Wednesday, March 24, 2010

nak melawan tapi otak bonsai.


"kami menentang akademi fantasia kerana ianya penuh dengan kemak'siatan"(huruf hamzah tu kasi tekan sikit,lagi bunyi a'rab lagi islamiyah sikit)

"yang salah adalah manusia,bukan agama" - kata awek cun dari shah alam.

sepanjang malam aku kena insomia sampai ke office aku terbarai gelak dengar kata-kata gonjeng dari mat-mat falasafiyah al-arabun ni.hehe.bercerita nak membaiki orang tapi tak pernah jujur dengan diri sendiri.

beb,aku dah keluar dari malaysia ni hampir 5 tahun dah.tapi aku tetap benci akademi fantasia ke,idola amerika ke,jadi kamu fikir kamu boleh menari ke,faktor x ke,amerika ada bakat ke..semua aku benci.sebab benda ini membonsaikan fikrah manusia.

tapi,seperti anak anjing yang bernama tommy yang berada depan rumah aku,dia menyalak-nyalak cukup bising,tapi rumahnya tetap kena masuk perompak sebab dia tak cukup kuat nak lawan perompak.lainlah kalau dia tu rottweiler yang badan dia sama macam lembu,jangankan perompak,tukang bawak posto pun lari.

tahukah anda,yang kita tentang ni bukanlah aznil af atau simon cowell idola amerika ni.yang kita tentang bukanlah perempuan gaga atau britney tombak(spears).yang kita tentang adalah satu ajenda besar kaum pemodal yang dinamakan kapitalisme.ajenda besar ni lebih besar dari pemahatbatupercuma(freemason) dan illuminati.lebih besar dari pekida mahupun lebih besar dari geng macha datuk harun.kapitalisme ini akan menggunakan segala-galanya,dari atas ke bawah,dari kiri ke kanan kita untuk memaksimakan keuntungan.dari agama sampai pornografi,dari muzik ke ilmu pengetahuan semua dia akan guna.

tapi seperti tommy si anak anjing,mereka lebih suka menyalak-nyalak ke arah satu benda yang temeh.bagi aku kalau kau berseronok nonok dengan pelacur pun takkan mengganggu gugat ekonomi dunia.kalau kau jadi gay pun harga beras takkan tergugat.itu hak masing-masinglah.ini sikit-sikit nak jadi holier-than-thou.lebih baik dari kau.lebih 'alim u'lamak wal imanun mubin dari kau.eh,come on lah,jadilah jujur,kes tabung haji kena songlap dah settle ke belum?kes pak haji songlap duit orang buat umrah dah settle ke?kes pak imam kena tangkap khalwat-yang ni malas la gua nak cerita.letih gua.

kesimpulannya,orang yang membebel pasal agama ni kebanyakannya gua tengok adalah mat skema.mat pakai necktie atau minah "pakai baju t-shirt ada nama satu kelas banyak-banyak".mereka ni semua tak pernah masuk lock-up atau kena libas dengan polis sebab melawan.mereka ni kononnya nak memprotes tapi tak tau apa yang nak diprotes.konon nak mentarbiahkan orang tapi apa yang ditarbiahkan jadi tarbus.

gua secara jujurnya gua bukan orang alim.gua pun bukanlah ada iman yang kuat walaupun nama tengah aku adalah iman.sebab tu gua tak jadi hipokrit.hey,kalau lu nak benci af ke apa sebab agama,kenapa kau tak benci palestin sebab kerajaannya yang korup dan makan duit rakyat?dah la kena tindas dengan israel,kena tindas lagi dengan geng-geng fatah.kenapa kau tak benci wakil rakyat yang songlap duit rakyat?

