Sunday, March 14, 2010

aku cuma mat rempit je kat sini.


tengah hari lepas melihat wan runi sekali lagi melahirkan bayi kembar(dah berturut-turut asyik dua gol je hahaha) dan berbatov,aku pun tengok shahruni yang sedang tidur.aku tengok dan tenung lama-lama dia yang sedang asyik tidur.aku termenung,apa perasaan bapak aku bila aku besar dia ni dulu?bila aku membesar macam ni,dia expect tak yang sebenarnya dia lahirkan 'monster' daripada seorang bayi?

aku baca pengejar bintang karya si nami yang suka minum teh tarik.dalam cerita tu,bila mamat luqman tu disalahkan mak dia sebab kena buang universiti,mamat tu pun cakap "salah luqman ke ada dalam dunia ni,mak?sape yang mintak untuk ada kat sini".selalu bila anak tak jadi apa yang mak bapak hendak,mesti mak bapak marah kat anak.tapi kewujudan anak tu pun hasil mak bapak yang berfuddle duddle lepas kahwin,betul tak?jadi dah lepas berseronok-seronok lepas tu tak nak tanggung pulak,macam tu?

aku tengok ez yang semakin lama semakin jadi punk anarcho bagi aku.dia taklah pakai baju pistol seks atau membuat rambut mohawk,tapi sibuk baca buku emma lelakiemas(goldman) dan mula sibuk menjadi minah protes kalau ada event-event yang macam best.aku merenung balik,apakah minah yang dilahirkan songsang ni mengikut kehendak bapak dan arwah mak aku dulu?dorang dapat bayangkan ke ez jadi macam ni,seorang anarkis yang menjadi agnostik,berdebat dengan abah pasal agama sampai abah pun terus senyap tak terkata apa,abah expect ke aku ni jadi mat rempit yang masuk kes polis dua tiga kali ni?cuma arwah elly je yang behave antara tiga ni.aku tak pasti kalau arwah shahrul hidup lama dia jadi apa.

aku baca blog nami pasal kambing biri-biri.aku terfikir,apakah satu hari nanti shahruni ni pun bakal jadi kambing biri-biri yang disembelih?atau dia jadi mat rebel atau mat rempit.atau mat pet atau mat jual mapiau.aku tak pasti.aku baca blog johan,sekali baca aku rasa macam baca blog professor madya mana.sumpah aku baca aku pun jadi tak faham.tapi aku cuba membaca dan dia sebenarnya menulis tentang semangat anak muda yang semakin tua.

fikir balik,setiap kali ada masalah,kaum paling terlemah akan dipersalahkan.kalau masalah hiv,pondan dan mak nyah disalahkan sebab sifat mereka.kalau mat rempit pulak selalu disalahkan bila ada kemalangan jalan raya.orang miskin selalu kena marah sebab buang sampah merata-rata.jadi dalam struktur sosial ni,walaupun paling besar,anak muda yang paling lemah.yang selalu kena buli dengan si tua.yang mana jadi pak turut bolehlah jadi ketua pemuda.aku tak tau apa nasib si shahruni ni nanti.mungkin nasib dia lebih baik dari aku,sebab dia berada di luar kawasan pekembar yang suka membodohkan orang.tapi stephen harper tak kurang jugak membodohkan orang.parti konservatif koboi ni dah berapa banyak masalah tak settle2 lagi.tapi sekurang-kurangnya stephen harper tak beli kapal selam tak boleh menyelam atau pergi slovakia bayar kelab kat sana.

masa aku anak muda dulu,aku cuma jadi mat rempit je.aku ada jugak pergi gig,layan lagu nirvana,lagu teraskeras(hardcore) macam barah keranda,puak buta atau grunge macam jarimentega.ada juga dengar lagu acab dan lagu-lagu punk.aku tak pernah baca buku emma lelakiemas,aku tak pernah baca buku leon trotsky,aku tak pernah baca buku lenin.aku pernah baca buku penangkap dalam rumput(catcher in the rye) jd salinger,dan pengejar bintang si nami.dua buku tu je mengisahkan anak muda yang mahu bebas.yang benci dengan kepoyoan orang tua,buat peraturan untuk kepentingan mereka.membocahkan fikiran anak muda.aku tak pernah rasa nak jadi anarcho atau sosialis sebab baca buku.aku cuma nak bebas.dan buku bertemakan kebebasan anak muda memang kegemaran aku.aku susah nak baca pasal falsafah-falsafah,tapi aku suka bila dengar cerita anak muda memberontak.bukan sebab dia baca leon trotsky,lenin,atau jean paul sartre.dia memberontak sebab dia ingin bebas.

bila aku merempit,angin bertiup ke muka aku makin laju makin aku rasa bebas.aku rasa diri aku melayang terbang.ke mana jajahan motor aku pergi,ke situ jiwa aku pergi.aku tak nak jiwa aku terjerut dengan tali leher atau terperap dalam kereta dua tiga jam nak pergi kerja.aku gembira bekerja di tujuh sebelas sebab dengan duit tu aku dapat menikmati kehidupan.

aku nak memberontak macam ez,nak tulis novel macam nami,atau tulisan yang best macam johan,tapi sayang aku takde kelebihan tu.aku cuma mat rempit je kat sini.

aku tak tau apa akan jadi kat anak aku nanti.macam bapak aku yang harapkan aku akan bersorak nama torres atau gerrard tapi akhirnya aku sebut nama rooney dan berbatov,macam tu jugak aku tengok anak aku.aku nak kalau boleh dia macam johan,yang cool je bila menulis blog,atau macam makcik dia yang pergi baling tong sampah kat muka orang bila protest,atau jadi macam nami yang jadi penulis.tapi akhirnya,aku biarkan dia je yang tentukan jalan hidup dia.tugas aku jadi penangkap dalam rumput je untuk dia.

3 comments:

Cob Nobbler said...

ni apahal pulak ni..
lek arr..

nko dah bosan ke jadi tua kah kah kah!

Anonymous said...

ko pernah Critical Tits? dia satu spin-off dr Critical Mass..mgkin ko brminat..kehkehkeh

Aril Cantona said...

Nami,kau lagi tua dari aku cibai!

Johan,kau suka tits tak hahaha!