Sunday, January 17, 2010

cinta yang agung.


aku tiru tampal(copy paste) tulisan hishamuddin rais pasal cinta yang agung.

CINTA CINTA AGUNG

Lalu aku teringat kepada Hari Kekasih. Maka aku pun teringat kepada cinta. Maka aku pun teringat kepada kekasih pertama. Maka aku teringat kepada deraian air mata putus kasih. Semuanya datang satu persatu macam putaran filem 8 mm – kabur bergoyang tapi membawa ingat-ingatan.

Tahun ini aku tidak mengadakan pesta Untuk Mereka Yang Gagal. Saban tahun semenjak 7 tahun yang lalu setiap Hari Kekasih aku akan mengadakan pesta untuk semua cinta yang gagal. Aku merayakan cinta-cinta yan gagal.

Cinta yang suci dan cinta yang agung ialah cinta yang gagal.

Qays ibn al-Mulawwah ibn Muzahim, seorang penyaer Badwi dari Bani Amar telah jatuh cinta dengan Layla binte Mahsi ibn Sa’d. Lalu si penyaer Badwi ini menulis bait-bait shaer untuk si Layla kekasehnya.

Layla Al-Aamiriya tidak berkahwin dengan Qays ibn al –Mulawwah. Inilah cinta agung cinta air mata. Bait bait shaer Qays hingga ke hari ini masih di bacakan di Timur Tengah untuk mengingati Hari Kekasih.

Tongkat tidak mengakhiri Uda dan Dara dengan perkahwinan. Cinta Uda terus di halang. Maka matilah Uda membawa diri. Maka menangislah Dara sepanjang zaman.

Dari balcony mana di Tuscany si Juliet mengintai-intai bayangan si Romeo.

Setialah hati seorang Juliet melihat kekasihnya mati dibunuh. Setialah hati seorang Romeo melihat kekasih mati di racun. Bersatulah si kekaseh didalam makam. Bertapa sucinya cinta mereka. Cinta yang agung adalah cita yang gagal.

Ingatilah betapa sucinya cinta Quasimodo kepada gadis gipsi La Esmeralda. Ingatlah betapa suci hati si gadis gipsi terhadap Quasimodo yang cacat bongkok. Mereka maut bersama-sama melawan kuasa yang penuh dengan pura-pura.

Ingatilah Kurban Said dengan Ali dan Nino – kesah cinta penuh pengorbanan dalam dunia yang semakin kacau bilau.

Ketika aku di Tokyo aku terjumpa satu lagi kaseh agung – antara Barat dengan Timur – antara John dengan Yoko. Inilah cinta yang paling hebat di kurun yang lalu – cinta John terhadap Yoko.

Lalu aku teringat kembali pada gadis itu yang aku panggil Yoko. Dimana kah si Yoko ini sekarang. Tahukah dia yang aku memanggil dirinya Yoko. Semuanya gagal. Yang tinggal hanya ingatan. Yang tinggal hanya aliran air sungai di hadapan rumahnya.

John dan Yoko - cinta revolusiner berlatarkan Perang Vietnam. Cinta yang mengoncangkan dunia – cinta rock n roll – cinta anak-anak muda di jalan-jalan raya – dari Dc ke New York, ke Paris , ke London, ke Berlin, ke Rome, ke Tokyo dan ke Jalan Pantai.

Give Peace A Chance – Make Love Not War – Berilah Laluan Kepada Damai – Bercintalah Bukan Berperang.

Bait bait shaer John
Bait bait shaer Qays
Bait bait shaer Romeo
Bait bait shaer Dara
Adalah cinta-cinta agung
Adalah cinta-cinta yang gagal.

Bercintalah lah kamu!
Bukan berasuah !
Beranilah kamu !
Berani menyanggah !


aku melihat dia merenung di tepi tingkap,melihat salji yang meruntun jatuh dari langit.gesekan biola dan ketukan jari di piano mengiringi suasana suram di hatinya.dirinya terpenjara,oleh realiti yang hakiki,oleh satu hakikat yang datang yang takkan datang menjengah kembali.

aku akui aku seorang yang benak dan tidak faham.sebab aku bukan penulis puitis.aku cuma pembaik enjin kilang.jangan salahkan aku kerana ketidakfahaman aku,salahkan sistem pendidikan yang mengasingkan yang mekanikal dan yang halus.

salji terus turun lagi.tidurlah.semoga malam ini ada mimpi yang indah-indah menjengah dari terus mencelikkan mata menghadapi realiti yang sakit ini.

-terima kasih kepada makcik bibik kerana mengajar saya bahasa puitis hari ini.cita-cita citra,makcik bibik agar soeffiyan jadi pemuisi.tapi sayang bakal abahnya buta seni.

saya melayan filem indonesia hati saya(my heart),cerita yang taklah sehebat pawagam syurga tapi boleh lah dilayan.

3 comments:

nama nami said...

kau power ape..hahaha!tulisan tu,kira ok la tu..hahaha!

Johan 23.01.84 said...

bkn nilai puitis yg pnting..puitis pun tak guna kalau bkn dtg dari hati..

p.s mana yg agung,chinta gagal ko dgn fatin farhana atau chinta dgn bini ko?? hah!

Aril Cantona said...

nami,

tak boleh lawan kau!aku cuma michael owen je kalau kau eric cantona hahaha!

tapi george best kena serah kat hishamuddin rais hahaha!

johan,

hati gua tak reti benda camni sebenarnya heh heh!

p/s:cinta yang agung adalah cinta yang gagal dengan awek nasi ayam.ni gua terus terang!