Sunday, January 24, 2010

wan runi.


hari ini aku dedikasikan tulisan aku kepada encik wan runi.

menentang hull bandaraya di trafford lama,mengingatkan aku kepada mamat pelompat parti carlos tevez yang score juga empat bijik dulu.diharapkan hati wan runi tidak berubah seperti carlos "ibrahim ali" tevez.

aku gembira kerana pagi ini satu pagi yang ceria.baby di perut menendang-nendang perut bibik semasa wan runi dengan cemerlangnya menyumbat gol keempat.ini petanda baik.ini tandanya anak aku bakal sehebat seperti wan runi,atau george bagus(best).atau eric cantona.paling koman pun macam ez makciknya yang bermain winger walaupun dia perempuan.

diharapkan satu hari nanti,di depan jalan dato mat busby(sir matt busby way),ada tugu junjungan kita tok wan alex,dan ada tugu otai cantona,ryan giggs dan juga wan runi.tugu nani,tugu cristiano ronaldo dan tugu mat pelompat parti tak dibenarkan.bersedialah untuk divandelisasikan kalau letak.

sape nak letak nani hahaha!

lagi 2 minggu lagi sukan olimpik akan dianjurkan di kanada.walaupun tak semeriah sukan olimpik musim panas yang akan dilangsungkan di london,negeri beraja bersatu(united kingdom),dan di sungai janeiro(rio de janeiro) di brazil,tapi sukan musim sejuk ni lebih kepada sukan-sukan yang tak lazim.macam berlari ke,main bola ke,ape ke.aku berminat nak tengok hoki ais.tahun lepas amerika bersatu menewaskan kanada,cheebai..tapi tahun sebelumnya kanada tewaskan russia.macam mana pulak tahun ni.dan macam mana hoki ais olimpik tahun ni?tahun lepas sweden menang bahagian lelaki,bahagian wanita kanada.diharapkan tahun ni kanada menang dua-dua sekali.

tapi aku tak pergi vancouver disebabkan nak teman bini aku kat hospital,tapi ez pergi.satu je sukan yang paling aku menyampah,sukan curling.macam game sapu sampah je.

oh,kalau nampak kat tv ada minah berjalan macam cyborg,tu la ez.jangan lupa gelakkan dia time dia keluar tv melompat-lompat tengok kawan dia.

dan aku harapkan takdelah berlaku potongan bekalan air macam malaysia buat sukan komanwel dulu.masa sukom 98 dulu bukan main susah aku nak mandi.sikit-sikit air takde.setakat ni kuala geri jauh dari vancouver,takdelah masalah tu.dan kuala geri sendiri pun pernah buat olimpik musim sejuk ni.cuma aku rasa vancouver bakal lebih gempak agaknya.sebab vancouver bandar besar,kuala geri ni kecik tak kecik tapi tak sebesar vancouver la.

apapun,bon voyage ez,dan selamat melahirkan anak kepada makcik bibik.dan kepada wan runi,teruskan bersemangat.dan kepada makom glaser,kalau dah tak mampu tu,jual la kat saudagar arab.boleh jugak aku nyanyi lagu al-majid al-majid mansheetariah wal etihad!

p.s:adalah ironi penaja manchester bandaraya adalah etihad udarajalan(airways),sebab etihad dalam bahasa arab adalah bersatu(united).agak-agak mamat pelompat parti tevez tau ke bendalah ni?ke dia main bedal je?

4 comments:

nyzm said...

sis ez jalan macam cyborg? wwahahaa

Anonymous said...

curling ngan bobsleigh je harapan Britain..kahkahkah..

13247 said...

empat tumbukkan padu ke udara!

yeahhh!

Aril Cantona said...

nyzm,

hahahaha macam robocop!

johan,

kat vancouver jangan harap la,bagi semua kat canada..hahaha!

aku rasa tahun ni russia jadi juara..kalau china gak jadi juara,confirm pengadil rasuah..macam kat beijing.

iezat,

yeaahhh!!