Tuesday, February 2, 2010

paranoid gangster


"i'm going to make an offer that he can't refuse" - otai.

aku menulis pada pemerhatian aku,sesuatu yang buruk bakal berlaku.aku melihat macam mana manusia diatur-aturkan mengikut warna kulit,mengikut tuhan apa yang kau sembah,dan mengikut bahasa apa yang kau cakap.aku juga melihat manusia diatur mengikut siapa ahli falsafah yang dia ikut,atau rokok jenis apa yang dia hisap.atau 'anu'nya suka di depan atau 'dibelakang'.

aku dan adik aku tak pernah kisah benda ni semua.anu di depan anu di belakang itu ikut suka hati dialah nak ikut mana.anu dia yang sakit kenapa kau orang semua perlu kecoh?tapi yang kecoh satu kampung ni kenapa?

aku teringat cerita bapaktuhan(godfather,kepada siapa yang tidak faham kepada konsep kearilan sila pergi bertapa di gua tempurung),cerita ini tentang gangster dan kerjanya mengugut dan memukul orang.senang je,orang takut,orang ikut.orang tak takut,kita kasi takut sama dia.kalau kita takut dengan dia,dia lagi gangster dari kita.

jadi,apa yang kita takutkan sebenarnya ni?atau apakah kita tak perlu takut tapi cuma perlu belajar mengelak?

chee bai,kalau tukang pukul depan kau nak pukul,kalau badan kau cekeding macam papan atau kau takde kaki besi macam maharani dowagez,takkan kau nak biar je.mestilah kau lari.tapi kau lari pun bukan bermakna kau takut.kau hanya takut bila kau buat salah.kau tak buat salah,apa yang kau nak takut?tapi kau cuma mengelak,bila kau mengelak,kau dapat membeli masa sedikit untuk mencari helah sebelum kau lanyak dia balik.samalah dengan kes pancaran gula leonard(sugar ray leonard) lawan muhammad ali,ali ni kerja elak mengelak je sampai pancaran gula leonard ni naik penat,terus kalah.macam jugak shawn michaels atau bret hart.badan kecik tapi lawan dengan andre gergasi(the giant) ke,pengambilbawah(undertaker) ke,yokozuna ke,dorang selamba je.

jadi apa yang aku nampak dari jauh ni sebenarnya?

aku nampak masyarakat di kampung kita semakin paranoid.mat rempit pun dengar kata banyak yang patah balik dari sekatan jalan.rakyat makin takut,padahal apa nak takut,tiap-tiap tahun kita yang pilih dorang,bukan?

sebelum malaysia jadi burma atau korea utara,rakyat malaysia wajib berbuat sesuatu.rakyat malaysia kena belajar dari vietnam macam mana nak jadi gerila vietcong lawan amerika.rakyat malaysia kena belajar dari shawn michaels atau rey mysterio macam mana nak lawan persembahan besar(big show) atau pengambilbawah.rakyat malaysia kena belajar,jangan jadi takut.dan jangan jadi berani tapi bodoh.

kita kena beri satu "offer" kepada pihak di sana sampai mereka tak mampu nak menolak lagi.wang?bukan.kuasa?bukan.

dia berikan ketakutan,berikan balik mereka ketakutan.

4 comments:

Ez Puella Sapiens said...

powermonger megalomaniac will never ever let people rise.

it as simple as that.

p/s:apa punya tag bawah tu..

Unknown said...

memang itu lah pun yang sedang dilakukan.. Makin ramai generasi muda yang dah mula bangkit melawan.. Underground scene skarang nih dah mula bangkit balik.. Punk tepu dah mula ramai pengikut.. Aktivis politik pun makin membangun.. Kita saksikanlah nanti..

RAI KO RIS best gak band dari nepal nih..

Anonymous said...

generally lah,ade 3 jnis kt msia ni

- dah kna tipu tp tak sedar
- tak amik pot lgsung
- nak melawan tapi otak bonsai

bukan nk stereotype tp kebanyakn dah mmg mcm tu..

p.s ko pny tag mcm sial hahaha..sape lesbian cun tu?? klu minah bi lg best..haha

Aril Cantona said...

ez,

jadi macam mana nak bagi penampaq sikit kat powermonger ni?

zulhaidi,
dia bangkit balik nanti,tapi kalau semua macam dulu balik,dia akan jatuh balik.

johan,
aku tau niat kau tak nak stereotype tapi dah kebanyakannya dah macam tu kau nak buat macam mana,kan?

p/s:tag tu..hahahaha!dia bi-sex kalau tak silap,dress cam bimbo.aku pernah jumpa dia dulu.tapi masa duduk setable dengan dia ni,minah ni asyik pandang si kaki besi ni je.pastu tanya nombor phone kat aku la,apa la.sanggup dia nak main ngan aku demi nak dapatkan si kaki besi ni.

tapi macam biasa la,aku fikir kawan aku.aku bukan macam dia tu,ada adik angkat cun tak nak passing kat aku.adik angkat dari ampang hahahaha!