Monday, January 11, 2010

mamat suka minah,tu biasalah kan.



teringat kepada cerita uda dan dara pada zaman klasik melayu.ketika itu mat karung guni adalah senario kepada orang melayu ketika itu.cerita yang menasyikkan,cerita yang mendayu-dayu.cinta yang indah tetapi ditolak kerana tiada harta.

lalu untuk menghilangkan kebosanan cerita melayu ala sembilu sembulu ini,aku pergi membuka cerita kayusuci(hollywood).macam tu jugak.cuma biasalah,julia stiles menari-nari ada jugak nampak jalan ceritanya berbanding cerita melayu.

bukak cerita itali,pawagam syurga(cinema paradiso) yang diulang tengok beratus puluh juta kali oleh minah kaki bertulang besi.macam tu jugak.apa kes?

bukanlah aku ni mat bebal tak faham perasaan cinta tapi kenapa manusia bila nak beremo mulalah cari cerita-cerita camni?seolah-olah ada satu fahaman tahyul yang segala gundah gulana akan berakhir bila menonton cerita begini.woit,gerak atas(move on) la!

aku juga pernah putus cinta.masa aku kerja di mcdonald's seksyen 3 bersama dengan mamat pelompat parti,aku jatuh cinta dengan seorang minah tukang layan nasi ayam.minah tu takdela pakai baju dolce dan gabbana,kalau ada baju jenama gaban pun dia rembat je.tapi aku suka dia sebab,entah,aku pun tak tau.sebab selama ni aku ni hanya pak badut didepan mata dia,jadi dia tak pernah anggap aku serius.satu hari aku bertanyalah "dah berpunya ke?" sekali dia kata dia dah bertunang.mula-mula aku cuma gelak-gelak sekali minah tu betul-betul dah bertunang.nak kahwin bulan depan.mau tak terguling aku dalam tasik shah alam.mamat pelompat parti je yang sanggup teman aku selain sekotak rokok marlboro cahaya(light).

aku akui,aku tak ganas(terror) ayat-ayat minah ni.bahkan,untuk mengayat makcik bibik kau ni pun,menggunakan ayat-ayat si mamat pelompat parti.kadang-kadang bila tengok balik takde lah gempak sangat pun,tapi setiap orang ada caranya tersendiri.ada yang nak mengorat dengan cara remp motor,ada dengan cara beli bunga,ada yang dengan cara buat lawak dan ada yang dengan cara menyamar jadi orang lain dalam beryahoo.macam-macam cara,tapi bila berhasil,biasalah,gembira satu badan.

tapi dalam kehidupan yang serba mencabar dan moden ni,cara manusia menjual minyak sudah berubah.tidak seperti kucing yang hanya memancut di tepi tiang dan kerusi sejak berjuta-juta tahun tak pernah berubah,manusia sentiasa menjadi canggih dan kompak.tapi pada akhirnya,kebahagiaan itu tercapai bila dua hati digabungkan.dia tak jadi angan-angan dengan hanya melayan pawagam syurga setiap hari.atau melayan lagu kepalaradio tinggi dan kering dan juga lagu merayap(creep).semua ini menyebabkan cinta itu jadi seksaan.kecuali kalau kita suka diseksa macam filem bondage porno,tidak ada siapa yang nak diseksa dalam cinta.semua orang mahu gembira.

aku juga hampir terjun ke tasik bila mengetahui siti nurhaliza berkahwin dengan datuk k.tapi aku rasa alahai,selebat-lebat misai datuk k pun,lebat lagi bulu punaiku.tapi begitu,siti tak memandang kelebatan itu,dia hanya memandang kelebatan wang ringgit.pasrah sajalah.

yang penting,kita jalankan saja hidup ni.tak guna menangis layan filem pawagam syurga tu.pelakon dapat duit kita asyik menangis.



akhir sekali,fatin farhana gadis shah alam yang comel,mana dia pergi?mamat pelompat parti kau masih beryahoo dengan dia kan?kan?



dan kepada julia,kalau ada kiranya terbaca blog ini,silalah komen cepat-cepat.dah lama kiranya tak on yahoo bersama-sama,kan?

9 comments:

nama nami said...

Woit,Fatin Farhana pindah Batu Pahat la sengal..dia dah duduk situ..kali terakhir gua on ym dengan dia 2 bulan lepas kot.Sebab gua jarang on ym laa..

Yang julia pulak macam biasa,dengan geng MU.aku dah jarang berym dengan dia..last time aku ym masa gua kat belgium,dia kata dia prektikal kat bangunan sultan abdul samad.

minah nasi ayam?Allahualam tak tau apa cerita.nama dia ayu kot,hahaha!

e s r e e f Armagan said...

best dowh blog ko nie...

bibik ko sehat...?

harap2la die selamat...

mane taw dapat anak laki2...

sepak bola kuat macam cantona...

azfar said...

ko punye ayat kan..memang macam shetaannn!~ohhh aku mendambakan gadez berkaki besi~

Ez Puella Sapiens said...

At least I tak lari dari rumah bila dapat tau yang awek dipuja dah ada couple..hik hik!Masa dulu Aril ni gedebab orangnya,lepas tu frust menonggeng,terus lari dari rumah,emo..lagi teruk!Nak kata orang kutuk2 I layan Cinema Paradiso konon..hik hik!

And,at least I tak pernah kantoi cd porn dengan member adik yang nak ditackle..hik hik!

fatin farhana..until now I nak tergelak tengok reaction dia..hik hik!

Aril Cantona said...

nami,

laaa..dia pindah batu pahat ke?ikut mak dia ke?dah bercerai lepas tu ikut mak la yer..

julia aku tak follow up kat myspace laa..hahaha!lama tak chat dengan dia..dengar kata dah balik kat apis ex dia dulu..

minah nasi ayam?jangan kau sebut lagi..aku dah phobia dengar nasi ayam..!!

esreef armagan,

ni nama kau ke hapa ni?susahnya nak sebut.

bibik aku sihat je,dah memang anak lelaki pun.soeffiyan shahrul sulaiman nama dia.haha!

sepak bola macam cantona terajang orang pun macam cantona macam makciknya jugak hik hik(haha!)

azfar,

baik kau bercinta dengan robocop.

angah,

aiseh woit!tu cd doraemon la,mana ada cd porn..lu jangan buat cerita beb..cover cd doraemon lagi tu..tak baek fitnah2 orang woit!

azfar said...

robokop pon robotkop lah!janji ahh chuuun nyaa!

sapotlah sket percintaan adik sendiri...ohhh!

Aril Cantona said...

azfar,

aku bukan tak nak support kau,tapi kau haruslah bersabar.fatin farhana masih solo lagi atau dah berkumpulan?

tanyalah mamat pelompat parti,dia banyak cable tu.jangan pandang dia pengemis muda,dia tu belajar ilmu shaolin dengan pengemis tu yang dia dressing camtu..hahhaa!

Johan 23.01.84 said...

kalau dah kawin,buat cara mcm da kawin laaaa..tak pyh cr pasal..hahaha

gua sbg penganut mazhab "tak pyh kawin" hny leh geleng2 kepala tgk perngai korg yg brkawin ni..ish ish..

nah,layankn lagu ni http://www.youtube.com/watch?v=N4yXT-HqlTI

Aril Cantona said...

johan,

aku rasa mamat ni yang nyanyi lagu peter the pirate.macam dia je hahaha!