Friday, January 22, 2010

2301 selamat hari terkeluar dari senarai muda,johan.


ni kek untuk kau,johan.

hari ini,aku menghulurkan segelas harimau kepada kawan di ruang maya,johan.walaupun tak pernah berjumpa,dan walaupun dikatakan seorang penyokong kolamlimpa,bagi aku mat mapiau ini adalah member paling best bagi aku.sayang aku hanya berkenalan melalui skrin komputer.kalaulah aku di kuala lumpur sekarang mungkin sedang bertelur dan bertepung.

sebenarnya nombor 2301 ni adalah angka bertuah aku.inilah nombor plat motor rxz aku masa di sana.bagaimana keadaan motor tu aku pun tak tau.dengar kata dah barai jadi sparepart tangan kedua(second hand).ada sebab kenapa aku panggil mamat johan ni mat mapiau.pernah satu ketika,ketika alam perkahwinan adalah jauh dari fikiran,aku ni kaki sukan toto(sports toto).teka nombor plat zahir,tak lepas.nombor plat adek,tak lepas.akhir sekali nombor plat aku.aku dapat tempat ketiga.modal rm5 untung sampai seribu lebih,aku pun dah tak ingat.lepas tu yamseng dan karaoke serta beli baju baru.belanja awek rempit.sebab tu aku suka nombor 2301 ni.

aku harap kalaulah ada orang tape recorderkan aku masa tu,sila jauhkan dari anak aku.aku bila fikir balik,arwah mak aku selalu susah disebabkan aku.disebabkan perangai chee bai aku ni,arwah mak aku lebih risaukan aku dari maharani dowagez.arwah elly pulak dia risau kesihatannya.

dengan nombor plat c** 2301 nilah aku merempit ke hulu ke hilir.merempit tanpa hala tuju.kadang-kadang bila fikir balik,seronok buat macam tu,tapi entah,betul kata kawan aku lynn walsh "perkahwinan umpama mengikat kaki dari terus bebas".tapi entah,apa yang seronok bebas ni agaknya?kau rasa macam mana,johan birthday boy?seronok tak kahwin,ke macam chee bai?

bercakap pasal kahwin,maharani dowagez pernah tersasul mulut yang dia tak nak kahwin.sama ada betul atau tak,tu pada dia.tapi bagi yang dah berkahwin macam aku ni,que sera sera je lah.

semua lukisan arwah elly tentang baju kahwin,pelamin kahwin dan rekaan kad kahwin,mungkin itu yang buat maharani dowagez enggan berkahwin.tu yang dapat aku fikir.aku rasa arwah elly adalah insan yang paling kreatif yang pernah aku jumpa.walaupun dia pendiam,tapi diam-diam ada je tangan dia menghasilkan sesuatu.kadang-kadang aku rindu suara dia,mahu taknya,dialah adik yang paling bongsu kalau tak kerana arwah shahrul meninggal demam kuning.

aku masih ingat arwah buat anyaman reben yang mengikat cekak kakak kesayangannya maharani dowagez.masa tu arwah umur 9,dowagez 10.dowagez yang menyimpan hasrat terhadap jiran belakang rumah yang gemok bernama guillermo,selepas sahaja arwah memberi kepadanya dia terus dengan bangga datang menunjuk ke guillermo.dan menebeng di depan rumah guillermo dengan harapan mamat gemok itu tertarik dengan rebennya.tapi sayang mamat tu buat tak pot je.teringat balik,dowagez pernah luah perasaan bengang sebab mamat guillermo selalu tak ambik pot je,"sama ada mamat ni gay atau mamat ni join pemuda mussolini(mussolini youth,ni gerakan fasis okay?)".aku dengan selamba je berkata "apasal kau tak bogel je depan dia?".nasib baik dia tak memalukan nama keluarga.

