Sunday, March 21, 2010

bau seperti semangat anak muda!



seperti yang didakwa oleh nami,orang yang lahir pada zaman 1974-1984 adalah generasi x.aku tak tau mana satu yang betul sebab bila aku bukak wikipedia,aku rasa maklumat dia macam kurang tepat,sebab kalau 1984 dimasukkan dalam generasi y,beb,aku tak layan muzik pop macam britney spears atau nsync.jadi seperti didakwa oleh nami,aku juga merasa aku dalam golongan generasi x.(kau rasa macam mana,johan?)

dan sebagai salah seorang dari generasi x,maka wajib dimasukkan grunge dalam kehidupan.sebab grunge adalah benda yang paling mempengaruhi golongan generasi x.pada aku la.

grunge naik pada penghujung zaman 1980an,zaman ronald reagan baru nak retired.mengikut kata member aku,grunge naik pada zaman-zaman kuala geri buat sukan olimpik musim sejuk.atau seoul buat sukan olimpik tahun yang sama.grunge kalau nak ikut dari root asalnya,datang dari muzik punk peninggalan band-band seperti pistol seks,otak jahat(bad brain),remaja sonik(sonic youth) dan macam-macam lagi la.tapi yang mempelopori grunge ini adalah dari kumpulan seattle yang bernama lumpurmadu(mudhoney).asal2 takde istilah grunge pun,tapi bila mamat vokalis bernama tanda lengan(mark arm) ni menjerit dalam slang barat daya amerika,"pure punk,pure madness,pure grungy!".sejak itu,muzik itu dipanggil,"grunge".(grunge dalam loghat amerika barat daya dan kanada selatan dan barat,termasuk kuala geri adalah kasar).pun begitu,walaupun ada banyak band grunge,yang paling popular adalah jem mutiara,taman bunyi dan paling penting,nirvana.

adapun begitu,grunge bermula di seattle,tempat aku bekerja satu masa dulu.aku pernah pergi ke sungai wishkah,tempat abu mayat kurt cobain ditaburkan.sebagai lahiriah grunge walaupun mat rempit,maka adalah menjadi kewajipan untuk ke sungai wishkah.walaupun ada satu masa aku lagi layan teraskeras(hardcore) macam sistem yang ke bawah(system of a down) atau tali tersimpul(slipknot),namun grunge tidak pernah diabaikan.

semalam aku pergi ke kedai dvd mahu membeli dvd.sejak dua menjak ni aku dihidapi oleh penyakit insomia.aku juga menjadi ketagih dengan kafein dan nikortin.sejak dua menjak aku akan tertekan,jadi aku ke kedai dvd untuk menenangkan diri.malam hari imam patrick yang begitu gila,berpint-pint guinness stout diminum bersama,tekanan tu hilang sekejap je.jadi bila aku pergi ke kedai dvd,aku nampak dvd ni,



tiba-tiba imej sungai wishkah terbayang dalam minda aku.aku terbayang gambar mayat kurt dengan muka pecahnya yang pernah ditunjukkan oleh member aku kat milan,bernie finns.sumpah sampai sekarang aku ngeri bayang muka kurt yang pecah akibat shotgun.tu la masa kecik-kecik mak pesan jangan main api,dah besar main senjata api pulak.

aku pun belilah dvd nirvana hidup di membaca '92(live at reading '92) ni.26 tahun lepas matinya kurt cobain,aku dapat rasa ada orang cuba hidupkan balik grunge.aku tak tau kepada siapa tugas ini perlu digalaskan.jem mutiara macam dah makin slow.lumpurmadu pulak sekarang asyik nak main rock progressive je.anak dinosaur(dinosaur jr),band ni lagilah dah lama aku tak dengar.

macam yang nami cakap,"good things will revives.so does grunge" dan aku rasa benda ni betul.punk dulu dah nak pupus masa sid vicious mati.lepas tu ada post-punk macam divisyen bahagia(joy division) dan ubat(the cure).tapi lepas tu ada punk revival macam agama jahat(bad religion),nofx,hari hijau(aku sokong cakap nami,hari hijau yang sekarang,abad ke 21 pecahbawah or 21st century breakdown hari hijau dah jadi glam rock),operasi pokok beracun(operation ivy),dan jugak tutup musim bunga(offspring).tapi post-grunge macam pelawan foo,tiga pintu jatuh,jari kesebelas,permaisuri zaman batu,dan kerusi perak juga sangat aku layan walaupun tak segempak grunge.tapi kalau ada grunge revival tu nanti,macam manalah rupanya tu nanti.apakah sama macam hari hijau atau kelipan 182 nanti?

generasi x ramai yang dah tua.dah berumah tangga dan berkeluarga.aku tak tahu la macam mana rupa generasi y dan z di malaysia tapi kat sini mereka tidak lagi meletakkan gig dan demo band sebagai budaya hidup.sebagai ahli tetap bawah tanah,aku rasa sangat sedih.benda baik perlu dinaikkan semula.muzik ni kalau tak dinaikkan,terus mati berkecai macam muka kurt,maka aku percaya ramai generasi x macam aku ni akan hidup dalam kekecewaan sambil sakit kepala dengar lagu perempuan gaga.

6 comments:

Holden Caulfield said...

tak boleh sama generasi x US dengan generasi x malaysia beb.generasi x US 1971-1981 sebab generasi situ matang awal.

bagi aku,generasi x kat malaysia sekitar 1974-1984.macam abang sedara aku sampai ke aku.bawah dari tu aku rasa dorang generasi y.

generasi remaja kat malaysia x sama dengan kat US.tu two-cents aku la.

nyzm said...

pening aku baca blog kau ni hahaha

hari hijau skrg tak best sangat, aku lagi layan hari hijau yang lama tapi mengikut news aku baca baru baru ni billie joe dah start record album baru, record pakai kerplunk punya equipment tahun 92'

Aril Cantona said...

nami,generasi w ke,generasi k ke,generasi islam hadhari ke,janji time kita,muzik kita best!

nyzm,

kau pening aku lagi pening hahaha!
waaah,bagus la guna sound system '92,baru authentic.

kau ni generasi z tapi macam generasi x kau ni kan?hahaha..generasi rxz ape citer?

nyzm said...

abang aku lahir generasi x, ni sume pengaruh abang aku ah ni! RATM aku dengar dari dia ah! hahaa

Aril Cantona said...

hahaha..aku takde abang,siapa yang pengaruh aku hahaha!

woi nizam,tangan kau patah apahal?orang main bola kat kaki bukan tangan.

nyzm said...

gua main street soccer ahh. gua jatuh tangan gua patah masuk besi

ini bukan kerja abang nan! abang nan tak bersalah! hahahah