Thursday, January 14, 2010

kisah pelomtoi yang kantoi.



buat malu manchester bersatu je si tejo ni hahahaha!

aku bangun pagi je,tiba-tiba teringat lagu bengap ni.lagu ni mengisahkan pasangan romantis yang lelakinya tak kesampaian konaknya mencapai cita-cita ulung manusia.aku tergelak sorang-sorang.dulu masa zaman cincinnada(ringtone) masih di awal-awal nada sebenar(truetone),sebelum zaman tu bunyi nyet-nyet-nyet yang menyakitkan telinga,inilah cincinnada aku.lagu ini menjadi lagu kegemaran sebab kisah ini mengisahkan seorang bengap tapi nak mengonak gagal dalam perancangannya.

bila teringat lagu surti tejo ni tiba-tiba datang ilham untuk berkarya di pagi sejuk ni.kisah zaman tok selampit bercerita di hadapan anak-anak sebelum sunat sebagai pengajaran bila besar nanti.kisah ini mengisahkan sepasang kekasih pada zaman sultan muhammad jiwa ke lapan.

nak dipendekkan cerita,ada satu gadis perawan yang sangat cantik anak kepada tukang buat minyak urut.namanya dayang selasih.dayang selasih ni walaupun cun dan rupawan serta petah berkata-kata,namun deria penglihatannya agak spero(tak betul) sikit.ini kerana dayang selasih ini menyintai seekor homo-erectus,errk,maaf,agak melampau,seorang manusialah,tetapi mempunyai rupa yang aneh seperti datang dari negeri shrek yang bernama pelomtoi.nama pun dah pelik apatah lagi rupanya.kalau dia lalu di depan mata orang sedang makan sudah tentu tiga hari tiga malam hilang selera makan muntah hijau kerana melihat kehodohannya.namun begitu dayang selasih tetap menyintai si pelomtoi ini sepenuh hati.dayang selasih mempunyai seorang abang yang tampan,macho,bergaya lagi beriman dan bertakwa yang bernama arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin.dengar nama pun sudah membuatkan michelle yeoh sanggup untuk meninggalkan jean katak,apatah lagi datok k,sudah pasti siti sudah tidak sanggup melihat misainya lagi.pelomtoi ni,walaupun hodoh,tetapi mempunyai akal yang cukup pandai sehingga arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ni sanggup mengambilnya sebagai tepitendang(sidekick)nya.mereka berdua bertarung menentang lanun-lanun derhaka dan selalunya arjuna perkasa ni selesaikan sorang-sorang je.kira kalau ada lelakikelawar(batman) mesti ada robin.

pun begitu,satu hari tibalah hasrat yang menebal di jiwa,si pelomtoi ni ingin melepaskan nafsu giannya.sudah sekian lama melayan porno-porno dengan mengendap orang kampung mandi,tibalah masanya untuk pelomtoi ni untuk melamar dayang selasih untuk melampiaskan nafsunya.dayang selasih setuju sahaja,lalu dibawa kereta kuda ayah dayang selasih ke bukit serakah.di bukit serakah mereka pun melampiaskan nafsu serakahnya,sudah menjadi pelabuhan(port) orang melampiaskan nafsu serakah di kampung alam shah bana itu.

arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ni mempunyai masalah kudanya,kerana salah seekor kudanya mahu beranak.dengan ketakwaan dan keimanannya dan belas ihsannya dia pun memberi mc kepada kudanya,tetapi mahu menggunakan kereta kuda ayahnya yang dibawa lari oleh si pelomtoi ni.panggil si dayang selasih tiada,si pelomtoi pun tiada.ah sudah,musuh sedang bertandang menyerang kampung,mereka berdua pula bercengkarama pulak.tak kena masa betul.

arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin sudah patah hati.ada tepitendang tak boleh pakai.ada adik mata pulit(spero,tak boleh pakai).tulah,suruh pakai cermin mata tak nak.kan dah menyusahkan diri.akhirnya pasangan cantik dan gergasi(beauty and the beast) tu pun pulang ke rumah.masing-masing buat muka tak pot seolah-olah mereka berdua tak kenal.arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ini terpinga-pinga melihat gelagat dayang selasih dan pelomtoi yang membengapkan diri.lalu ada bau-bau hamis dan kuda-kuda yang membawa kereta kuda itu sendiri seolah-olah mahu pengsan.ada yang terpaksa menerima rawatan intensif akibat pencemaran karbon yang dihasilkan oleh bau si pelomtoi ni.

arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ini demi mahu menenangkan si pelomtoi mengajak si pelomtoi ini makan.namun tiba-tiba si pelomtoi menolak sekeras-kerasnya pelawaan.sungguh pelik,selama ini si pelomtoi ni tak pernah melepaskan apa pun makanan,bahkan sekiranya batu goreng belacan atau besi waja goreng sambal pun dibedalnya.tapi tidak kali ini.arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ini mahu membelanjanya nasi beriyani gam yang diimport dari muar pun si pelomtoi ni tak mahu.dan si dayang selasih sambil tersengih-sengih kantoi pun turut menolak.arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin sungguh hairan dengan gelagat mereka.

apa sudah berlaku?apakah penjimakan mereka itu ada sesuatu yang kelakar yang berlaku?atau kantoi dengan pegawai jais di bukit serakah?atau sebenarnya mereka terlalu seronok dengan apa yang mereka lakukan?arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin cuba memikirkannya.kalau tak ambik pot nanti cakap abang yang tidak bertanggungjawab.

dipendekkan hikayat ceritera ni,mamat pelomtoi ni bermain kayu tiga.tak padan dengan muka dan perut macam shrek,bermain kayu tiga pula.oops,bukan tiga,tapi empat.memang chee bai ini pelomtoi.sedangkan arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin yang tampan dan perkasa serta beriman dan bertakwa serta pernah menjadi imam surau sekolah jenis kebangsaan tamil ladang ayyapan pun ditolak cintanya oleh seorang pelayan warung nasi itik yang selalu hishamuddin rais lepak tu.sungguh ajaib kuasa si pelomtoi ini rupanya.apakah dia seperti katak dalam cerita puteri dan katak atau cantik dan gergasi dalam cerita kartun disney itu?sungguh hairan.

selain dayang selasih,yang bangangnya si pelomtoi ni bermain kayu empat ni pulak dengan adik si dayang selasih iaitu dayang teratai.dayang teratai ini sungguh lemah lembut dan budi pekerti,tak pernah tengok lelaki,balik rumah awal ni pun boleh sangkut dengan si pelomtoi ni?memang chee bai ini pelomtoi.ini sudah melampaui batas!sudahlah selalu menyebat sireh arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ni,disebat pula adik-adiknya.lalu bergaduhlah kedua adik beradik sehingga pinggan mangkuk arcopal yang dibeli mak ayah pecah randah.entah apa kuasa si pelomtoi ni.apakah dia hebat di ranjang,atau dia memiliki batu hikmat sekuat kopi jantan di bukit serakah?

dan lagi satu pula seorang gadis yang bernama sapeah yang tinggal di satu tempat yang bernama gampang.eh apa la punya tempat namanya ni.sapeah gampang ni seorang minah iklan gadis syampu pada zaman tu.minah ni cun walaupun namanya membuatkan orang tergeliat lidah.entah macam mana si pelomtoi ni boleh dapat minah ni hanya allah sahaja yang tahu.tapi yang pasti si pelomtoi yang selalu kantoi ni akhirnya terkantoi dengan dayang selasih yang mempunyai perisik dan kamera yang lebih hebat dari abang besar dalam ceritera di sebuah negara yang bernama kesatuan negara raja(united kingdom) yang bertajuk sembilan belas lapan puluh empat.si pelomtoi kantoi ketika melawat si sapeah gampang ni sedang sakit di rumah tok batin batu enam jalan gampang menghala ke bukit tempoyak.selain itu juga si pelomtoi ini juga kantoi menonton wayang kulit cerita beruang di rumah hamid wali bersama si sapeah ni.bodohlah si pelomtoi ni,dah tau si dayang selasih mempunyai mata-mata yang cukup hebat,awak kalau tampan macam arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin atau sekurang-kurangnya macam tom pelayaran(cruise) takpelah.ini dah la muka bengis,perut boroi.kecohlah!

maka cinta kubus ini menyebabkan si pelomtoi ni terperangkap.tapi kenapa ketiga-tiga gadis itu cintakan si pelomtoi,itu yang menjadi persoalannya.sama ada sapeah,dayang selasih atau dayang teratai,yang mana menjadi pilihan si pelomtoi.punai cuma ada satu tapi apam ada tiga.seperti yang selalu diwar-warkan oleh karl marx idola mamat poyo cakap sosialis yang selalu merepek di blog mat jual nombor mapiau,atau di blog budak tak siap kerja sekolah kena denda dengan cikgu bangun berdiri,"mengikut kemampuan dan mengikut keperluan".kemampuan si pelomtoi ni memang boleh dipertikai.setakat lari setengah padang dah berpeluh-peluh.apatah lagi nak bertahan di ranjang.keperluan,kalau satu punai takkan perlu sampai tiga apam.melampau lah tu.ada lagi bujang tampan seperti hisham rais tok guru petapa di bukit jerebu,walaupun bergaya dan tampan tapi tak cukup beriman dan bertakwa,tidak seperti arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin,tapi kira ok lah,tapi dia tetap solo je walaupun ada juga didengar cerita anak-anak gadis yang sanggup mendaki bukit jerebu tu untuk menuntut ilmu kah kah kahnya tu.dengar cerita je tapi tak pernah tengok.kalau ada ingin juga arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin masuk sekaki.

