Wednesday, February 3, 2010

perempuan kalis peluru.


cuba kita lihat - siapakah kaum yang paling banyak dibuli - kaum wanita.wanita kena pakai tudung.wanita kena buat itu.wanita kena hormat suami.
-kata nami dalam tulisan dia.

wanita adalah hati dan nurani kepada satu bangsa manusia,kerana mereka yang melahirkan kita semua.Jika wanita maju - seluruh bangsa manusia akan maju.
-kata nami lagi.

aku rasa kalaulah aku jadi perdana menteri aku nak lantiklah nami sebagai menteri kebajikan wanita walaupun memang nanti orang kata aku ni memperkecilkan wanita sebab tak lantik wanita untuk jawatan kebajikan wanita.tapi bini aku baca ni,di hospital,dia kata "two thumbs up" sebab dia kata "nami pungkas segala isi hati wanita".

dalam banyak-banyak wanita,selain ez,elly dan mak aku yang aku anggap paling kuat,aku meletakkan daw aung san suu kyi di tangga teratas.aku merasakan minah ni sangat kuat azamnya untuk membebaskan burma dari cengkaman junta.junta burma ni lagi kong kali kong dan pakar temberang dari mana-mana kerajaan yang pernah aku tau.(jadi malaysia harus berbangga kerana tidak jadi paling terburuk di asia tenggara,kan malaysia suka bandingkan dengan negara zimbabwe la,angola la,mozambique la,kira ok la dengan burma kita lagi best).

aku saksikan isteri aku melahirkan anak aku.bagi aku itu adalah satu peristiwa yang sangat menakjubkan.aku lihat selama sembilan bulan walaupun tak cukup genap sembilan bulan sebab beranak awal dua minggu dari dijangkakan,tapi aku dapat saksikan kekuatan sebenar wanita.aku berani bersumpah yang aku sendiri berderau tengok darah yang begitu banyak tapi bini aku tetap kuat menahan.

bila nami menulis pasal wanita,pasal kena main dengan harimau kayu dan john tari,buatkan aku ingin menulis pasal wanita.bagi akulah,kita lelaki ni selalu "ambil tak endah",taking for granted dengan apa yang kita ada.kadang-kadang bila nami menulis pasal bimbo,ikan,femme fatale,aku pun rasa mesti ada minah yang terasa punya dengan ayat nami.aku mula-mula pun rasa macam nak cakap,"woit nami lek la,kang orang terasa kang,susah kau kang".tapi dia tulis benda tu memang betul,dengan harapan semua perempuan boleh jadi kuat macam aung san suu kyi,atau macam ez dan elly.

dulu masa adik aku punya blog yang ditinggalkan dulu,dia kena serang dengan pak serban dengan pak holier-than-thou.tapi dia defend sorang-sorang.dia defend dan dia serang balik.memang kalaulah si holden caulfield si penangkap rumput(catcher of the rye) tu kata "orang bodoh akan marah jika dipanggil bodoh",(oh,iklan sebentar,aku boleh katakan buku tu cool gila,gua pinjam dengan ez buku tu habiskan baca ari tu hahaha!),tapi kalau dibiarkan "orang bodoh" ni terus bersabda,maka makin ramailah orang akan terus diperbodohkan.itu hujah ez.sebab tu dia terus bertahan dan terus menyerang walaupun sebenarnya dia tak suka buat demikian.

jadi,kalau dipinjam kata holden caulfield tu memanglah kalau aku,biarkan je la dah dia nak bodoh bertimpa-timpa,buat apa aku nak kisah.tapi kebimbangan orang lain diperbodohkan itulah yang menjadi concern bagi adik aku.sebab tu kadang-kadang adik aku cakap "dia dah letih nak cakap dengan pak haji kopiah cakap kuat-kuat dalam ceramah" sebab nak bagitau,bukak sikit serban tu bagi oksigen masuk.dia kata,letih.

bagi aku ez adalah perempuan kalis peluru.macam aku pernah tulis dulu,kenapa adik aku jadi macam ni.semuanya kerana "background history" yang dia mahu protect elly dari dibuli budak-budak sekolah masa kat milan dulu.sebab tu dia tak suka dikalahkan.walau macam manapun,kalah itu bukan pilihan(lost is not an option).mungkin dia tak pernah kena masuk lokap atau penjara macam aung san suu kyi tapi aku nampak adik aku macam tu.cuba cakap kat aku,budak perempuan mana yang pernah maki cikgu disiplin yang badan gemuk gedempol macam king kong?budak perempuan mana yang pernah sound cikgu sejarah sebab salah fakta sampai menangis cikgu dibuatnya?itu bukan kurang ajar bagi aku,dia nak betulkan keadaan tapi orang besar ni "suka buli" dengan tunjuk lagak kuasa sebagai cikgu disiplin,cikgu dalam kelas-takde sape boleh lawan,eh,tu silap besar la nak tunjuk taiko,kan?

bagi aku bukanlah aku nak semua perempuan kat malaysia jadi gedebe dan belajar capoera dengan muay thai.macam tu lelaki kat malaysia tak boleh cari makan la.susah la ini macam.macam tu nyzm pun akan terus membujang sampai ke tua.tapi tak mengapa sebab ini jugak satu cabaran untuk lelaki jugak.lelaki kena anggap yang dorang pun kena perkuatkan diri,tapi jangan membuli dan melemahkan kaum wanita.

