Friday, April 9, 2010

perkasa-kah melayu?

aku diminta oleh nami untuk menulis satu artikel untuk zine sosialis untuk persatuannya,namanya solidariti sosialis.dan aku dan ez bekerjasama untuk menulis ini.bagi aku ini satu penghormatan memandangkan aku takdelah pandai sangat,tapi aku akan tulis berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan aku.aku mintak maaf kalau tulisan aku tak best.aku cuma cakap je,ez tukang bagi idea+tukang susun ayat.kalau aku tulis nanti langsung hancur.

[mula kat sini]

aku sudah tinggalkan malaysia 5 tahun yang sudah.sepanjang aku tinggal di sana aku sering dilabelkan sebagai orang melayu.bila buat kad pengenalan aku dikehendaki menulis bangsa aku,bangsa melayu.bila aku pergi majlis kahwin aku mesti pakai baju melayu.hakikatnya aku ada darah campur,turki,irish,yahudi dan bugis.jadi,kalaulah aku gatal tangan tulis bangsa kat spm aku atau nak buat kad pengenalan aku,bangsa yahudi atau irish,apa yang akan jadi kepada aku?

hakikatnya apa yang aku nampak tentang melayu ialah aku tidak nampak apa konsep melayu.apa yang menyebabkan seseorang itu menjadi melayu.jika mahu dilihat sebagai seorang skinhead maka wajar seseorang itu membotakkan kepala,berseluar skinny dan berkasut doc marten.tapi bagaimana seseorang itu untuk dilihat sebagai melayu?

soalan ini sangat penting di malaysia,walaupun tak penting di sini.ini kerana di kanada,tidak ada seorang pun yang akan ambil peduli tentang apa bangsanya.gabenor alberta(negeri yang tempat aku tinggal) adalah seorang bangsa cina,norman kwong.cuba bayangkan kalau di perak atau selangor yang ramai orang cina,menteri besarnya orang cina,apa akan jadi?dan di alberta,bangsa cina tak sampai satu peratus pun,tapi dia dipilih atas merit pencapaian.

persoalannya,sampai bila nak berlindung atas nama melayu?sampai bila nak berlindung atas nama agama islam?paranoid yang ditiup-tiup kononnya bangsa melayu di singapura haknya semakin terhakis itu penipu.hakikatnya orang melayu di singapura juga hidup mewah jika dia rajin berusaha.jika cina di singapura pemalas maka dia pun akan tidur di tepi longkang juga.melayu yang saya lihat,adalah manusia yang leka dengan hak ekslusif perlembagaan yang sebenarnya tak dinikmati oleh semua golongan yang dipanggil melayu ni.

maka sejak 8 mac,bila angin perubahan bertiup di malaysia,umno dilihat semakin goyang.untuk mempertahankan establishment mereka itu kini kelihatan tidak lagi mudah.lalu wujudlah satu kumpulan yang berhaluan kanan dipanggil perkasa.kewujudannya adalah respon kepada ramai manusia yang mahu berubah dari terus hidup di tembok-tembok tinggi ini.

melihat dari jauh,kebanyakan yang menyertai perkasa ini adalah golongan melayu yang berada di kelas pertengahan.kebanyakan mereka ini adalah golongan peniaga,kontraktor kelas f atau bekerja sebagai pegawai kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.mereka berada dalam satu kelas yang selesa kerana "status quo" yang telah disediakan oleh kerajaan pemerintah untuk mereka berada di dalam kumpulan yang selesa dalam masyarakat.jadi apabila 8 mac,satu goncangan kuat dari bawah menyebabkan mereka takut keselesaan mereka turut hilang.

kewujudan perkasa ini dilihat sangat menakutkan kerana ianya mungkin boleh berkembang seperti british national party(bnp) atau lebih teruk,parti nazi.ini kerana parti berhaluan kanan ini akan sering memainkan sentimen perkauman serta mengubah persepsi masyarakat tentang masalah yang sebenar.pada zaman adolf hitler,isu yahudi kaya dan penindas sering dimainkan,begitu juga dengan pendatang asing di uk,sering dimainkan oleh bnp.hakikatnya kemiskinan ini bukan disebabkan bangsa itu dilahirkan kaya atau miskin,sebaliknya kemiskinan ini berlaku kerana pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara dua kelas,borjois dan proletariat.

setiap kali perkasa mengeluarkan kenyataan,ia akan berkata mahu membela masyarakat melayu.hakikatnya kejadian kampung berembang kebanyakan mangsanya adalah melayu.kemiskinan masih lagi membelenggu orang melayu.tetapi dalam hal ini mereka menuduh cina dan india sebagai perampas kekayaan negara.hakikatnya segala kontrak dan perniagaan melayu semuanya diagihkan kepada sekumpulan kecil oligarki dalam masyarakat.sebab itu melayu terus miskin kerana pengagihan kekayaan hanya berpusing di sekitar golongan kecil sahaja.