jadi,apa rahsianya?rupa-rupanya si pelomtoi ini seorang penyair yang hebat.bab ni arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ni kantoi.ini benda lagho seperti yang dikatakan oleh pak imam serban kampung dato haron.ini benda melekakan,tapi benda melekakan ini yang selalu menarik perhatian gadis-gadis.lalu dengan menebalkan muka arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ni meminta ilmu jampi syair si pelomtoi ni dan akhirnya berjaya mendapat puteri dari majapahit yang bernama bibik kuncoro sakti.selamat melahirkan anak yang dinamakan wan runi sempena nama perwira dari manchester bersatu.

tapi rasa-rasanya,takkan sampai ramai begitu.arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin ni terasa dirinya diklepet si pelomtoi.rupa-rupanya si pelomtoi ni memang mamat kantoi,dia ni rupa-rupanya mengadjust awek-awek di laman sembang dengan menggunakan nama dan wajah arjuna perkasa wal imarah al-taqwaun mubin.memang chee bai.sanggup menggunakan nama orang yang tampan lagi beriman dan bertakwa dengan benda-benda lagho dan merosakkan minda.memang chee bai ini pelomtoi.dari dulu asyik terkantoi.kantoi main kayu empat lah,kantoi guna nama oranglah,nasib baik tak kantoi guna kad kredit palsu,kalau tak mampos kena penjara.

dengar kata si pelomtoi ini sudah insaf kerana asyik kantoi.lalu dia pun kini bekerja di sungai bawang.baguslah.kerja elok-elok.jangan lepas ni terkantoi bermadu asmara di tepi sungai!

jadi anak-anak,jangan cuba di rumah(don't try this at home).

8 comments:

bangunberdiri said...

-ape kau merepek ni... nanti dah tua kau jangan jadi dato seri jantan takubin pulak ye.....

hahahaha pelomtoi si kantoi mantoi...
woit, aku rasa die ade menuntut dengan mat poyo tu sekali la... sebab dah dapat kurniaan ayahanda...

iezat n hobbes said...

perli kaw2 punya..keh3

hye kak ez..hik hik

Ez Puella Sapiens said...

I layan je cerita bodoh tak masuk akal ni,ye lah,bak kata orang tu,takkan asyik nak layan cerita-cerita serious je,ye tak?Why so serious anyway,kan?

Tapi I ada banyak question la sama this stupid story.Kalaupun nak jadi macam Utusan Malaysia yang membodohkan orang,buatlah 'spin' yang ada research sikit,aigh?

Soalan I,kalaulah that Dayang Selasih tu ada mata yang spero sebab dia nakkan sangat si Homo Erectus tu,kenapa you cakap dia ni ada penglihatan yang macam Big Brother Nineteen Eighty Four?Oh,you mean walaupun mata dia spero tapi dia ada spy lebih laa..but bukan ke kalau ada defect dari segi penglihatan you won't be able to detect your spies?Takkan bodoh sangat this Dayang Selasih.

Second,kenapa Arjuna Perkasa bla bla bla tu nak dapat girl waiter jual nasi itik pun susah,tapi dapat puteri Majapahit,tu pun sebab that Pelomtoi tu yang tolong.Kata hero,Pelomtoi tu sidekick,mesti hero mendahului segalanya.Kalaulah Pelomtoi mampu dapat sampai I guess lebih dari yang sepatutnya,maknanya dia lagi hero dari Arjuna Perkasa tu.

Maknanya kat sini,Arjuna Perkasa ni loser,sebab Arjuna Perkasa ni perlukan bantuan Pelomtoi nak mengorat awek.Eii,entah apa-apa.

And finally,it's so cliche la kalau nak harapkan muka tampan tapi takde guts nak mengorat awek.Walaupun Pelomtoi ni Homo-Erectus,tapi dia berani jer.And his move with tactical.Bukan macam Arjuna Perkasa tu.Tackle minah tu dengan lawak bodoh lepas tu tak dapat nak emo.You pernah tengok cerita X-Men tak bro?The Beast yang memang muka macam Homo Erectus tapi genius.Bagi I la,tak guna muka handsome tapi otak ting-tong kosong.Better muka macam cimpanzee tapi at least dia tahu beza between Prada and Pravda.

