Tuesday, January 12, 2010

antara otai dan sochai.


aku yakin semua orang antara kita pernah masuk pakaian beruniform sekolah.sama ada pengakap,pandu puteri,persatuan bulan sabit merah atau kadet polis.atau kadet bomba yang tak pernah-pernah buat latihan langsung kat sekolah aku.aku yakin,demi cop pada sekeping kertas oleh cikgu-cikgu,korang semua masuk benda-benda haramjadah ni.kalau tak,takde sape nak pakai baju bongok ni.

nanti dulu,aku tak kutuk orang yang masuk sebab aku sendiri pun masuk.kalaulah aku kena masuk sekolah balik aku akan kembali menjadi pengakap.minah bertulang kaki besi dulu pun pandu puteri,arwah elly masuk persatuan bulan sabit merah.semuanya kekal tak pernah berubah.mamat pelompat parti?mamat ni pasti akan melompat dari satu uniform ke satu uniform.kalau aku jadi bapak dia aku dah tempeleng dia sebab menghabiskan duit nak beli uniform.

apapun,ada pekerjaan yang memerlukan uniform.polis pakai baju uniform,jururawat pakai baju uniform,tentera pakai baju uniform,badut mcdonalds pun pakai baju uniform.tanpa uniform orang tidak dapat mengenali pekerjaan kita.kalaulah badut mcdonalds yang saman kita di jalan raya kita mesti pelik,mestilah polis.jadi polis kena pakai baju polis.sama juga bila kita pergi ke hospital untuk berubat,mestilah kita kenal jururawat bila dia pakai baju uniform(terutama awek mantap yang datang dari puchong,jangan marah mamat pelompat parti hehehe!)

tapi,disebalik uniform itu,adalah diri kita sendiri.kita kena jadi diri sendiri bukan uniform tu.aku teringat masa kat sekolah dulu,ada seekor mamat ni nama dia zakuan.zakuan ni orang panggil dia norian mai-sebab dia kadet polis.lagi satu mamat ni suka sangat memakai baju uniform polis yang lengkap dari kepala sampai kasut.lengkap.kalau dia menyamar jadi polis kat luar sekolah pun orang percaya dia polis.kalau aku ada baju polis macam dia aku dah paw orang kat luar dah.mamat ni,yang digelar norian mai juga adalah seorang pengawas yang pernah dimaki minah kaki bertulang besi sebab apa tah,korang tanyalah sendiri,aku mana ambik tau pasal pengawas mawas ni.mamat norian mai ni juga merupakan ketua kadet polis sekolah yang perasan tampan dan bergaya tapi sekor minah pun tak ambik pot.bahkan kalau ada encik kacang(mr bean) pun minah sekolah akan tertarik dengan encik kacang berbanding mamat norian mai ni.pendek kata,mamat ni poyo,dan sochai.sochai ni dalam istilah rempit ialah poyo jugak lah.kira thesaurus poyo jugak.

kadang-kadang setiap selasa petang aku tengok dia arah orang ketua kawad,aku rasa nak takut pun tak,nak gelak nanti kesian anak orang.tapi serius tahi(serious shit) mamat ni memang kerek dan bagak.budak-budak junior dia bukan nak hormat,bantai gelak adalah.kalau ada cikgu barulah berdisiplin.ini menunjukkan perbezaan antara otai,dan sochai.bila seseorang itu otai,macam eric cantona,orang akan hormat dia,lawan dan kawan.tak puas hati terajang je.hari ni aku bercakap tentang kualiti kepimpinan,adakah kepimpinan kau tu otai,atau sochai?

kadang-kadang gaya kepimpinan yang dibuat-buat untuk mencipta kegerunan dan ketakutan tak menjadi.contoh bila dollah badawi jadi perdana menteri,semua orang buat tak pot je.cuba kalau eric cantona jadi perdana menteri,konfirm nik aziz pun gugur janggut nak bercakap dengan dia.tapi disebalik uniform yang kita pakai,adalah personaliti kita sendiri.tak semestinya kau kena pakai baju punk kau boleh nampak cool.kadang-kadang kau bermohawk bertindik semua kau tetap poyo.kadang-kadang kau pakai baju uniform pun kau boleh nampak sejuk(cool).bukannya pakaian yang menentukan kau otai atau sochai,tapi perangai kau.

aku tak tahu apa dah jadi dengan si zakuan norian mai tu.aku harap lepas ni janganlah dia jadi ketua polis negara.kalau zakuan ni jadi ketua polis negara,rempit dah dapat takluk satu negeri kah kah kah!

9 comments:

Anonymous said...

hahaha..sekolah gua dulu pn ramai mat poyo mcm mat zakuan ni..rindu sial zaman sekolah

Ez Puella Sapiens said...

sebab mamat tu suka bahagi tugas ikut suka dia.and mamat tu selalu nak bertugas dengan i.i menyampah dengan dia!

Aril Cantona said...

johan,

kau kat sekolah dulu otai ke sochai?ke tengah-tengah?ke mat buat tak pot?ke mamat menidor belakang kelas?ke mat jambu?

angah,

mamat tu nak ngorat kau,hahaha.cuba dia tukar jadi pengakap,lepas tu bulan sabit merah,lepas tu bomba,mesti kau suka,kan?hahaha!

(sila baca antara dua garisan-read between the line)

Anonymous said...

Aril - gua mat tak amik pot+tido haha..tp tpksa blakon baik gak ar sbb abah gua cikgu

Aril Cantona said...

johan,

lu mat pelakon laa..hahahaha!depan abah alim ulamak..pijak kelkatu pun tak mati..

lu boleh ada gelaran baru la,mat drama hahahaha!

Cob Nobbler said...

minah lancar revolusi kat sekolah nko tak nak mention ke?hahahaha!

Dari Jalan Kopi said...

zaman sekolah dah dituakan dengan nama norian mai.

memang tidak cool.

Aril Cantona said...

nami,

buat ape?tu cerita dia.ni blog aku,cerita aku la!

apa cerita kerja first day?

dari jalan kopi,

kalau aku lebih rela diletakkan sama dengan rahim noor,lagi cool dari norian mai.

p/s:aku duduk jalan milo,jalan kopi yang ada simpang dengan jalan nescafe tu kan?

Anonymous said...

bapak gua cool,xkisah tp gua tak mau dia yg kena jawab sbb gua..mat drama dah ade,si basuh baju tu ar..kahkahkah