ya,aku sering memberi gelaran yang bukan-bukan kepada orang.nami aku panggil mat pelompat parti.johan mat mapiau,bangun berdiri(eh,apa nama kau ni,dah la muka kat profile kena censored,kau ni perogol bersiri ke hape?) aku bahan dia mamat yang selalu kena denda bangun berdiri sebab tak siap kerja sekolah,zahir hidung kemek,dowagez kaki besi,dan macam-macam lagi gelaran.haha,gelaran aku mat cengeng sebab aku kuat menangis bila tak dapat sesuatu.tu memang hakikat.

dulu aku ni gemok macam nami jugak la,aku jadi kurus sebab aku tak nak bakal anak aku tau benda tu.faham-faham la yer.aku layan benda-benda tu pun sebab aku tak dapat awek.entah apa-apa kan aku ni?tapi lama-lama aku jadi kuat,kenapa?sebab dua orang yang paling rapat dalam hidup aku iaitu angah dan achik aku.ezreen dan elly.terus terang dua orang perempuan ni sangat kuat dan aku ni lembik.satu yang aku kenal dengan ez ni,dia bila nak benda tu,dia tak kisah,dia akan buat sampai dia dapat.prinsip hidup "tak kau mati aku mati" dengan "aku bila nak,aku akan buat sampai tuhan pun kena dengar cakap aku" tu memang moto dia.dia menolak prinsip takdir.takdir ditangannya,kalau gagal adalah kerana kegagalan sendiri bukan sebab sesiapa.walaupun sedikit weng-weng tapi tu punca dia kuat.dia jadi macam tu sebab kat sekolah orang selalu buli arwah adik aku.aku sekolah lelaki,dia sekolah perempuan,diasingkan.(buat pengetahuan korang itali sebenarnya lebih ortodoks dari malaysia sebab ajaran roman catholicism,walaupun aku ada kenal ramai orang katholik yang tak ortodoks).

arwah elly pulak,dia nampak lemah.hospital tu macam rumah kedua dia.selalu keluar masuk keluar masuk keluar masuk hospital.tapi semangat dia melawan penyakit yang buat aku kagum.pernah sekali aku tengok dia hampir maut menyedut inhaler,tapi dia teruskan bernafas.aku menangis bila akhirnya dia tewas dalam menentang penyakit anaphylaxisnya tu.sampai kakaknya fail exam.sampai nami(time tu bf dia) repeat paper.sampai aku terpaksa masuk wad psikatrik akibat tertekan.sampai bapak aku dua bulan tak bercakap apa-apa.sampai arwah mak aku diam sehingga akhir hayatnya,sebab terjatuh dan buah pinggangnya pecah,pendarahan yang banyak sampai akhir hayatnya.

dalam banyak-banyak tahun,tahun 2007 tahun yang paling susah aku sekeluarga nak lalui.tapi bila fikir balik,dua adik perempuan aku ni yang buat aku jadi kuat.aku bila fikir balik,abah aku keluar rumah tanpa restu mak ayahnya,mengembara dengan duit yang terhad.hidup tertekan dan tak tahu mana arah.arah pertama,abah aku cerita,pergi kuala lumpur.duduk dengan kawan-kawan.kumpul duit,perlahan-lahan pergi kolamlimpa(liverpool) dan belajar.jumpa arwah mak aku.dan beranakkan aku di turki.haha sampai sekarang aku bangga surat beranak aku tulis aku lahir kat turki,ez dengan elly kuantan je hahaha!tapi sekarang takde makna sebab semua pun lahir kat luar negara jugak.