kenapa jual kopi janda yang katanya penuh dengan tongkat ali tapi padahal serbuk apekebende.tanam tongkat ali secara komersil kononnya.gua fikir logik la-semua benda bercerita pasal keuntungan.kalau nak samakan akademi al-quran dengan akademi fantasia pun boleh.sebab hasilnya kerana keuntungan.bak kata nami,"tilawah al-quran pun orang mengaji sebab nak menang tempat pertama,dapat hadiah wang tunai beribu-ribu ringgit".

entahlah,orang kat sini tak pernah judge orang pasal agama pun.kau pakai serban atau kau pakai purdah bertutup litup pun tapi kalau kau buat pasal,kau tetap kena.kalau kau kaki mabuk atau kaki porno pun,kalau kau okay,kau tetap okay.

nak melawan,tapi fikrah bonsai.tu kata otai kita hishamuddin rais.

gua ingin tutup tulisan gua sebelum gua masuk kerja dengan quote dari novel member aku,nami.satu ayat yang paling bernas.

"look at those boring guys over there.people that you yawns when they talk.people that only talk boring things.they never go to lock-up.because they're boring people and they're do the boring things."

14 comments:

bangunberdiri said...

-manusia tak perlu nk jadi tuhan, atau lebih tuhan dari tuhan.susah kalau ramai sangat yang xpaham bende ni........

gua tertarik dengan ayat kat kt komen lu, manusia boleh hidup tanpa agama.Agama yang tak boleh hidup tanpa manusia.

Aril Cantona said...

bangunberdiri:jangan kreditkan kat aku.

kreditkan kat ez minah berkaki besi.dia yang first coinedkan benda ni masa berdebat dengan abah aku pasal agama.

l0veyd0veyd00 said...

Manusia bley hidup tanpa agama...yes, but look at us now... kita ni hidup aman damai ke? rogol, ragut, bunuh, rasuah, perang, apa je yang buruk2 blom jadi lagi kat dunia ni? Ni suma jadi sebab hidup tanpa agama... :)

Holden Caulfield said...

lu pun dah jadi agno ke?
ish ish..bukan nko ke yang bergambar dengan sejadah masa kat airport stuttgart dulu?

ish ish,abis la lu kena serang.kalau lu dah ada persiapan mental yang kuat macam gua selalu kena,bersedialah.

haha!

azfar said...

hahahaha mamat pakai ikan keli kat lehar..bukan necktie tu..ko check btol2..

minah pakai long sleeve baju ada nama classmate punuh kat belakang..kenangan 5 anggur forever in memory remain..(huiyoo metallica tu!) tudung labuh...

itu haram ini haram tak halal syubhah la..pening...pasal nk minum kopi je dh jd masalah..

awex cun yg komen kau kat posting isham dh tembak ko balik kat entry blog dia..tak cun la awex tu..geng2 hidop ketuanan melayu je tu..

kah kah kah

atreyu strange said...

wohhh. menganjing abis. kalah si tommy!

Aril Cantona said...

awek cun shah alam:eh,tak baca sejarah ke?

cuba cari satu perang,yang takde libatkan agama?

perang salib-ada.
perang melaka-portugis-ada.
perang dunia pertama-ada.
perang dunia kedua-ada.
perang siffin-ada.

segala jenis bapak perang pun ada.

tolong sikit,orang rogol,orang rasuah,orang perang - semua sebab agama.

zaman dulu,manusia takde negara,takde raja,takde hirarki masyarakat,takde perang.okeh?

pegi la baca buku sejarah tu sikit.jangan la asik abis duit beli make-up je.awak dah cukup cun dah tu. :)

nami:hahaha..lu otai gua,gua mana boleh lawan lu..hahaha!lu 30 orang attack lu.

azfar:bagi la chan cakap dia lawa.kang cakap dia rupa cam maria ozawa tak patut pulak.sian dia.

atreyu:standed!

l0veyd0veyd00 said...

itu dah diorang pakai alasan agama, nak wat camne? standard la tu... zmn gereja dulu pun, kuarkan surat penghapusan dosa atas alasan AGAMA...padahal nak kutip duit.

