Wednesday, January 20, 2010

mamat pelompat parti - bukan nami tapi tevez.


pertama sekali,blog ini tidak didedikasi kepada nami.dan gelaran "mamat pelompat parti" telah diharamkan oleh seri paduka baginda maharani dowagez atas alasan tertentu.jadi topik hari ini masih lagi berkisar tentang mamat pelompat parti,tetapi bukan warga malaysia yang menjual jalurlebar,tetapi mamat anjing betina,oops..terkasar sudah..argentina yang sungguh celaka hendaknya.

mamat ni dikatakan hebat dan berkuasa(power).mamat ni pernah menjadi pemain terbaik brazil semasa bermain di corinthians.tapi mamat ni menapak ke eropah di kelab yang kecil,daging babi barat(west ham) tempatnya.semasa mamat ni di daging babi barat mamat ni memang bebal bertimpa-timpa.bayangkan el hadji diouf yang bodoh nak mampos pun tak sebodoh mamat bebal ni sebab dapat main kat kolamlimpa.walaupun di tangga ketujuh tapi kolamlimpa(liverpool) tak sebebal daging babi barat.

mamat ni mempunyai sistem jual beli yang pelik.jika cristiano ronaldo mahu berpindah dari manchester bersatu ke madrid benar(real madrid),presiden madrid benar florentino perez harus membayar £80 juta kepada malcolm glazer.tetapi mamat pelik ini datang dari planet mana entah berdagang dengan cara paling bangsat sekali,jual beli dengan seorang mamat saudagar kismis dan unta dari tehran,kia joorabchian.

saudagar inilah yang sebenarnya memporak-porandakan perdagangan hamba,eh tu cristiano ronaldo cakap diri dia hamba,perdagangan pemain bola antara satu kelab ke satu kelab.mamat tevez ni tak sedar dia hanyalah seekor cacing je bagi kia joorabchian ni.akibatnya mamat ini berpeluh-peluhan tapi mamat joorabchian ini yang mendapat keuntungan.dan apabila mamat tevez yang satu ketika dahulu pernah didenda oleh boca juniors kerana memakai baju manchester bersatu ketika latihan,oleh kerana joorabchian tidak berpuas hati dengan keuntungannya di trafford lama,maka mamat joorabchian ini mahu tevez berpindah ke sheikh saudagar unta arabia di jirannya,manchester bandaraya.

tidak seperti zaman era saddam di mana orang iran atau parsi cukup membenci orang arab ketika perang iraq-iran pada zaman ronald reagan,mamat joorabchian ini tidak patriotik ataupun bersikap assabiyah,sebaliknya mamat ini bersikap diplomatik dengan pedagang arab itu.seperti yang hishamuddin rais pernah berkata,"kapitalis tidak pernah mengenal bangsa dan agama" begitu jugalah dengan kia joorabchian ini.akidah mereka adalah berlandaskan keuntungan dan pahala mereka dibayar dalam bentuk pound sterling,dolar amerika,euro ataupun yen jepun.ringgit malaysia kalau ada dia nak ambik lah.

apapun selepas mamat tevez ini melompat parti,mamat ini seperti berdendam dengan tok wan junjungan kita alex ferguson.tok wan dengan tegas mengatakan mamat ni tak bernilai sampai £30 juta seperti ditawarkan oleh si joorabchian.joorabchian agaknya tidak suka dengan cara yahudi berdagang sejajar dengan dasar anti-yahudi ahmadinejad.(sebab tu aku tak suka mamat ahmadinejad ni,tampar kang baru tau!).dan sejak itu mamat tevez ni pun bermain di manchester bandaraya.

sayangnya mamat ni memang berkali-kali ditimpa kebodohan.dalam skuad manchester bandaraya punya banyak pemain penyerang,antaranya robinho,adebayor,santa claus(sebab dia turun sekali sekala walaupun nama sebenarnya cruz),craig bellamy dan benjani.cuba kalau dia berada di manchester bersatu tidakkah dia akan dapat pertama-sebelas(first eleven) dengan lebih kerap?

dengan kebangkrapan dubai saya mengharapkan manchester bandaraya pun begitu juga.sebab ada kawan saya di malaysia yang sanggup berpindah dari manchester bersatu ke manchester bandaraya kerana konflik israel-palestin.tak ke bangang tu?

bila petroleum sudah kering,mungkin orang ramai akan ke alberta.sebab dikatakan petroleum di alberta kanada ini adalah percutian terakhir(last resort,maaf,translasi langsung) kepada petroleum dunia.apabila arab habis,kamilah yang terakhir ditarah.dan pada ketika itu harga minyak dunia sudah mencecah $400 satu tong.masa tu kanada lagi kaya dari amerika dan kami boleh senang-senang menjajah dunia ha ha ha!masa tu bolehlah saya duku kepala si joorabchian ni sambil mengatakan "kalau nak kaya pergi la main bola,jangan guna tevez lagi!".

mamat tevez ini haruslah sedar dan sentiasa menginsafi kejadian diri.tanpa manchester bersatu mamat ni akan terperap kodok dalam daging babi barat.tanpa manchester bersatu mamat ni takkan merasa cium liga juara-juara dan liga perdana inggeris.jadi apabila sang otai kita gary neville mengacukan jari tengah ke arah tevez,itu adalah satu tindakan yang paling sesuai kat mamat tevez ni.

akhir sekali,kalau rasa-rasa manchester bandaraya bakal bangkrap akibat kegawatan ekonomi,pergilah ke celtic,mereka sentiasa memerlukan striker yang best.sebab mereka sentiasa tak boleh menewaskan kris boyd da otai ha ha ha!

2 comments:

Ez Puella Sapiens said...

Kris Boyd is a fucker!

Tapi lagi hina jadi Kenny Miller,tu lagi mamat pelompat parti,haktuih!

Tak sabar nak tunggu Koki Mizuno jadi terror macam Nakamura hik hik!

Aiden McGeady,Shaun Maloney,Georgie Samaras,we will be unstoppable force!

Aril Cantona said...

Ez,

unstoppable farce hahahaha!