Wednesday, January 13, 2010

secawan kopi dan semangkuk nachos dan keju panas gelombang mikro.


hari ni lagi sebulan je anak aku akan lahir.lagi sebulan aku nak jadi bapak.jadi bapak ni bukan senang,tapi susah.

sementara tunggu makcik bibik dan bakal makcik iaitu minah kaki bertulang besi pergi membeli pakaian bayi,eloklah kiranya aku menulis sedikit.

sebenarnya aku rindu keropok lekor.aku jugak rindukan roti naan.dan bila hishamuddin rais bercakap tentang sambal rom,lagilah aku rindu.walaupun jerantut dengan kuantan adalah satu negeri,tapi kedudukan geografi membuatkan aku sekali sekala je dapat makan sambal rom.kalau orang lipis ke,raub ke,atau gua musang,mungkin selalu dapat.tanya zharif manchester bersatu,dia tahu agaknya.

agaknya macam mana suasana kat malaysia sekarang?dengar cerita nak tahun baru cina.mamat pelompat parti cerita keadaan kat jalan pudu pun,cerita yang menarik.mesti meriah bakar mercun dan tanglung.mesti mat fasis agama keluar fatwa makan pakai pancungbatang(ini bukan erotik tapi ini chopstick) adalah haram disisi islam kerana rasulullah tak pernah makan dengan benda ni sebaliknya dengan tangan.lepas tu bakar mercun juga adalah haram kerana ini boleh menyebabkan akidah umat islam tergugat,sebab tujuan orang cina bakar mercun adalah untuk menghalau hantu.

kat sini,takde apa yang menarik pun.salji memutih sepanjang jalan.sekali sekala nampak penyondol salji menyodok salji di jalan-jalan.kalau dah duduk sini setiap hari kena tabur garam kat depan rumah,nanti tak licin bila berjalan.aku tak tau la kenapa tapi itu yang bapak aku cakap.dia dah pernah duduk kat kolamlimpa(liverpool) dulu,aku ikut je cakap dia.

dengan semangkuk nachos dan secawan kopi panas ni,sambil atasgaris(online),sambil membaca,sebenarnya hari ni aku tak tau apa nak tulis.entah,aku lebih risaukan macam mana nak jadi bapak ni agaknya.yang abah aku pulak takde pulak wasiatkan aku buku "cara-cara menjadi bapak yang baik" ni.tapi satu lawak jenaka yang agak pedas,minah kaki bertulang besi menjangkakan anak aku bakal jadi penyokong kolamlimpa sebab abah aku penyokong kolamlimpa,aku penyokong manchester bersatu,nanti anak aku sokong kolamlimpa dan cucu aku sokong manchester bersatu.pulak dah,macam cerita p ramlee pulak.

terus terang,aku sebenarnya takut nak jadi bapak.orang yang sebaya dengan aku,mamat pelompat parti rilek-rilek je kacau-kacau perempuan kat tempat kerja,mamat mapiau aku tak tau sebab dia tak pernah cerita,zahir hidung kemek masih merempit,robert pulak takde khabar berita,dengar kata jadi usahawan gambir yang berjaya.entahlah,kalau ada member-member,mesti buka meja(open table) keropok lekor dengan goreng pisang sambil sembang panjang.

oklah,nak membayar barang.chalo!

3 comments:

bangunberdiri said...

bila anak kau dah besar..
bawak la dia balik malaysia...
bagi dia rasa amek lap kat kinrara tu....
lepak seminggu dua pun dh cukup baik...

Anonymous said...

sbb garam cairkan snow la..
teruk tak cuaca kat sana?..sambal rom tu ape ek?

p.s selamat mnjadi bapa bdk..lupakn jela si fatin farhana tu hahahaha

Aril Cantona said...

bangunberdiri,

aku nak anak aku jadi muslim solihin wal serbanun.nak bagi adik aku bengang hahahaha!

johan,

agak teruk dari biasalah,tahun-tahun sudah tak macam ni.

rom tu buah getah.rasa lemak-lemak.

kau nak tau ape benda sambal rom ni,ni dia info..

sambal rom

p/s:tak boleh..aku tak nak nanti fatin jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab terutamanya mat kantoi..hahahaha!