Aku sendiri tak sokong pengebom2 berani mati yang kononnya mati syahid sedangkan bagi aku kalau dah dlm agama cakap mati bunuh diri tu str8 ke hell, ko bom diri sendiri tu pun sejenis bunuh diri and memang mampus masuk neraka...

Aku sendiri tak cakap perang kat palestin tu pasal agama..aku sendiri tau diorang sebenarnya gaduh berebut tanah dan bukanlah syahid namanya...and Tuhan bukan bodoh pun nak bezakan sape yang ikhlas berjuang atas Islam dengan atas Negara or kepentingan diri sendiri..

Aku tegur sebab ko mempertikaikan isi al-quran..ITU SAJA.

Aril Cantona said...

kalau gua cakap lu pertikaikan injil,zabur,taurat dan semua..apamacam awek cun?

jap,lu tau tak apa jadi pada final product bila kita semua ni,macam lu.

"kita agama islam,kafir mengancam kita bla bla bla"

kita wujud satu kelompok.satu kelompok akhirnya wujud satu negara.satu negara akhirnya wujud perang sebab kelompok lain pun nakkan sumber ekonomi - tu la,asik dengar lecturer malaon kat bilik darjah tak pernah nak fikir,jadi camtu lah.

sekarang,kalau katakan al-quran kata "dilarang minum khamar" atau arak.katakan fatwa akan datang mengharamkan minum kopi sebab dia ada kafein,apakah sama khamar dengan kopi?

kau pun tak tau,betul tak awek cun?

lagi satu,arwah john lennon ada berkata,

"how many times i'm going to say this.for two thousand years mankind never learn from it.

the people who knows,don't speak.the people who speaks,don't know"

jadi macam ni la awek cun,kalau boleh lepas ni tinggalkan phone number,mana tau kalau saya balik malaysia saya boleh dating dengan awak.kah kah kah!

(ditto,gua ambik pesan otai,orang skema wajib diflush ke dalam jamban)

l0veyd0veyd00 said...

"the people who knows,don't speak.the people who speaks,don't know"

ditujukan utk awak ke? because u are the one who do the talking most of the time... LOLOLOL

Anyway, ayat "manusia boleh hidup tanpa agama, agama yang xboleh hidup tanpa manusia" tu diambil dari kata2 George Carlin.. he's an atheist :) dan melihat seseorang yang beragama, BANGGA dengan kata2 tu, adalah sesuatu yang sangat menyedihkan... statement seorang atheis diagung2kan.. sigh...

Aril Cantona said...

siapa yang bercakap pasal agama?orang bercakap pasal kepurak-purakan dalam agama.

kalau cik comel loteh dari shah alam tahu sangat dengan agama,kenapa tak cerita dari pangkal a-z,sebab akhirnya sampai satu tahap cik comel loteh akan cakap "allahualam,saya pun tak tahu".

adik saya seorang agnostik.dia sendiri mengaku dan dia sendiri commited dengan fahaman dia.dan sekurang-kurangnya,dia takdelah ikut pendapat "i'm muslim because my parent tells me so",kan?

nak malu menda?pergi la tengok negara sekular...rasuah zero,pencemaran ilek,hak asasi manusia tip top.negara islam..

i rest my case.

Anonymous said...

islam complete ajar semua tu..semua crime , kesalahan ataupun keburukan, manusia punya free will yg pilih untuk berbuat demikian..bukan salah agama.. yg membuat crime atas nama agama pun, from their own free will jugak..


dah mendalami semua pasal islam kah baru buat conclusion untuk menjadi agnostic? dah habis kaji pasal islam dari a-z kah then decide nak jadi agnostic?kaji islam mcm mana tu? kaji hanya ikut kepala otak dan nafsu jahat kita je ke?

nafsu yg hanya nak buat benda yg kita nak..tapi benda yg kita tak nak , kita cuba cari anything untuk blame benda tu..

