Thursday, February 4, 2010

ejaan baru untuk perkataan 'baru'.



maafkanlah aku sebab aku mengaku aku pernah dapat 'f' masa bahasa melayu aku,tapi aku mengaku sebenarnya memang aku tak faham bahasa melayu.dalam banyak-banyak bahasa aku belajar,bahasa inggeris,jerman,itali dan esperanto(aku bukan macam ez,boleh kuasai 9 bahasa dalam satu masa,tapi 5 bahasa sudah cukup boleh dibanggakan.macam real madrid menang 9 liga juara,liverpool menang 5 pun dah kecoh macam paling bagus,kan?).tapi aku memang tak faham kenapa bahasa melayu sukatan kebangsaan,sukatan yang dikatakan "bahasa rasmi" ni,tak pernah nak mengikut arus bahasa orang kebanyakan?

walaupun aku dah hampir 5 tahun merantau kat kuala geri ni,dan aku difahamkan,ejaan bahasa inggeris yang digunapakai sekarang adalah dari "english spelling reform" tahun 1634 oleh charles bibik(butler).dan ejaan amerika pula digunakan pada tahun 1870 kerana mahu menentang penjajahan inggeris(mereka buat ejaan sendiri walaupun masih menggunakan bahasa inggeris).di kanada,kami bercampur,kalau nak guna 1634 pun boleh,nak guna 1870 pun boleh.

tapi aku sebenarnya tak faham dengan bahasa melayu,berapa tahun dah reformasi(perkataan ni agak sensitif,tapi aku tak maksudkan dengan politik,aku maksudkan untuk perubahan bahasa) ejaan ini dilakukan.aku masih ingat abah aku bersabda yang "daftar ejaan baru bahasa melayu" ni mula digunakan pada sekitar awal 80an.zaman mahathir mula memegang jawatan perdana menteri.ejaan seperti "chawan" ditukar kepada "cawan".ejaan seperti "chantek" kepada "cantik".abah aku pun kadang-kadang mengalami kesukaran dalam menulis masa dia duduk di malaysia.

jadi apabila dewan bah(ass)a dan pus(sy)taka ni mengubah ejaan 'baru' kepada 'baharu',seperti yang aku perasan pagi ni(aku tak tau la aku ni perasan benda ni lewat atau benda ni dah lama macam ni),satu perkara yang aku terfikir,"dorang ni nak bagi fail budak-budak bahasa melayu macam aku kena ke,chee bai?".ada banyak cara nak eja baru sekarang ni,baru,baharu,bahru,bharu,kau ingat pelajar tak haru biru ke nak ingat ejaan ni semua?

rasa-rasa aku,aku masih ingat apa yang nami cerita kat aku masa mula-mula anwar ibrahim jadi timbalan perdana menteri dulu.bahasa malaysia ditukar bahasa melayu.lepas tu bila ujian lisan wajib gunakan bahasa baku.lepas tu dah kena pecat dah tak wajib dah guna bahasa baku,tukar balik bahasa malaysia.ni apa lancau ni main tukar-tukar setiap kali tukar pemimpin?

bila aku dapat 'f' masa aku mula-mula aku masuk belajar kat malaysia dulu,semua orang gelakkan aku.aku cakap balik,"korang bodoh ke aku yang bodoh?cuba kau cakap bahasa yang kau tulis dalam paper exam tu dalam kehidupan seharian,korang guna tak?".kawan-kawan aku pun dengan bebal bercakap,"tu periksa,ni cakap hari-hari,mana sama?" sambil menggelakkan aku lagi.aku tanya,"apa beza bahasa melayu dengan bahasa malaysia?".bebal-bebal tadi pun senyap."korang tau,korang ni sebenarnya diajar untuk ikut cakap orang.kau guna bahasa yang kau sendiri tak ucapkan,buat apa?".

masa aku di itali,bahasa seharian kami adalah bahasa peperiksaan kami.aku takde masalah menulis karangan dalam bahasa itali.kecuali di sicily atau di sardinia yang dorang duduk kat pulau mana kat mediterranean,kitorang guna bahasa yang standard.di sicily atau sardinia tu mungkin macam loghat kelantan atau loghat kedah,tapi dalam peperiksaan bahasa dorang tau beza antara loghat dan bahasa.di malaysia,bila bercakap dalam nada biasa,kita kata "ni bahasa melayu standard",tapi kita bercakap "bahasa standard" dalam periksa,kita fail.apa lancau?