kadang-kadang aku terfikir macam mana la agaknya kalau arwah shahrul hidup?ada gak adik lelaki yang boleh main bola dengan aku petang-petang walaupun ez selalu bagi bola padu kat padang bola.ez,haha,kadang-kadang aku rasa dia lagi lelaki dari aku.dulu masa kat sekolah menengah dia boleh join sekali main bola.budak-budak perempuan lain main skipping,paling kuat pun main bola jaring.dia main jadi winger,ada ala-ala ryan giggs aiden mcgeady(ditukar atas arahan orang atasan) jugaklah minah tu main.aku?aku defend je.hahaha!kalau arwah shahrul ada,mungkin dia dah jadi rebutan gadis di sekolah.ye la,mata biru rambut brunette,sape tak cair,kan?tapi telah ditakdirkan aku jugak yang jadi yang paling macho,yang paling tampan lagi beriman dan bertakwa,nak buat macam mana,kan?

aku rindu arwah shahrul dengan elly.macam mana hari raya kalau ada shahrul ek?aku tahu hari raya tanpa elly tiada serinya.dulu di subang,atau di kuantan,arwah elly yang paling excited nak raya.dia pasang langsir,dia anyam ketupat,dia pasang lampu pelita keliling rumah.masa first time beraya di kuala geri,dia sedih sebab takde lemang.raya kedua lemang yang tak dalam buluh,kira pulut yang dibakar dalam ketuhar lah.tapi ada sikit2 la rasa lemang.tahun ketiga,dia dah takde.sunyi sepi.tak lama kemudian mak pun pergi.tahun keempat,aku dah bertunang jadi meriah sikit raya.tapi tetap tak sama.dengar kata kau pernah duduk scotland johan,kau punya raya macam mana?

walaupun tiga ahli keluarga aku dah pergi,mak,elly dengan shahrul,birthday mereka tetap kami sambut.birthday mak 15 mei,birthday elly 19 april,birthday shahrul 12 julai.pada setiap 20 april ez akan sambut birthday nami dan elly yang dia telah spoilkan pada tahun 2005.dan setiap 8 julai,31 oktober dan 15 disember ez akan pakai baju hitam.8 julai kematian arwah elly,31 oktober kematian mak,15 disember arwah shahrul.aku tak pernah nak buat macam tu.aku dengan cara aku sendiri.

setiap yang datang pasti akan kembali.kawan-kawan,siapa di kalangan korang semua yang pernah hilang abang,adik atau kakak,atau mak atau ayah?kalau boleh,ceritalah kat aku.aku pun nak rasa yang aku tak keseorangan dalam hal ni.

dan kepada johan,sementara masih hidup ni,kita happy-happy aje.selamat hari lahir beb.

8 comments:

Ez Puella Sapiens said...

생일 축하 요한
(happy birthday johan)

yup,i miss elly and shahrul.and u ni,i ni tak setomboy yang u cakap ar.i pun ladies ape.tak baik tuduh i macam pengkid je pulak.

kira i ni haiwan dua alam la hik hik!

Aril Cantona said...

ni tulisan korea pulak..hahaha!

hmm,menurut kata adek,kau adalah pengkid paling cun di alam maya.itu satu compliment kan?hahaha!

nama nami said...

Apa punya tur kek camtu kah kah kah!

Johan 23.01.84 said...

woit thanks..

kitorg yg solo ni,bak kata Isham Rais pernah tulis dulu "jgn risau,wlupun kami tidak berkahwin senjata dan perisai kami sentiasa terasah"..kahkahkah

Aril Cantona said...

nami,

ada apa kek macam tu,kau nak?

johan,

chee bai laa...
kau asah pakai gambir sarawak ke hahaha!

bangunberdiri said...

aril, at least kau ada ez, dan pernah ada 3 orang adik walaupun ada yang dah arwah.... dulu aku ada sorang abang, tapi dia mati masa kecik, so aku xsempat jumpa. dua tahun lepas tuh baru aku lahir.... sekarang, aku jadi anak tunggal...... sume bende aku settle sendiri, takde adik, abang n kakak untuk share....

Johan 23.01.84 said...

aku lak sebenarnya ade kembar..meninggal 2 ari lps lahir,yakni ari ni..

Aril Cantona said...

masing2 ada kisah sedih.relax laa..