agnostic atau atheist pun tak terlepas dari buat kesalahan dan kesilapan. tp mcm mana eh si agnostic ni dpt idea dan belajar untuk menjadi org yg kononnya 'baik' tanpa agama? boleh tolong provekan tak manusia pertama kat bumi ni seorang agnostic?

sejarah mana yg ckp dulu tak ade perang kerana agama? dan dia org perang atas nama agama tu pun, memang pasal agama suruh seronok seronok perang ke?

islam ajar ke kita berperang tak semena mena? bahkan dlm peperangan pun islam menggariskan hukum . tak boleh sakiti perempuan, org tua, kanak kanak, dan org awam yg tak terlibat dlm peperangan, yg bersembunyi dlm rumah worship dia org..tapi fight n face ngan org yg nak fight je.. like between tentera n tentera..like between a real man and real man.. dan tak boleh saja saja pegi musnahkan pokok, ataupun harta awam etc semasa berperang.. ini sebenarnya hukum yang diajar Islam.. tapi kerana ada golongan penganutnya yg buruk dan jahat, blame everything on religion.. blame kononnya negara yg beragama teruk dr negara yg x beragama..



satu je nak tanya,, yg sibuk nak blame everything on religion specifically Islam, org org ni semua dah terlebih dahulu belajar islam ke?

fine, dont be a muslim just because your parent is a muslim.. good.. excellent..

tapi dah cari ke apa itu islam?sampai level mana? ade tak geng2 agnostic melayu kat sini dah faham quran sampai ke tahap ibn arabi misalannya..
who is ibn arabi? tahu tak siapa dia ni?

kalau korang benar dan untuk provekan kebenaran menjadi agnostic,, as a person was born in muslim family... you people adalah org yg hipokrit..tak adil ..kenape?

sebab langkah pertama , kenali islam melalui Allah, rasulnya dan org org yg banyak bekerja untuk islam.. kenali philopher islam dulu..

then bila semua ni dah lengkap, n u reach to the point still nak deny religion n islam.. please go on n prove mana silapnya ISLAM tu sendiri.. (bukan penganutnya)..then we can have a debate paal issue ni..

tp kalau bercakap setakat hanya kerana baca karya org kafir yg mmg tolak agama,then datang nak show off n point religion is the cause or the destruction... it is so unfair laa.. tak wise langsung..

satu soalan je untuk agnostic..

semua org tak tahu apa yg berlaku lepas mati.. kalaulah kepercayaan agnostic ni benar, semua org selamat termasuk org yg beragama.. tp kalaulah kepercayaan org yg beragama benar.. selamatkah si agnostic ni lepas dia mati?

interested nak discuss dgn awak..kat sini insyaAllah=)

Anonymous said...

n i know well, memang ramai org islam yg gila dan berperangai buruk..teruk sangat.. berlagak.. akhlaq mcm org tak bertamadun..but i never blame my own religion..

ada orang islam yg fight sesama sendiri.. yg berlaga sesama sendiri..

tapi hakikatnya mereka ini jauh terpesong dari ajaran islam sebenar.. yg berjubah berlagak nak mampus ingat diri dah dpt syurga..permainkan agama atas nama agama..yg tak berjubah pulak asyik nak kaitkan agama dan salahkan agama bila tengok ada kononnya ""devotees"" agama tu berkelakuan buruk..memang teruk..memang horrible..tapi cuba kita tanya diri kita,, ini ke yg diajar Islam?saya sendiri menyampah dengan org yg berlagak pandai agama tapi akhlaq buruk.. menghina orang lain..tak berlaku adil..

apa yg ada dalam communism tu, semuanya ada dlm islam..tapi apa ada dlm islam tak ada dlm communism..banyak philosopher islam dari dulu sampai sekarang dah menulis tentang agnostic ni..bahkan alquran sendiri ada menceritakan perihal agnostic .kalau rajin bukak quran cari dan hayati islam sebenar..keseluruhannya..bukan sekerat sekerat ..


