Tuesday, February 9, 2010

kampung baharu(eh,betul kan ejaan camni?)


aku ada kawan duduk kat kampung baru(atau baharu ikut ejaan dewan bahana dan petaka - thanks to johan brader cool dari scotland kerana quote benda ni).dulu masa sebelum kerja kat tujuh sebelas dulu,aku pernah kerja pasar malam jual air soya.jual kat dato harun sumpah tak nak bawak arwah elly lagi sebab kena ngorat tapi arwah tak nak bukak mulut sebab dia gagap.tapi walaupun tak pernah kerja pasar malam kat kampung baharu tapi aku pernah pergi pasar malam kampung baharu.macam-macam makanan yang menarik kat situ.

terus terang,dalam banyak-banyak tempat kat kuala lumpur,aku paling suka kampung baharu.nasi lemak antarabangsa tak boleh dikecualikan.begitu juga dengan nasi lemak kantin tepi padang jalan raja muda musa dan pasar malam kampung baharu.aku juga pernah mengusha seorang awek yang kerja kedai kamdar yang tinggal di kampung baharu,sepupu kepada kawan aku,tapi sayang aku gagal memikatnya.

kampung baru adalah tempat yang bersejarah,banyak cerita yang aku dengar,dari cerita parang terbang 13 mei sampailah reformasi,semuanya bermula di sini.belum pernah ada satu tempat di kuala lumpur,punya sejarah yang kaya macam kampung baru.kalau bukit bintang adalah manchester bersatu,kampung baru adalah kolamlimpa kerana sejarahnya.chelsea kat jinjang kah kah kah!meriam(arsenal)?segambut kot..hahaha!

apapun aku dengar kampung baharu yang tak berapa baharu(eh,poyo kan aku guna ejaan ni) ni,bernilai RM20 billion(C$6.26 billion).C$6.26 billion di sini boleh bina satu disneyland.kalau kat malaysia boleh bina apa entah,tiga kali putrajaya pun boleh agaknya mengikut nilai matawang.tapi cuba korang bayangkan kuala lumpur takde kampung baru?atau takde stadium merdeka?atau jalan petaling?atau pasar tengah(central market)?

tapi yang aku tau,kerajaan cuba nak ketengahkan ikon baru yang tak berapa baru-pusat bandaraya kuala lumpur(klcc).atau menara kuala lumpur yang bentuknya macam batang aku mencanak ke udara(citra bibik:wow i like it!),atau ikon-ikon baru macam lembah tengah(mid valley),petak masa(times square) atau apa lagi eh(nampak sangat aku dah tinggalkan lama kuala lumpur ni).dan stadium merdeka,stadium negara,penjara pudu mahupun kampung baru ni ditinggalkan dan tunggu masa je cukong nak tarah tanpa disedari oleh rakyat jelata.sedar-sedar kampung pandan daun pandan pun takde jual.sedar-sedar kampung chubadak,jangankan badak,kuih badak pun takde jual.

jadi aku ada saranan,apa kata kampung baru ni ditukarkan nama jadi kampung lama.sebab kalau lama,nilainya jadi klasik,jadi antik,lagi naik harganya.cukong nak tarah pun fikir lapan ratus kali.kalau kampung baru ni nama-alahai,namapun baru,relax la dol-berlambak lagi kampung lama relax je roboh.

tapi aku fikir satu je kalau cukong ini berjaya mendapatkan tanah di kampung baru ni.apa nasib nasi lemak antarabangsa?apa nasib pasar malam kampung baru?dan pastinya aku melepas kahwin dengan anak jutawan yang dulunya bekerja di kamdar jalan tar..kah kah kah!(p/s:hamid bapak kau kaya ek?belanja aku roti naan!hahaha!)

2 comments:

Johan 23.01.84 said...

Sentul da gadai kat cukong..bkn Kg Baru je,penjara Pudu n area pudu pun tgh snyap2 dirompak..

p.s ko tau tak Bkt Bintang Girls School dah jd shopping complex Pavilion?

Aril Cantona said...

tahun bbgs nak diruntuh tu tak silap aku dengar 2002,aku rasa aku tau dah.tapi aku tak pernah pulak pergi pavillion tu,best sangat ke beb?

aku dengar kl plaza pun dah kena runtuh,si zahir hidung kemek kata.mamat tu cakap dia salu lepak hisap rokok ngan si nami kat belakang lot 10 tempat nami tumpahkan teh tarik kat minah bimbo dari sg kayu ara dulu hahaha!