akhir sekali,bak kata bangunberdiri,kalau manusia tu jangan jadi tuhan,atau lebih tuhan dari tuhan.sekian.

Wednesday, March 24, 2010

nak melawan tapi otak bonsai.


"kami menentang akademi fantasia kerana ianya penuh dengan kemak'siatan"(huruf hamzah tu kasi tekan sikit,lagi bunyi a'rab lagi islamiyah sikit)

"yang salah adalah manusia,bukan agama" - kata awek cun dari shah alam.

sepanjang malam aku kena insomia sampai ke office aku terbarai gelak dengar kata-kata gonjeng dari mat-mat falasafiyah al-arabun ni.hehe.bercerita nak membaiki orang tapi tak pernah jujur dengan diri sendiri.

beb,aku dah keluar dari malaysia ni hampir 5 tahun dah.tapi aku tetap benci akademi fantasia ke,idola amerika ke,jadi kamu fikir kamu boleh menari ke,faktor x ke,amerika ada bakat ke..semua aku benci.sebab benda ini membonsaikan fikrah manusia.

tapi,seperti anak anjing yang bernama tommy yang berada depan rumah aku,dia menyalak-nyalak cukup bising,tapi rumahnya tetap kena masuk perompak sebab dia tak cukup kuat nak lawan perompak.lainlah kalau dia tu rottweiler yang badan dia sama macam lembu,jangankan perompak,tukang bawak posto pun lari.

tahukah anda,yang kita tentang ni bukanlah aznil af atau simon cowell idola amerika ni.yang kita tentang bukanlah perempuan gaga atau britney tombak(spears).yang kita tentang adalah satu ajenda besar kaum pemodal yang dinamakan kapitalisme.ajenda besar ni lebih besar dari pemahatbatupercuma(freemason) dan illuminati.lebih besar dari pekida mahupun lebih besar dari geng macha datuk harun.kapitalisme ini akan menggunakan segala-galanya,dari atas ke bawah,dari kiri ke kanan kita untuk memaksimakan keuntungan.dari agama sampai pornografi,dari muzik ke ilmu pengetahuan semua dia akan guna.

tapi seperti tommy si anak anjing,mereka lebih suka menyalak-nyalak ke arah satu benda yang temeh.bagi aku kalau kau berseronok nonok dengan pelacur pun takkan mengganggu gugat ekonomi dunia.kalau kau jadi gay pun harga beras takkan tergugat.itu hak masing-masinglah.ini sikit-sikit nak jadi holier-than-thou.lebih baik dari kau.lebih 'alim u'lamak wal imanun mubin dari kau.eh,come on lah,jadilah jujur,kes tabung haji kena songlap dah settle ke belum?kes pak haji songlap duit orang buat umrah dah settle ke?kes pak imam kena tangkap khalwat-yang ni malas la gua nak cerita.letih gua.

kesimpulannya,orang yang membebel pasal agama ni kebanyakannya gua tengok adalah mat skema.mat pakai necktie atau minah "pakai baju t-shirt ada nama satu kelas banyak-banyak".mereka ni semua tak pernah masuk lock-up atau kena libas dengan polis sebab melawan.mereka ni kononnya nak memprotes tapi tak tau apa yang nak diprotes.konon nak mentarbiahkan orang tapi apa yang ditarbiahkan jadi tarbus.

gua secara jujurnya gua bukan orang alim.gua pun bukanlah ada iman yang kuat walaupun nama tengah aku adalah iman.sebab tu gua tak jadi hipokrit.hey,kalau lu nak benci af ke apa sebab agama,kenapa kau tak benci palestin sebab kerajaannya yang korup dan makan duit rakyat?dah la kena tindas dengan israel,kena tindas lagi dengan geng-geng fatah.kenapa kau tak benci wakil rakyat yang songlap duit rakyat?

kenapa jual kopi janda yang katanya penuh dengan tongkat ali tapi padahal serbuk apekebende.tanam tongkat ali secara komersil kononnya.gua fikir logik la-semua benda bercerita pasal keuntungan.kalau nak samakan akademi al-quran dengan akademi fantasia pun boleh.sebab hasilnya kerana keuntungan.bak kata nami,"tilawah al-quran pun orang mengaji sebab nak menang tempat pertama,dapat hadiah wang tunai beribu-ribu ringgit".

entahlah,orang kat sini tak pernah judge orang pasal agama pun.kau pakai serban atau kau pakai purdah bertutup litup pun tapi kalau kau buat pasal,kau tetap kena.kalau kau kaki mabuk atau kaki porno pun,kalau kau okay,kau tetap okay.

nak melawan,tapi fikrah bonsai.tu kata otai kita hishamuddin rais.

gua ingin tutup tulisan gua sebelum gua masuk kerja dengan quote dari novel member aku,nami.satu ayat yang paling bernas.

"look at those boring guys over there.people that you yawns when they talk.people that only talk boring things.they never go to lock-up.because they're boring people and they're do the boring things."

Monday, March 22, 2010

tulisan sang otai - hishamuddin rais #1



untuk menentang insomia yang makin ketara,tapi takde idea nak tulis,aku kopipes je tulisan orang.selamat baca!

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)