tapi agnostic melayu ni bila bicara dengan dia org, buat mcm tau semua pasal islam.. dari a to z.. tapi bila tanya sesuatu benda secara detail mengenai Islam.. apa pun x tau.. rupanya menjadi agnostic dalam kejahilan pasal agama sendiri.. Ini yang obviously UNFAIR

kalau seseorang itu menjadi agnostic setelah dia menkaji habis habis pasal islam,menghafal quran, mengkaji seluruh maksud surat dan tersirat quran. menkaji ajaran islam sedalam-dalamnya,(bukan setakat membaca tetapi berguru dengan pelbagai guru islam)..boleh jugak saya respek..nampak jugak hasil sungguh dia nak cari kebenaran..

ini islam pun tak berapa tau, tak berapa reti, tapi ada hati nak mengutuk islam, nabi islam etc hanya kerana dah jadi agnostic..

so what do u think? i come here bukan nak cari gaduh, tapi as a muslim it is my job nak tau kenapa budak2 yg dilahirkan islam ini memilih untuk berfahaman agnostic?

i puji sikap yg " i am not a muslim just because my parent say so"

in fact semua muslim kena ada perasaan ini sebab jadilah seorang muslim kerana hati sendiri yg muslim. belajar pasal agama sungguh2 ..tapi berapa kerat anak muda islam skrang yg mau belajar pasal agama sendiri terlebih dahulu?

-syed-

Ez Puella Sapiens said...

hi to both anonymous.Abang I tak bother dengan comment you all ni,tapi I do.

Kenapa I(I'm not sure about my abang) feel we should go agnostic?

Because siapa cakap you lahir-lahir you dah jadi Islam?Itu perlembagaan Malaysia bolehlah cakap macam tu.Come on,when you was born you hanya uwek uwek crying and asking for milk.You takde daya pemikiran nak fikir what is halal or haram or something like that.

Kenapa pulak cakap I hipokrit?How about those converters - yang dari agama lain nak masuk Islam,can I call them hypocrite as well?For you the answer is "no" because dia nak masuk Islam.Kalau masuk Islam,bagus.Kalau keluar Islam,hipokrit.

Who's hypocrite here?

Manusia pertama yang agnostic/atheist is when human were babies.Including me and you.I tanya you - you lahir-lahir you tau ke pasal Islam?Not a shit out of it.Satu huruf Arab pun you tak tau.So - you are agnostic.

Islam mengariskan panduan bla bla bla - I've heard that so many fucking times.Do you read Muslim people massacred Jewish community including men,women and children in Grenada in 1066?Hell fucking no!Sebab you rasa Israel je yang bunuh orang Islam tapi tak sedar yang kaum sendiri pun pernah buat benda yang sama.

Do I need to list more?No need - because you'll ignored it.You akan tuduh ini propaganda Barat bla bla bla.Hey - you je la baik,orang lain semua jahat jadi kayu api neraka.So what,go ahead and create your own commune.Don't bother us.

You nak cakap apa pasal kebenaran?Are you really sure you know about it - or you just dengar kata pak kopiah cakap kuat-kuat dalam ceramah?

You want to know how people like me find the truth.Spell this!

R E S E A R C H!I bukan dogmatic macam you all - apa yang dicakap ustaz ustazah you main menyudu je follow.

And I must tell you - I was born to be agnostic.Agnostic in Greek means "I do not know".So I remain don't know.All I ever know is an atom explodes in Plunck Epoch time and creates matter and anti-matter that shaped universe.I believe in that - based on scientist research.

I do not bother kalau you guys muslim people trying to promote religion korang as baik gila - sebab every religion do that as well.Macam iklan sabun,yang ni lagi putih,yang ni lagi wangi,yang ni lagi suci..whatever!

As far as I concern,enough with human to dividing each other.I believe we all born as agnostic.And as we learn and grow,it's either you use your head,or you just be a dumbass.That's all folks.