Thursday, January 7, 2010

muzik bawah tanah dan tiang batu.


pada pukul 7.41 malam waktu saya menulis ini,rumah saya ditimbuni salji.nak keluar tak boleh,nak jalan-jalan tak boleh.saya kena jaga isteri saya di rumah,kalau tidak saya sudah pergi beronggeng.tapi sambil ditemani kesejukan dan ketakutan untuk menjadi ayah,saya ditemani oleh adik saya minah kaki bertulang besi.minah kaki bertulang besi sejak akhir-akhir ini selalu mendengar muzik-muzik yang sungguh enak dan mengasyikkan.kadang-kala diselitkan juga kumpulan mamat pelompat parti iaitu rambut palsu kelly(kelly's wig).tapi saya ingin bercerita tentang satu lagu yang dipromosikan oleh minah kaki bertulang besi ini kepada saya.

kata minah kaki bertulang besi,kumpulan ini berasal dari negeri george w bush berasal iaitu texas.saya sudah membayangkan topi koboi dan kuda bersama pistol.rupa-rupanya bukan.kumpulan ini bernama letupan dalam langit(explosion in the sky).kata minah kaki bertulang besi ini,aliran lagu ini adalah tiang batu(post rock).saya merasakan saya juga sudah menjadi tiang muda(post young) dan melangkah ke alam tua.

teringat usia saya semasa belasan tahun.discotechque warp jalan sultan ismail adalah tempat persinggahan saya setiap hujung minggu.walaupun saya tidak memakai kasut doktor marten atau membuat rambut mohawk,tetapi saya tetap masuk jugak.lagipun,seperti juga agama islam,peminat muzik ini tidak dihukum dari segi pemakaian.jadi,kalau nak pakai baju batik macam jemapoh ke manchestee tu pun takde sape nak marah.saya merupakan peminat muzik batangkeras(harap maaf,ini bukan erotik,tapi ini adalah hardcore).saya peminat kumpulan sistem yang bawah,anti bendera,bendera hitam,kennedy yang mati,agama jahat(bad religion nama band okay,aku ketuk kalau nak sape nak balut serban kat kepala aku),dan ketahanan(strife).kugiran di malaysia pula,saya suka kepada barah keranda,puak buta,projekt ak,dan lyme.kadang-kadang layan yang lebih lembut sikit seperti t-shirt tujuh kolar atau jarimentega.

saya kadang-kadang terfikir apa sudah jadi kepada kawan-kawan sepogo saya.menurut kata cerita mamat pelompat parti satu ketika ketika beryahoo,dia kata dia jumpa kawan pogonya yang akhirnya menjadi agen mlm.alamak apahal sampai macam tu?ada pula kumpulan kulitkepala(skinhead) yang kini menjadi tok sheikh serban.aku tak dapat bayangkan kalau dia pergi gig pakai serban.tapi seperti saya katakan,lantaklah nak pakai apa pun pergi gig.

saya sedar,semakin usia kita bergerak,semakin slow pergerakan kita.kita tak boleh selamanya jadi macam muda-muda.dulu,kita pakai redah je.minah kaki bertulang besi tak pernah fikir pun dia akan berjalan macam cyborg polis robot(robocop) bila dia jatuh dari papan luncur(skate).kawan saya adi tak pernah terfikir akan jadi lumpuh sebab saraf otak mati bila merempit.semasa muda kita tak pernah fikir,kita tahu nak buat je.tapi sekarang,kita sudah tua.kita kena fikir apa akibatnya kalau kita buat itu atau ini.tapi tak bermakna kita kena korbankan prinsip kita.tak semestinya bila bengang dengan malcolm glazer kena keluar dari manchester bersatu.

walau macam mana pun saya akan tetap merokok.tapi tak bermakna saya boleh sesuka hati merokok.dulu bila saya merokok,saya dan abah saya akan ke luar sebab menghormati arwah adik saya sherina yang ada asma.sekarang saya tak boleh merokok depan makcik bibik sebab tak nak menjejaskan kandungan anak saya.tapi tak bermakna saya tak boleh merokok.

sama jugak bila kita melayan muzik.tak semestinya bila kita dah tua kita tak boleh layan muzik batangkeras.tapi kita kena tengok jugak tempat,macam mana.sama jugak dengan geng sosialis,tak semestinya kena pakai baju merah atau baju che guevara baru sosialis.kalau nak jadi peminat manchester bersatu,tak semestinya kena pakai baju manchester bersatu je.woit,aku ada la baju vfb stuttgart masa aku pergi jerman dulu.siap tengok liga bola diorang lagi.