bila difikir balik,sebenarnya anwar ibrahim lagi lembik banding dengan wan azizah.aku pohon maaf kepada nurul izzah anwar sebab cakap macam tu pasal abah dia,tapi ini hakikat.berapa ramai yang belot masa wan azizah jadi ketua?dan berapa ramai orang pkr bukak mulut bising mulut tak basuh bila anwar jadi "de-facto"?paling mulut bising si zulkifli noordin yang sibuk nak jadi hero bangsa,negara dan agama.lepas tu ada pulak cerita padang golf kat pulau pinang,ada pulak cerita lompat sana,lompat sini,semua tu tak pernah ada bunyi pun bila wan azizah jadi ketua,betul tak aku cakap wahai penyokong pkr,kalau salah betulkan aku.tak silap aku masa tahun 2004 pkr dalam parlimen cuma wan azizah sorang je,pun dia boleh bertahan.apa kes 2008 ada sampai 32 orang kalau tak silap tapi dah kecoh sana kecoh sini?dah dapat satu negeri tapi urus entah apa-apa?

reformasi akan mati tanpa wan azizah dengan nurul izzah.kebangkitan rakyat burma akan mati kalau takde aung san suu kyi.suharto akan terus memerintah indonesia sampai mati kalau takde megawati dan dita indah sari.kalau takde arroyo,si pelakon muka tembam estrada akan terus merasuah-rasuah.kadang-kadang aku ada baca tulisan-tulisan ez,kenapa dia sokong hillary clinton walaupun sebenarnya dasar pemikiran ez tak pernah sama dengan hillary.kenapa dia tak pernah kecualikan margaret thatcher sebagai pemimpin wanita paling berkuasa tahun 80an walaupun dia mengaku dia anti-kapitalis?kenapa dia hormati angela merkel walaupun dia menentang dasar satu eropah yang kapitalis?sebab mereka wanita.tapi walaupun demikian,ez buat dasar macam tu bukanlah kerana seksis(itu apa yang aku fikir mula-mula),tapi akhirnya aku dapat buat satu kesimpulan,"wanita di seluruh dunia semuanya kena buli dengan lelaki",jadi kadang-kadang kita kena bersetuju satu perkara walaupun banyak perkara kita tak setuju.itu apa yang ez cakap.

aku mengaku terus terang,kalaulah aku ni bukan abang ez,aku akan jatuh cinta jugak dengan minah ni.sebab dia berpegang satu perkara dan dia takkan lepaskan.tu yang aku kagum.dan satu perkara yang buat aku dan abah tersenyum walaupun dia dengan perangai weng wengnya tu,dia berani.itu yang membezakan ez dengan semua orang yang aku kenal.

Cerita wanita dengan cerai gantung dan kehidupan sempit menyara anak tanpa suami sudah semakin kitsch.Mahkamah berat sebelah,undang-undang berat sebelah.Sebab semua undang-undang ini digubal oleh rata-ratanya pengubal undang-undang ini adalah lelaki.Jadi saya menulis tulisan dua tiga hari sebegini - supaya wanita seluruhnya menjadi femme fatale dan berani serta tidak membenarkan kaum lelaki memijak kepala mereka.Mereka bercakap tentang mereka melindungi - tapi sebenarnya mereka membuli.

-nami bersabda lagi.

sebab tu orang macam ez atau lynn walsh tak percaya pada perkahwinan.dan aku kena buktikan kepada citra,aku harus buktikan sesuatu.bukan untuk sesiapa,tapi untuk shahruni.

kepada ez,teruskanlah bersuara walaupun aku pun ada banyak perkara yang tak bersetuju dengan kau.

3 comments:

Anonymous said...

gua tny lu la..bile lu nak 'ehem' dgn bini lu,ade ke lu gune ayat mcm "can i fuck you today?"..kahkahkah..

http://www.malaysiakini.com/news/123552

Anonymous said...

dulu masa adik aku punya blog yang ditinggalkan dulu,dia kena serang dengan pak serban dengan pak holier-than-thou.tapi dia defend sorang-sorang.dia defend dan dia serang balik.memang kalaulah si holden caulfield si penangkap rumput(catcher of the rye) tu kata "orang bodoh akan marah jika dipanggil bodoh",(oh,iklan sebentar,aku boleh katakan buku tu cool gila,gua pinjam dengan ez buku tu habiskan baca ari tu hahaha!),tapi kalau dibiarkan "orang bodoh" ni terus bersabda,maka makin ramailah orang akan terus diperbodohkan.itu hujah ez.sebab tu dia terus bertahan dan terus menyerang walaupun sebenarnya dia tak suka buat demikian.

"orang bodoh akan marah jika dipanggil bodoh"..sbb tu aku rs tak pyh mrh2 sgt dorg tu..kita mrh,dorg mrh balik..lagi kita serang,lg dorg mrh..xde ape2 perubahan,dorg tetap mcm tu jugak atau rasa alienated sbb kena hentam..sbb tu gua da tak maki balik mat kopiah yg serang gua itu ari..kita pkai cara yg akn mengajak org2 bonsai ni mule brfikir..

Ez Puella Sapiens said...

aung san suu kyi is my "kwan yin" to me.it's my tun fatimah,it's my joan of arc for me.

so does elly and mom.