Tuesday, February 9, 2010

teh tarik gelas besar



aku telah menerima pujian dari kawan aku tentang tulisan "ejaan baru untuk perkataan baru".ni ez yang beritahu aku,tulisan aku tu sangat bagus.tapi sebenarnya aku dapat influence yang cukup besar dari segelas teh tarik gelas besar ni.tapi aku tak faham kenapa tiba-tiba mamat ni tutup blog dia?

kadang-kadang aku faham,mamat ni tak pernah dapat apa yang dia nak buat.dia tak pernah pulak dapat apa yang dia suka.contoh dia nak jersi barcelona ori,tapi sayang dia selalu dapat yang cekai.aku faham.

aku mengaku la,dalam banyak-banyak tulisan,tulisan kau paling aku suka.bukan sebab kau kawan aku dan kau selalu lepak dengan aku satu masa dulu.tapi memang kau boleh menulis.daripada cara kau tulis aku dapat belajar sikit-sikit macam mana nak kelentong mc dengan bos aku,sebab selama ini budaya kelentong mc di kanada jarang dipraktikkan.

apa jugak masalah,beritahu lah kawan-kawan.kau dari dulu suka berahsia.ada masalah cakap je.kalau kawan boleh tolong,boleh tolong sama-sama.jangan simpan-simpan je.

akhir sekali,kau janganlah buat kawan-kawan kau susah hati dengan kau.dorang ambik tau pasal kau sebab dorang nak jadi kawan kau.kau selalu bila ada problem,kau elak-elak,tak nak member tau.kalau member tak tau macam mana member nak tolong?last-last menyusahkan member bila kau tersangkut.

aku kawan kau aku boleh tolong apa yang terdaya je.tapi ada orang yang menolong kau lebih dari daya dia sendiri.kau sanggup ke setiap hari dia makan sayur je sebab kau?kau sanggup ke tengok setiap hari dia buat part time jaga spca dengan kerja printing t-shirt dia kumpul duit sebab kau?kalau aku jadi dia,aku takkan buat macam dia,tapi dah dia nak tolong kau,aku tak boleh nak cakap apa dah.

tapi jangan buat dia sedih beb.kalau dia susah hati,aku risau jadi apa-apa kat dia.

kalau kau baca tulisan ni,kau respond la aku.kau kawan aku.e-mail ke,ym ke apa.cakap je dengan aku.

7 comments:

Johan 23.01.84 said...

byk masalah dia tu leh elak kalau dia bcakp benar..dr dulu aku ckp cm ni kat dia..kawan takkan mrh klu dia ckp dgn honest..

Aril Cantona said...

haha..mungkin bagi dia bercakap benar lagi banyak cipta masalah,mungkin la bagi dia.

sebab bukan semua orang suka dengar benda yang benar,johan.

arwah elly pernah berkata "people want to listen lies because truth hurts".

kau faham-faham aje la dia dan piramid hidup dia.kan?

Johan 23.01.84 said...

nanti dia email ko..

Sarah Samz said...

nami ada problem eh u? what's happening?

Aril Cantona said...

Johan,

aku tunggu.

Sarah Samz,

Tanya la dia,mana saya tau.Yang saya tahu dia tutup blog,adik saya yang sangat sedih.

Obi Wan Kenobi said...

helo..kaki bola ? jom join blog bola terbaru ni di http://fantasiabolasepak.blogspot.com

Aril Cantona said...

ada lagi ke wartawan sukan tak bergaji ni?aku ingat sokernet je.