Thursday, February 11, 2010

utara sebenar kami yang kuat dan percuma.



"our true north strong and free" itulah motto negara kami.

esok,seluruh dunia akan tertumpu ke negara kami,kerana negara kami akan menganjurkan sukan olimpik.adik aku akan bergegas ke british columbia stadium esok,untuk menyaksikan upacara gilang gemilang.semasa sukan komanwel 1998 dahulu dia menjadi salah seorang sukarelawan tapi hari ini dia hanya jadi sawan sahaja.

aku mahu kanada menang pingat emas hoki ais,yang lain tu aku tak ambik peduli.selain bola sepak,hoki ais adalah kegemaran aku.selama ini kuala geri berapi(calgary flames) jadi sanjungan aku seperti manchester bersatu.

kawan ez masuk slalom wanita.aku sebenarnya nak tengok ice-skating sebab masa dorang buat spinning boleh tengok skirt dorang terangkat-angkat.macam best jer hahaa!aku dulu fan sasha cohen dengan sarah hughes.hahaha!michelle kwan pun aku layan.

harapan kanada kepada hoki ais disandarkan.russia,amerika bersatu,finland,sweden,lantaklah!kami yakin kami juara.oh yeah!

kepada johan mamat cool dari scotland,orang scotland ni harapkan curling game penyapu je hahaha!

selamat olimpik,semua!

p/s:diharapkan penduduk vancouver tidak menghadapi gangguan bekalan air seperti kuala lumpur tahun 1998 dahulu.

No comments: