Thursday, March 25, 2010

tulisan sang otai - nama nami pengejar bintang.

gua kopipes je.

"akn tetapi ada juga yg menganggap dirinya sahaja yg genius. boleh dikata Tuhan pun ingin dilawannya."

"Bukan melawan Tuhan tapi orang yang sebok guna nama Tuhan.

Woit,tebang pokok,drive kereta,pupuskan haiwan terancam tu,rosakkan alam,ada ingat Tuhan ke?"


Seperti terpampang di dinding bilik persalinan di Anfield "This is Anfield"(by the way gua bukan fan Liverpool,gua cuma cakap tentang signboard tu je),aku ingin katakan di sini,ini bumi Tuhan.

Semalam rakan baik saya Aril berperang di Facebook yang disifatkan beliau "antara kejujuran menentang kepurabaikan".Kepurabaikan ini adalah portmanteau dari perkataan pura-pura dan baik.Saya tergelak,tersengih.Tapi dia dengan cara dia sendiri,aku dengan cara aku sendiri.

Aku perhatikan ramai dikalangan manusia hari ini suka MEMPERTAHANKAN DIRI DENGAN GUNA NAMA TUHAN.Perbuatan ni sama dengan budak-budak sekolah yang ponteng sekolah atau datang lewat pergi sekolah kalau sekolah petang pada hari Jumaat,pergi main video game atau shopping complex,lepas tu nak cakap dengan cikgu "kami pergi sembahyang Jumaat".Tetapi budak-budak yang ponteng sekolah atau lewat masuk kelas itu tindakannya tidaklah merugikan Bursa Saham Kuala Lumpur mahupun mengganggu pelan bajet Barack Obama,langsung tidak.Tetapi sindrom itu berlanjutan sehingga ke manusia yang memiliki kuasa.

Apabila ketua kampung Kedah,Zizan Dol Ajak hendak mencukur hutan di Ulu Sungai Muda sebab "kerajaan pusat tarak bagi peruntukan",saya mengutuk pak lebai ni.Ini kerana manusia inilah yang sering berceramah di khalayak ramai tentang Tuhan.

Hari ini,saya melihat manusia sudah ramai yang bersikap begitu.Selepas sembahyang Jumaat di depan masjid penuh sampah sarap bekas bungkus makanan dan plastik air bersepah di depan masjid.Saya rasa plastik-plastik di Malaysia bukan jenis "biodegradable" macam di UK.Dan bersepahnya benda ini menyebabkan longkang di masjid kadang-kala tersumbat.

Begitu juga apabila khatib membaca khutbah tentang "membazir itu saudara syaitan" - tetapi apabila tidak ada jemaah lampu masjid dibiarkan terbuka dan kipas menyala tanpa orang.Mengipas siapa saya pun tak tahu.Dan ini menyebabkan lebih banyak petroleum,lebih banyak tenaga perlu digunakan terhadap satu perkara yang tidak ada manfaat langsung.

Dan melihat dari jauh Masjid Ar-Rahman di sini,setiap hari Jumaat maka penuhlah kereta di Jalan Pantai Baharu ni.Kalaulah yang nak bersolat di Masjid Ar-Rahman itu manusia yang tinggal di Pulau Pinang,di Kuala Sanglang ataupun paling dekat pun Cheras,itu tidak menjadi masalah.Tetapi kebanyakan kereta ini saya tengok ada sticker Universiti Malaya.Apa salahnya berjalan kaki - lagipun saya pernah dengar ustaz di sekolah saya dulu cakap,kalau pergi solat Jumaat setapak kaki melangkah,10 pahala dikurniakan.Tak tau lah,rumah dia dekat dengan masjid pun dia naik motor jugak.Allergik panas kot.

Saya enggan berceritalah - anda semua tahu betapa bejatnya pencemaran alam sekitar ini.Saya tidak mahu anak cucu kita nanti nak menghirup oksigen macam menghirup gas Sarin yang bertoksik dan beracun.Saya tidak mahu nanti oleh kerana oksigen sudah kurang maka oksigen juga akan dijual seperti menjual petroleum.Nanti bila kerajaan mula meletakkan harga,seperti Zach de la Rocha penyanyi RATM kata "mass transit to the pump when price is set".

Seperti yang selalu dibebelkan oleh Aril,kenapa sungai di negara-negara sekular jauh lebih bersih dari sungai di negara-negara Islam.Kenapa sungai di Sweden bersih jernih tapi sungai Klang bangkai manusia pun ada?

