Monday, January 18, 2010

kalau aku jadi nami..


aku telah menerima titah seri paduka baginda maharani dowagez supaya tidak lagi membahan nama nami,nama lain dibenarkan.kalau tidak dia akan menjadi seperti vega pahlawan jalanan(street fighter) yang keluarkan besi dari tangan,atau seperti serigalerine(wolferine),cuma bezanya dia mengeluarkan melalui kaki,bukan tangan seperti biasa.aku belum jadi bapak,bagilah anak aku tengok muka aku dengan keceriaan bukan tangisan.

aku memasang telinga dan mata dari jauh.dengar kata zahir hidung kemek ada jumpa nami di xxxx(nami tulis xxxx aku pun xxxx je).zahir hidung kemek cakap muka dia nampak terseksa bekerja kat situ.yelah,kerja mengklepet orang,dah tu mamat ni langsung tak pandai bohong.sedangkan benda bodoh pun boleh kantoi apatah lagi kalau kerja nak jual kelentong,lagilah mamat ni tak boleh.

aku juga dengar cerita yang mamat ni pengsan ketika sedang bekerja.hal ini tidak pernah berlaku sepanjang dia bekerja mcd dengan aku dulu.bahkan aku juga tak pernah pengsan bekerja di tujuh sebelas dulu.jadi bila diketahui mamat ini pengsan semasa bekerja,aku pun jadi risau.kalau apa-apa jadi kepada nami,rumah ini akan jadi seperti suasana berkabung.tiang bendera dikibarkan separuh tiang.aku tak tau kenapa,jangan tanya aku.

jadi aku diberitahu oleh sumber-sumber yang boleh dipastikan,nami pengsan kerana kekurangan gula dalam darah,satu perkara yang langsung tak masuk dek akal oleh aku.apakah gula naik harga di malaysia menyebabkan nami pengsan?kalau begitu kita kena salahkan najib kerana pengsankan nami.maharani dowagez perlu memberi terajang vega kepada isteri rosmoh itu.jangan salahkan aku.

sumpah demi allah aku terkejut dan pelik dengar cerita tu.sampai ambulans sampai,aku tak boleh bayangkan.adakah ini satu perkara paling dramatik dalam hidup dia?aku tak nak ambik tau.

jadi dipendekkan ceritalah,kalau aku jadi nami,baik aku kerja kat kedai makan.macam dulu.kau kerja kedai tomyam,tak pernah pengsan.kau kerja mcdonalds,tak pernah pengsan.kau pun pernah kerja kat baskin robbins,kerja kedai burger kat usm kau tu dan kerja dengan abah kau sendiri sebelum dibuang negara.kau pun pernah kerja ngan pak lang aku kerja jual soya kat pasar malam dato haron.semua bahagian makanan.kau mengingatkan aku terhadap member aku latip gemuk.dia tak pernah bekerja yang tidak ada kaitan dengan makanan.habis sekolah kerja mcd.lepas tu pondok pizza(pizza hut).lepas tu beriyani gam.lepas tu katering.dengar kata sekarang business jual apam balik kat pasar malam.badan pun semangat.kalau aku dengar latip gemuk ni pengsan pasal kekurangan gula aku rasa bukan disebabkan kekurangan gula dalam badan tapi kekurangan pulus dalam dompet.

ni saranan aku je.kau nak dengar tak nak dengar lantaklah.bak kata hishamuddin rais,kita mana boleh makan cip mikro?

rentikan jual kelentong kat orang ramai.kau blogger terkenal.kang kalau ada mamat atau minah beli jalurlebar dengan kau,sekali tengok,"eh ni nami,cerita dalam blog kutuk-kutuk kapitalis,kaki klepet rupanya mamat ni.jimbet punya orang."

dan kau pun tak reti nak menipu.lainlah adek si mamat kaki auta.dia kalau cerita kucing bergaduh macam lelakiultra(ultraman) turun ke bumi menentang raksasa.

aku tak nak dengar kau pengsan-pengsan lagi.kau kerja kedai makan,untung-untung restoran kau kena promote dengan tukar tiub.lagi best lagi bangga,hahaha!

9 comments:

Ez Puella Sapiens said...

ggrrr..apa pulak nami je,nama semua orang la.you ni tak baik la panggil nama-nama orang teruk2 camtu.

chubby is a new cute!hik hik!sue pun pernah kata dia lagi suke nami chubby..

janganlah pengsan-pengsan lagi.dulu suruh jogging keliling kawasan rumah i pun tak pengsan pun.ni sampai pengsan2 kenapa ni?nasib baik you cerita kat si arif manchester tu.kalau tak,langsung we all tak tau.

eat tau.nak diet pun bukan cara tak makan,okay?

the best thing to diet,be vegan.jimat kos,and menyihatkan.protein makan tempe or tauhu,best tau,hik hik!

p/s:i suka sup tauhu lembut yang you pernah buat dulu.nami kalau you leh ajarkan i,leh?hik hik!