Oh yeah,cuba you bezakan Batman dengan Joker,of course Batman lagi handsome.Bruce Wayne,ada kereta sport,big mansion..tapi you sendiri kata kan,that Batman is too poyo for Joker.So,dalam cerita ni Arjuna Perkasa is too poyo for Pelomtoi.Walaupun dia kantoi tapi dia cool jer.Sebab dia masih boleh maintain Dayang Selasih tu untuk terus loving her.Bukan macam Arjuna Perkasa,baru kena dump dah lari dari rumah,merajuk.Entah apa-apa.Lagi macam perangai budak-budak.

Oh,kalau dalam blog Nami ada "Anti Orang Yang Tak Handsome",I pulak "Pro Orang Yang Tak Handsome".so,like I always said,"Joker is my dark knight".

Why so serious,hik hik!

Aril Cantona said...

bangunberdiri,

jantan takubin tu ape menatang?

kurniaan ayahanda?oh tu dia ke ayahanda yang dikata-kata tu hahahaha!

iezat n hobbes,

lu baca bawah comment lu,gua kena lagi teruk lah.

angah,

kan aku dah cakap lepas ni pelomtoi mesti menang punya.menyesal aku tulis cerita ni.huh!

Ez Puella Sapiens said...

I bukan nak menangkan sesiapa dalam hal ni,cuma perangai you ni,macam Mama Juwie or Azwan Ali.Kepochi hal orang.Rasa kalau you nak bawak perangai rempit you,bawak la,I tak kisah.Tapi kalau I bukak pekong kebodohan you depan orang,you jangan marah pulak.I dah kenal you my entire life I lagi boleh cerita panjang-panjang.

You ingat tulisan you cool sangat ke?You budget you ni Hishamuddin Rais,nak panggil orang tu Mat Pelompat Parti la,Minah Kaki Besi la,well I can call you Mat Cengeng sebab selalu menangis bila tak dapat something you nak.Remember masa dulu you nak sangat control car sampai terguling-guling depan emporium?Hah?How about bila you kena dump dengan awek nasi ayam,Nami cakap you nak terjun Tasik Shah Alam tu,cucuk-cucuk api rokok kat tangan,lagi Mat Cengeng.At least kalau you nak kutuk Nami guna pic you yang takdelah handsome sangat tu,at least he doing it for fun.Dia takde la pursuit sangat those girls yang dia chat tu.Dia main-main.Dia tak serious gunakan muka cipan you tu,okay?

And how about you?You nak kutuk Nami sangat?Takde Nami takdelah si Citra ni nak pandang you yang terbawa-bawa perangai rempit you tu.I bukan nak discriminate or hate rempit but pleaselah,ini perangai budak bodoh je.

I respect you as my brother,and Nami respect you as your friend.Tapi kalau you terus carry on perangai bodoh ni,well you're losing my respect,bro.I tak tau la Nami,dia tu jenis senyap je tapi kalau once dia bengang,dia lepas camtu jer.

I tak pernah pun cerita your history ke what semata-mata nak buat bahan.Kalau you bengang dengan Nami sebab Fatin prefers him than you sebab he treats her well.I rasa arwah pun marah dengan perangai you ni.Macam Mama Juwie!

You berhenti la kerja Mechanical Engineer tu la.You balik Malaysia,kerja kat URTV or Mangga,or kerja kat majalah gosip yang bodohkan orang tu.Come on,grow up la!

Pelomtoi yang kantoi.I think Nami were smarter than that.He just doing his decoy untuk you all nampak dia weak.I knew his strength kat mana ke apa okay?

Lagi satu,jangan ajar your son jadi mat cengeng.As a makcik I lempang je,okay?

Oh yup,pergi jaga your wife tu elok-elok.Sibok nak berjulia la,berfatin la,apa la.At least Nami jaga Sue elok-elok,and he even lie his name sebab dia main-main.You?Masa kat forum Myspace MU dulu just because Julia dah ada bf you lari rumah sampai Edmonton sampai nak ambik hati,buat-buat clash dengan bf dia dalam Myspace.

Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin?Nama pun dah fasis.Kecoh je you ni.

labahlabah said...

loe...
lu ngan adik lu gadoh ker.

Aril Cantona said...

labahlabah,

adik aku ni sensitif sikit.salah aku.

Johan 23.01.84 said...

Biarlah dorang berdua dengan memori dorg..(tapi Bkt Cerakah dicemari dgn kes letupan C4 hahaha)