jadi jadi bodoh,kawan.kelakar aku tengok ada orang cerita tentang marxis dekat blog mamat mapiau jual nombor ekor.nak muntah dan nak tergelak.minah kaki bertulang besi ni pernah cerita kat aku yang mamat ni pernah nak suruh dia masuk kumpulan sosialis dia.kalau dia tanya aku la,aku cakap,pemuda pekembar(umno la tu) pun ada kugiran,kalau kumpulan sosialis takde kugiran memang lawak bodoh lah.aku kesian dengan mamat pelompat parti sebenarnya.dia ni pandai tulis,pandai pengaruh orang.tapi bila mamat pelompat parti ni masuk kumpulan sosialis ni,dia dah tak berjamming,dah tak berpogo apatah lagi berentot-entot.bahkan sue awek si mamat pelompat parti pun pernah mengadu yang hubungan mereka tak sehangat dulu.nak saya buat apa lagi,saya bukan doktor pakar sakit tuan.tapi sebenarnya mamat pelompat parti ni,kalau dia pandai cari jalan,bagus budak ni.cuma dia salah pilih haluan.

jadi berbalik kepada muzik bawah tanah ni.muzik bawah tanah ni memang rapat dengan idea-idea kiri.aku tak boleh nafi benda tu,sebab tu mamat pelompat parti ni suka.aku pun suka.tapi aku tak suka kalau kumpulan sosialis suruh baca buku macam esok nak jawab periksa,tapi takde kugiran dan benda-benda yang menyeronokkan.aku baca esurat(email) si mamat pelompat parti ni,dia cakap alasan kumpulan dia takde aktiviti sebab tak cukup orang.hekeleh,woit mamat pelompat parti,lu ingat tak kita dua orang je buat lawak tengah tasik shah alam,kejap je ramai yang pandang.

kalau dua orang je pun buat kerja tapi menarik orang,orang boleh ramai ikut.kalau 200 orang sekalipun tapi macam ceramah jpj,takde sape nak ikut.cakap dengan tokey kedai sosialis kau tu.

haha,mentang-mentang aku rempit kau ingat aku tak tau la buku marx ke bakunin.jangan pandang macam tu kawan.silap-silap gua lagi power dari lu.ingat,gua kenal idea kiri pun dari kemarahan menentang mesin dengan anti bendera,bukan karl marx atau vladimir lenin.

muzik bawah tanah inilah yang menyedarkan aku erti kehidupan.dan tiang batu serta muzik letupan di langit ni,buat aku fikir seketika,sebenarnya masa sedang bergerak.

p/s:masa hishamuddin rais kena masuk akdn(akta keselamatan dalam negeri),aku berkabung tiga hari beb.

8 comments:

bangunberdiri said...

sebab tu aku cakap pasal ruang untuk anak muda. jangan jadi bebal untuk cuba-cuba nak mentuakan anak muda.
kt malaysia ni ramai sangat yang suka mengsampahkan mat2 pogo nih,
best tulisan kau nih, tapi sejuk2 ni duduk kat rumah je best ke? hahaha

azfar said...

chantekss..terjemahan kepada tulisan gadez berkaki besi berseluar yengki...aku paham dah...

Johan 23.01.84 said...

mamat dogmatic tu penah nk rekreut adik ko?? hahaha..ni yg gua pnh ckp kat mat lompat parti,si dogmatic tu mimpi lebih..jalan pun tak betul,nak kembangkan sayap..hal basic pun tak leh settle,dia nk mengelamun jauh..mcm dia plan nak takeover satu kesatuan buruh..hahaha

tgk komen2 pnjg lebar si dogmatic tu,dia ckp mcm seolah2 ckp dgn org yg tak tahu ape2..

anak2 muda yg minat dgn semua ni dipengaruhi dgn muzik UG,dah ckp berkali2 pun si dogmatic tu buat bodoh je..nk buat mcm mane lagi,trbuktilah ape Isham ckp betul n aku spatutnya pegang kt kata2 tu..

buat apa nk berpersatuan sume ni?!

nama nami said...

nko ingat lagi lakonan teater kita tu?hahaha..aku lupa pulak benda tu.tapi timing time tu slack la..orang bukan ramai pun kat taman tasik time tu.

tapi kalau buat time ramai - confirm ramai orang boycott mcd seksyen 3 hahaha!

Aril Cantona said...

Johan,

Aku ada gak join trade union masa kerja kat Seattle tapi kitorang ada gak protest dan promote kat budak-budak gig.

Jangan la anggap aku tak tau apa-apa weh,mamat poyo dogmatic ni tau ke pergerakan kesatuan buruh macam mana?

Nami,

Time tu tak plan laa..kau la main buat je.Tapi memang cun sebab dah la tak berdialog,pastu ada mencarut lancau cibai kimak semua hahahaha!Fikir balik gua gelak2..muka kau macam tauke cina tamak duit..hahahaha!!

Ez Puella Sapiens said...

Aril senyap-senyap je ada knowledge hik hik!

Aril Cantona said...

diam-diam berisi la beb!

Johan 23.01.84 said...

aku pernah ckp kat mat lompat parti,jgn judge anything at face value je..even housemate si bangun berdiri tu pun mcm ko,diam2 je tp banyak benda dia tau..mat lompat parti cepat rs down tgk bdk2 universiti msia,anak2 muda sume mcm hampeh je..mmg betul,tp ramai lg yg diam2 ubi berisi tp sbb ape?sbb oorg2 dogmatic yg mentuakan pemikiran je dan gagal memahami ank2 muda..