Aril Cantona said...

sup tauhu?

sup terung dia tau la..hahahahaha!sup timun ke..hahahahaha!

Johan 23.01.84 said...

mamat tu tak serik2 lg..msti nk mrayau smpai lepas tgh mlm br nak blk wlupun bsok keje..kitorg da nasihat tp tak mau dgr gak..mcm2 alasan,jmpe mber lame la,gi cc update blog la,itu la,ini la..da asyk bebel kat dia,kang dia melenting plak..tp da mmg betul ape kitorg ckp tu..mamat tu pndai,byk idea tp diri sdiri tak reti nk urus ,mcm mane ni?klu dia jenis mcm mat2 bonsai,da lame gua tak amik pot..gua da letih la ckp dgn mamat ni..

Aril Cantona said...

alamak johan,lek laa beb!

kau kena ingat mamat tu bukan berkeluarga macam lu orang.macam aku orang.dia ni mana-mana pergi pun keluarga dia ambik tak pot.sebab tu dia ambik tak pot beb.

aku dah kawan dengan dia lama dah.dia ni bak kata ez macam cerita minda yang cantik,beautiful mind.idea yang gempak tapi gila.kau tak boleh nak suruh dia jadi managable kalau kau sendiri tak faham dia.dia bukan komputer beb nak letak-letak perkakas lembut(software).

lagi satu,aku rasa sebenarnya dia memang kerja nak menulis la beb.kau cuba tengok willpower dia,sanggup menulis walaupun badan letih.sebab itu minat dia.sayang kerja tu tak berbayar.dia memang suka menulis dari aku kenal lagi.tapi bila diberi kerja yang dia tak minat dia tinggalkan je.tu dah perangai dia.aku mula2 bengang gak tapi aku fikir,kalaulah dia dapat kerja menulis yang berbayar,kau jangan tanya pasal manage ke tak manage hidup dia,dia tau la nak handle.masalahnya ruang yang dia tak selesa untuk dia.

lagi satu,aku bukan nak tegur apa la beb.kita kawan-kawan ni,bukannya apa,kita lek jer.apa yang kita boleh tolong,kita tolong.jangan ada perasaan letih dengan kawan beb.aku,motor dia pancit tengah-tengah highway pukul 3 pagi pun aku sanggup tolong.sebab tu namanya kawan.

janganlah kau fikir kau dah sehabis daya tolong tapi kau tolong je apa yang patut.kalau kau dah tak daya,kau serah je kat tuhan.dia takkan biarkan orang sia-sia je.tu apa yang aku percaya la,kalau kau tak nak percaya,lantak la.hahaha!

Johan 23.01.84 said...

ko tanya la dia,ms dia br dpt keje ni,aku ckp klu dpt suara keadilan or yg sesuai dgn diri dia,aku ckp pegi je,tinggalkan keje yg skang ni..ape dia ckp kat aku pastu?ha,tu ko tanya la dia sdiri..

aku tau dia tak boleh buat keje yg skang ni,sbb tu aku ckp kat dia jgn tnggu je suara keadilan tu..ade kosong kat malaysiakini,gi apply je..aku tak tahu dia appy ke tak..

sekarang ni keje dia mmg memenatkan,baik blk trus tido..dia boleh gi cc pagi bila da bangun..

azfar said...

aku sependapat dengan johan..aku hari2 ngadap muka dia kat umah,sampai umah aku pon dh jadi mcm kandang tempat dia berkubang..

bukan aku xmarah atau sound dia..tp dia kne manage diri btol2 utk sementara waktu ni...sblom dapat kje menulis yg dia suka tu...kje kumpolkan duit dulu utk idop,soru etc2...

pesan aku skali lg,dia kne kje kumpol sen dulu sblom truskan kerjaya impian dia dan hobi dia...

p/s:realistik la sket...aku pon idop bujang jgk..xde family...aku kalu xmengenangkan kwn,aku biar je dia nak melingkop...

Aril Cantona said...

semua,

hahaha lek laa!!
dia tu kadang2 wire shot sikit.
meh nanti aku kasi short circuit sama dia..

p/s:korang nanti kalau dia tersepit ke apa,korang main konda kondi je nanti..pastu cakap "den dah bilang dah!" hahaha!

Ez Puella Sapiens said...

Guys!

I dah tolong carikan dia kerja kat Actor Studio.Dia boleh jadi stage manager or jadi co-ordinator or prop designer.

Or boleh jadi standup comedian.All he have to do is to send scripts to the email,I dah bagitau dia,just in case dia tak bukak-bukak email dia,then you all bagitau la dia.

Jangan bebel lagi.Kalau ni pun tak suits I tak tau la.I katok je dia.

Aril Cantona said...

Ez,

kau cargas je bila nak tolong Nami.

Bila kau nak tolong mangsa gempa bumi Haiti pulak?Woit..!hahaha!