bila aku membuat satu dasar bahasa sendiri "kearilan" atau kata nami "arilisasi",sebenarnya aku menghanjing bahasa yang bodoh lagi membodohkan ni.bahasa seperti breakfast aku tukar jadi "pecahcepat".tengah hari "middle day",sebab dbp pada zaman-zaman "cinta it" oleh siti nurhaliza dulu,banyak terma-terma baru macam "download","upload" dan sebagainya.jadi bila dbp buat perkataan "muat turun",apa yang muat dan apa yang turun?ni namanya "main pakai muat" je.jadi oleh kerana dbp main pakai muat,aku pun main pakai muat jugak lah menghanjing bahasa.aku tak menghanjing bahasa inggeris bila aku kata "bawah pecah" tu breakdown.

aku rasa pegawai dbp kena selalu turun ke kedai runcit,atau turun ke kedai makan,atau lepak dengan mat rempit sebelum buat satu dasar bahasa yang baru.sebab dasar yang digunakan untuk pak menteri,untuk pegawai-pegawai atase dan untuk dua-tiga pegawai rendah kerajaan yang kerek lagi bodoh je untuk digunakan.kalau kau nak pergi order nasi goreng takkan nak cakap kat mapley "tolong berikan saya,sepinggan nasi goreng dan segelas teh ais"?lancau la!pegawai dbp pun tak buat macam tu.

jadi aku tengok orang malaysia senyap je bila bahasa mereka diubah-ubah ikut suka,sama ada orang malaysia ni selesa jadi pak turut,atau terlalu bodoh nak berfikir.

p/s:dalam buku sembilanbelaslapanpuluhempat(nineteen eighty four),george orwell ada mengatakan,"bahasa adalah satu cara bagaimana abang besar(big brother) mengawal pemikiran masyarakat".sebab dengan bahasalah kau mencetus idea,dengan bahasalah kau berfikir.tanpa bahasa kau tak mungkin dapat berfikir.

tahukah korang bahawa dalam bahasa burma tidak ada perkataan untuk perkataan "menentang"?atau "revolusi"?

7 comments:

Anonymous said...

mcm respon gua kt komen lu kat blog gua,lu pun sbnarnya sdg buat satu 'aversion therapy' dng 'kearilan' lu tu..

Ez Puella Sapiens said...

Budi Bahasa Budaya Kita hik hik!
(that's why all of them were dumb to against the stupidity that they've done)

Aril Cantona said...

johan,

sebabnya sebagai petutur bahasa malaysia,atau bahasa melayu,atau berapa banyak lagi nama nak digunakan,aku cukup benci bahasa aku ditutuh sampai begini sekali.

ez,

sebab terlalu berbudi bahasalah jadi bangang.sebab takde daya nak melawan.

Cob Nobbler said...

Perkataan 'baru' ditukar kepada 'baharu' tahun lepas.

Entah,aku fikir balik,aku tak pernah pun cakap kat Johan ke sesiapa,"woit,Off The Edge baharu dah keluar".

Kah kah kan je kepada Dewan Bahana dan Petaka.Dia buat Bahasa Melayu jadi bahasa alien.

bangunberdiri said...

inilah akibatnya kalau bahasa itu di gunakan untuk tujuan pembodohan....

Unknown said...

betol la ko nye pemikiran....

sampah je sume tu...nk adakan standard2 la....

padahal,lebih kurang je..nk jaga standard punye pasal,kena la berbaku2....

Aril Cantona said...

nami,

hahaha,baharu saja saya minum segelas koko panas sebentar tadi.baharu saya sedar koko panas tak sama dengan milo tarik.

baharu saya sedar yang perkataan baharu ni poyo bunyinya.hahaha!

bangunberdiri,

aku tak tau siapa yang bodoh,yang mencipta bahasa atau yang diam je melihat kebodohan ni berleluasa.

syfect,

aku tak kata aku betul sebab aku pun dapat 'f' masa bahasa melayu dulu,tapi aku confuse,bahasa melayu ke bahasa malaysia?kat amerika ia tetap dipanggil english,di australia bahkan di india mahupun kuala jenahak,tetap dipanggil english.tak pernah aku dengar american language atau australian language.

aku setuju bahasa yang sedang ditutur dipanggil bahasa melayu,kerana secara keseluruhannya,penggunaan perkataan "malaysia" seolah-olah seluruh malaysia menggunakan bahasa tu.sorry sikit,melayu dengan melayu pun cakap english.