Saya menyeru sempena Earth Hour Sabtu ini,jam 8:30 malam - semua orang menutup lampu tetapi bukan sebab mengikut trend,tapi sebab kesedaran akal.Kalau sayang Tuhan bagai dikata,sayangilah kurniaan Tuhan yang ada satu sahaja di Bima Sakti ni.Nak cari planet yang macam planet Bumi di sebelah galaksi lain,jauh sangat.Tak tercapai akal untuk pergi ke sana.(TTGB)

-kesimpulan disini sebelum gua nak tamatkan perang saudara dengan awek shah alam yang cun tu,sebenarnya orang suka baca teks dari apa yang dasarnya.kalau orang kata terjun lombong demi islam masuk syurga,semua orang buat benda tu.benda yang kami kritik,adalah kepurabaikan(ni perkataan apa ni john) manusia-manusiawi ni semua.semua orang bukan main kencang cakap pasal agama.bla bla bla.semua orang bila bercakap tak ingat yang dia tu manusia bukan malaikat.

gua rasa satu je lu orang kena fikir,minah berkaki besi ada berkata,"manusia boleh hidup tanpa agama tapi agama tak boleh hidup tanpa manusia".jadi,sebagai manusia tolonglah sedar yang anda itu manusia.nak bangkit kalau takde agama kes rogol berleluasa-cheh,kat iran yang kata strict agama tu ada je kes rogol.kat saudi arabia pun ada je kes rogol.kat norway,sweden hatta canada yang sekular ni kes rogol bukan kata kurang,takde langsung pun ada.tanya minah berkaki besi,balik pukul 2 pagi kat sini pun tak cuak jalan.kat negeri arab,tengah hari pun takut.

sebab lu orang tak pernah keluar dari kepompong lu.lu rasa tak selesa bila ada orang luar bercakap sesuatu diluar kepompong lu.lalu lu kutuk sebab ia berbeza dengan lu.macam gua,berapa buah negara dah gua dah pergi.gua tengok masyarakat,gua tengok pandangan orang yang lain dari gua.gua belajar apa yang orang lain ada.itu baru nama belajar.kalau takat duduk kat bilik darjah terperap cakap si malaon bercakap dalam kuliah tu bukan belajar,tu kena brainwash namanya.

akhir sekali,bak kata bangunberdiri,kalau manusia tu jangan jadi tuhan,atau lebih tuhan dari tuhan.sekian.

5 comments:

nyzm said...

woi ini aku dah baca! hahaha

Cob Nobbler said...

Beb gua bukan otai - padam balik perkataan otai tu bai!Gua bukan Isham!

Tentang benda ni eh - huhhhhh!(tarik nafas panjang-panjang lepas tu lepas).

Gua dah penat cakap dengan anak muda "yang dah tua sebelum usia" ni.Naik bosan,naik muai kata orang Johor.Kalau budak kecik makan nasi lepas tu ludah-ludah,main2 ikan..macam tu la gua dengan budak tak berfikir ni.

Aku senang je,sebok nak bercakap pasal Tuhan - aku tanya dia satu soalan,

"Kau kata kau sayang Tuhan dan hargai ciptaan-Nya.Tapi 200 juta manusia tadak makanan kau buat tak pot.200 juta manusia tu pun ciptaan Tuhan."

Orang macam ni,orang macam Zul Noordin,lepas tu si Muhsin AP Bagan Serai tu,orang yang bosan untuk kita dengar.Orang yang takde hidup yang menarik untuk kita ambik tahu.

Kalau dah hidup dorang skema,bosan,rupa Pengawas Wakaf Che Yeh,pegi mati je la dorang tu.Bak kata Isham Rais,"dorang[budak skema] ni,flush je dalam jamban".

Tak payah serang blog orang.Kita tulis je - bukan sebab syok sendiri,tapi kalau orang layan,orang akan baca dan layan.

Aril Cantona said...

nyzm:nami punya memang la kau dah baca..hahaha!

nami:kau memang otai ape!

Anonymous said...

mcm ni lah,ko da tau org2 tu bodoh,bangang,bonsai..jd buat ape ko nk gi lawan dorg lg?..si luncai terjun dgn labu2nya,biarkan,biarkan..

mcm2 surah dah aku dgr psl ko akhir2 ni..ko rilek la..woit ko add aku kt ym,aku nk chat dgn ko..cheers

Aril Cantona said...

Johan,takkan nak biarkan dorang hidup dalam kebodohan tu?Kalau kebodohan tu dalam majoriti,yang bijak pandai yang minoriti akan tertindas.

Gua memang ada banyak problem la.gua depressed,mengaku terus-terang.

Nanti ada masa gua approve la.gua jarang on YM ni.