Monday, January 4, 2010

cerita tentang mapley.


pada waktu-waktu ni aku rindukan roti naan.ketika sejuk membeku mencecah paras beku,duduk dalam peti ais lebih panas agaknya.pada waktu ini malam dirasakan begitu panjang,sungguh malang bini sedang berbadan dua.alangkah letihnya malam-malam panjang ini dihiasi cuma dengan maria ozawa.oh sayang.

dikatakan saekor mamat pelompat parti tengah mengalami masalah emosional pecahbawah(breakdown).mamat pelompat parti ini bukanlah ibrahim ali sebaliknya nami yang langsung takde nilai kalau ada transfer,dari sir matt busby way ke camp nou.mamat ni tiba-tiba membuatkan semua orang tak tidur malam memikirkan masalahnya.tapi takpe,walaupun demikian,aku tau kerja mcd dah naik gaji tak macam dulu.tapi dulu kau boleh je bermalam kat rumah aku tanpa sewa sekarang tidak lagi.

aku sebenarnya rindu sama subang usj.dengar kata dari mamat pelompat parti,usj kini pecahbelah tanpa aku,summit usj yang dulu gah dengan gathering scooter tiap-tiap tahun pun dah jadi tempat restoran cina.usj berubah kerana tak meriah.dulu banyak chicks hot dan awek yang boleh menghangatkan suasana,kini hanya bangla dan burma yang meriuhkan usj.dengar katalah.

banyak cerita sedih dari malaysia yang diceritakan oleh mamat pelompat parti.mamat ni belajar drama,sebab tu berdrama sakan.tapi tak pulak yusof haslam atau razak mohideen panggil.nak kata tak cukup handsome,cukup banyak air mata gadis beliau tumpahkan.mamat pelompat parti ini berkata uptown damansara dah pindah ke kuala jenahak bersempadan dengan kuala krau.sebenarnya tempat yang lama dah best,tak tau dipindahkan ke mana,dah 5 tahun aku blah.dulu akulah manusia yang paling membantah untuk dipindahkan tapi dipindahkan jugak,nak buat macam mana,terpaksalah warga kota ke kuala jenahak untuk beruptown.gila jauh dalam sampai ulu-ulu dorang bukak uptown katanya.

malaysia sekarang dah jadi tempat sedih.dulu masa aku kat sana,rakyat malaysia selalu berbangga dengan klcc,sepang f1,jambatan pulau pinang dan satay kajang.sekarang membaca blog-blog orang malaysia sangat menensionkan.tidak ada sinar kebahagiaan,semua sedih belaka.adakah rakyat malaysia masih lagi menjadi penghinggap mapley?aku rasa ya.

mapley pada zaman aku mengalami zaman transformersnya(aku dah cakap,aku fail bm,transformasi jadi transformers).pada zaman seluar cantona 7 dan zaman along spoon belum kena bunuh,mapley terdiri dari kayu-kayan dan menunya adalah roti canai dan mi goreng mamak.tapi pada zaman highway ldp dah muncul mapley wujud dalam bentuk kedai dan ada astro.ya,sungguh seronok mapley zaman kayu kayan,masakannya begitu autentiknya.tapi kini dikhabarkan mapley mahu menjalankan program atasjual(upselling programme) dengan mempromosi stik lada hitam atau ayam pancung(chicken chop).setakat nak makan benda tu baik pergi restoran barat terus,buat apa pergi mapley.

sebab tu walaupun ada stik lada hitam atau ayam pancung aku tetap memilih roti nan.sebab roti canai selalunya dibuat 8 minggu sebelum dipanas semula.kadang-kadang terasa roti canai ni adalah recycle dari 8 minggu lepas.sebab tu kalau kat mapley kayu kayan aku suka makan roti canai sebab dia fresh.dia buat pakai besen kecik bukan pakai kawah besar.

lagi satu aku meluat bila selalu mapley mempromosi air oren segar(fresh orange) dari teh tarik.baik aku pergi california je nak minum air oren.atau pergi kedai tujuh sebelas beli kupas segar(peel fresh).

dikatakan di malaysia harga gula naik,alasan kerana gunung mayon dijangka meletus dan bakal memusnahkan ladang tebu di filipina.apapun alasan atau bebelan benda itu bukan dikawal oleh kita tapi dikawal oleh robert kuok.aku peduli apa sebab orang sini tak minum gula.tapi aku kesian dengan mamat pelompat parti yang kelihatan tertekan dengan belanjawan hidup.jadi dari kuala geri saya bercerita,di sini jelas aman dan damai walaupun tidak ada roti nan untuk saya.bahkan semasa sukan olimpik musim sejuk yang akan berlangsung bulan dua ini nanti tidak mungkin berlaku bekalan air terputus seperti malaysia melangsungkan sukan komanwel dulu.kesian-kenapa orang malaysia selalu kena buli?

tapi yang pasti,dengan roti naan atau tanpa roti naan,menonton man united dengan kekalahan bodoh amat meyakitkan.tapi berbeza dengan malaysia yang menonton pada waktu malam,kami menonton pada waktu sarapan pagi.atau makan tengah hari.bayangkan tengok perlawanan akhir liga juara pada waktu siang,macam lawatan sambil belajar ke langkawi tanpa pergi ke tugu helang.atau pergi ke kuala lumpur tanpa melawat kepong.mana lengkap beb.

dan saya pasti,kisah sedih mamat pelompat parti pasti tidak akan berseorangan kerana dia masih lagi yang sayang seperti album s jibeng zaman 90an.dengar kata dah arwah.

macam-macam aku tinggal.haih.

4 comments:

bangunberdiri said...

mamat pelompat parti buat semua orang tak tidur??
aku sempat tido pukul 4 pagi semalam.... tapi xpe... ni hari die pecahbawah, kita tolong, hari kita nanti kita tatawu bile...

Anonymous said...

Gua 5 tahun takde kat Malaysia tp last year kembali gak..semua ko tulis,gua setuju kecuali psl Maria Ozawa..teruk2 pun keadaan kat sini,at least ada ramai porn star melayu..hahaha

Ez Puella Sapiens said...

You rindu bau busuk tak mandi pekerja mapley Makbul tu kan?hik hik!

Along,roti naan ada la kat sini.Pergi la kat John Laurie Blvd,jangan jadi bebal dan malas!

Aril Cantona said...

bangunberdiri,

bertuah tu tidur 4 pagi.daripada aku yang terpaksa kelentong bos tujuh sebelas aku yang aku kena sengugut bila tolong repair motor scooter mamat pelompat parti tu hahhaa!

johan 23.01.84,

Memang la ramai porn star kat Malaysia dan ramai orang Melayu,tapi muka macam grill pagar kau nak tengok ke?

p.s:nombor tu nombor ekor ke?

Angah,

Bukan bebal dan malas,tapi roti naan kat situ harga sampai C$18.50 satu set.

Kena belajar la buat roti naan lepas ni.