Thursday, January 21, 2010

makom glaser dan tok wan.


"houston,kita ada masalah..."

perkara ini telah dibincangkan kira-kira 5 tahun dahulu.aku masih ingat semasa itu roy keane sang otai masih lagi menjadi ketua pasukan.aku masih ingat lagi malam itu,manchester bersatu menentang meriam(arsenal).perlawanan akhir piala persatuan bola sepak(fa cup).hari itu adalah hari pertama mamat bernama makom glaser menjadi tuan empunya tanah di trafford lama.

aku ada terbaca artikel-artikel terdahulu,bahawa cara pembelian makom glaser ni secara berhutang.bukan seperti romen eh roman abramovich ataupun saudagar minyak abu dhabi di manchester bandaraya.pada mulanya aku pelik dan hairan kenapalah penyokong-penyokong manchester bersatu membantah pembelian makom glaser ni.dorang tak nak ke kelab dorang ni jadi macam chelsea yang beli player tanpa masalah.ok ape,esok lusa boleh la beli kaka ke,ronaldinho ke,zamani misbah ke kan.jadi aku menganggap kelompok yang menubuhkan kelab bolasepak manchester bersatu(fcum,ni bukan manchester bersatu okay) adalah kelompok yang poyo.mana taknya,elok-elok dah main kat liga perdana,gatal nak main kat divisyen sebelas.kelab bolasepak manchester bersatu ni aku ingatkan dua tiga kerat mamat sosialis yang menolak globalisasi,rupanya tindakan mereka ada asasnya.asasnya adalah kejadian minggu lepas,laporan rasmi manchester bersatu telah keluar.hasilnya manchester bersatu telah berhutang sebanyak £786 juta.mak aiih ni hutang beli kapal terbang ke apa?

semasa manchester bersatu menjuarai liga perdana dan liga juara-juara tahun 2008,aku memperlekehkan saja kata-kata kumpulan anti makom glaser ni.bahkan inilah hasilnya dari jasa makom glaser.bola ni macam berniaga jugak,kalau tak berhutang mampu ke nak beli barang niaga.kalaulah makom glaser tak berhutang macam mana nak bayar gaji ronaldo,rooney atau tevez pelompat parti?kalaulah tiga mamat ni takde masa 2008 sudah tentu manchester bersatu masih lagi dibawah chelsea atau meriam.

tapi kalau beli handphone tiga-tiga sekupang dengan beri hitam mestilah ada bezanya.tiga-tiga sekupang hanya boleh main game ular,beri hitam macam-macam boleh main.game main pun boleh main.perempuan ganguro perempuan sim semua ada dalam beri hitam aku.tapi kos tiga-tiga sekupang dengan beri hitam adalah jauh beza.kita tak boleh samakan team olahraga wigan atau bakarhitam dengan manchester bersatu.banyak bezanya.

tapi oleh kerana hutang inilah yang menyebabkan manchester bersatu mempunyai masalah kewangan yang ketara.setelah menjual ronaldo ke madrid benar dengan harga tertinggi,dan selepas mengabaikan tevez ke manchester bandaraya,aku ingatkan kita sudah boleh membeli pemain-pemain yang segar bugar dan berkhasiat.pemain-pemain seperti pemain bordeaux yoann gourcuff atau pemain ac milan alexander pato,bukankah itu menceriakan trafford lama?sebaliknya tok wan kita membawa michael owen yang dahulunya mamat kolamlimpa serta gabriel obertan yang dahinya jendul di belakang macam henry.atau antonio banderas eh valencia dari wigan olahraga.

dengan pemain-pemain otai seperti ryan giggs,paul scholes dan gary neville semakin tua usianya.pada usia-usia mereka ini mereka sudah berada di saf surau atau telah menjadi ajk masjid di kampung-kampung.ataupun berada di halaman rumah berkebun sambil menunggu isteri menyiapkan minuman petang.tetapi mereka masih lagi gigih menjadi muda dengan bermain bola.jadi oleh kerana kudrat dan iradat mereka yang terhad menyebabkan manchester bersatu tidak lagi seperti dulu.dan ini menyebabkan manchester bersatu akhirnya akan menjadi ac milan dimana umur 40 tahun masih lagi boleh bermain.

kerana kehutangan ini menyebabkan glaser tidak mampu membeli pemain baru.bahkan karem benzema yang diura-ura berpindah ke manchester bersatu akhirnya ke madrid benar.tetapi bagi aku selamat benzema pergi madrid benar sebab dia macam hampeh je berbanding di lyon olimpik.dan kehutangan ini menyebabkan manchester bersatu kelihatan hampeh dan tidak menarik selepas blahnya ronaldo.ketika daud beckham blah dahulu tok wan kita membeli cristiano ronaldo yang masih muda jelita,tapi kini ia diganti oleh michael owen yang lebih banyak beraksi di bangku simpanan.kaki bangku betul lah!

jadi dalam kesedihan ini,aku pun bukak laman web ini.barulah aku sedar dan insaf kenapa mereka ini bermati-matian membantah makom glaser dari membeli manchester bersatu.kemenangan 2008 itu hanya jadi perkara yang tidak bermakna kalau kita masih berhutang.

dengar kata ada saudagar padang pasir dari arab mahu membeli manchester bersatu dan akhirnya kita akan dengar satu hari nanti tidak akan kedengaran lagi nama manchester,sebaliknya akan bertukar menjadi al-mansheetariah wal etihad nama baru bagi manchester bersatu,manakala al-mansheetariah wal madina pulak untuk manchester bandaraya.dan tidak memelikkan satu hari nanti trafford lama atau stadium bandaraya manchester tidak lagi dipenuhi hooligan kaki mabuk bir,sebaliknya pak arab jubah yang hisap shisha di dalam stadium.

aku tak dapat bayangkan kalau jersi al-mansheetariah wal etihad bernombor arab nanti.nanti rooney jadi رواونيي dan ferdinand akan jadi فيرديناند.masa tu adalah sangat haru kerana lagu gemilang gemilang manchester bersatu(glory glory man united) jadi al-majid al-majid mansheetariah wal eithad.pengsan!

2 comments:

labahlabah said...

ha ha ha ha ha...
tak boleh blah la lagu baru manchester bersatu

al-majid al-majid mansheetariah wal eithad

Aril Cantona said...

labahlabah,

tu pun aku tanya abah aku bahasa arab..