jadi,apakah fungsi perkasa untuk orang melayu?jawapannya untuk menjadikan bangsa melayu penuh dengan semangat kebencian agar rakyat terus berpecah belah supaya pihak pemerintah terus kekal memerintah.dan isu-isu agama akan digugat serta kedaulatan ini mengalih pandangan (diversion tactic) untuk melekakan orang melayu dari melihat dari kegagalan ekonomi sebenar akibat pengagihan kekayaan yang tidak adil di kalangan oligarki ini.

golongan liberal,sosialis dan anarkis,terutamanya yang melayu sering dianggap sebagai golongan melayu yang lupa diri,yang tidak berterima kasih serta sesat dan rosak akidah.ini kerana golongan ini cuba bergerak progresif dalam kejumudan pemikiran konservatif,kolot dan fasis ini.dan dalam mencari kebenaran,mereka sering dikritik dan dipaksa tutup mulut supaya establishment kuasa mereka terus dikekalkan.

dan dalam keadaan ini,kelas pekerja terutamanya melayu perlu sedar bahawa sudah masanya untuk mereka untuk tidak diperbodohkan.idea-idea progresif akan terus menongkah tembok-tembok ini sejajar dengan ruang dan waktu.dan dalam hal ini,kaum pekerja harus berani untuk menerima perubahan atau terus diperbodohkan oleh golongan seperti perkasa ini.cabaran kaum pekerja cukup besar dalam bangkit membina kekuatan kelas.

hari ini mereka bermain dari isu perkauman,tetapi kalau kita lihat mereka membuka topeng mereka dan kita lihat sebenarnya mereka juga bekerjasama dengan para kapitalis cina,india,arab,eropah dan lain-lain.hakikatnya melayu masih lagi miskin walaupun 52 tahun hidup di bawah pemerintahan umno.sudah tiba masanya bagi kaum pekerja melayu untuk dikejutkan mimpi angan-angan cerita perlembagaan dan hak ekslusif.melayu perlu disedarkan dari alam kebodohan,dan adalah tugas pekerja untuk bangkit menuntut hak agar golongan lintah darat melayu dari perkasa ini keluar dari kepompong perkauman.

3 comments:

lara..hati n.. said...

b4 nie mmg jadi silent reader je kat kolam udang nie..x tau pesal post nie menarik2 ati i utk reply something...

ingin saya memotong sedikit bait dari DR M from dilema malayu...

Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu untuk undur ke tepi dan memberi jalan untuk orang lain lalu. Bukan sahaja mereka berundur ke tepi, malahan mereka juga menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Orang Melayu yang menerima penghormatan ini juga akan menunjukkan latar belakang pendidikannya yang baik dengan tidak mengambil sepenuh kesempatan yang diberikan. Sambil memberi jalan dia juga akan menunduk. Tiap-tiap seorang mengharapkan budi bahasa ini dari yang seorang lagi. Tetapi harapan ini akan putus sebaik sahaja pihak lain itu bukan orang Melayu. Orang bukan Melayu itu dikecualikan. Dia tidak tahu. Dia tidak patut disalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan. Dia tidak diharapkan menyesuaikan diri. Dia boleh berkata atau berbuat perkara-perkara yang dianggap kurang ajar atau kuragn sopan bagi orang Melayu. Malahan dia boleh berkelakuan paling tidak sopan dari pandangan orang Melayu di depan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu, dan tiada siapa jua yang akan berkata apa-apa. Hakikat bahawa orang Melayu bersedia memaafkan dan membiarkan sahaja orang bukan Melayu berbuat begitu tiap-tiap kali sudah merupakan dia telah mendapat asuhan yang baik. Memalukan tetamu adalah suatu perbuatan yang buruk dan orang bukan Melayu itu selalunya dianggap sebagai tetamu oleh orang Melayu, tetamu di negaranya.
Malangnya, amalan yang dianggap sebagai sopan-santun yang baik oleh orang Melayu telah disalah-ertikan oleh orang orang bukan Melayu. Pihak British menganggap sifat memberi hormat dan sentiasa mengalah orang Melayu itu sebagai bukti kelemahan dan rendah diri orang Melayu. Kebiasaan orang Melayu memanggil mereka `tuan' dianggap oleh mereka sebagai penerimaan bahawa orang-orang Eropah adalah `tuan' kepada orang Melayu.
Malahan salah sebuah kamus Bahasa Melayu-Inggeris ka rangan Winstedt secara keterlaluan menyatakan bahawa cara yang betul bagi orang Melayu, termasuk raja-raja, memanggil orang Eropah ialah dengan meletakkan kata hormat `tuan' di depan nama mereka. Jika kesombongan ini tidak pernah ditentang secara terbuka ataupun jika kesalahan ini tidak pernah dibetulkan maka sebabnya ialah orang Melayu menganggap tidak sopan membetulkan kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh orang asing.
Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara-negara yang penduduknya sangat ramai tidaklah begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan-santun. Dalam kehidupan mereka, kemuliaan yang selalunya dikaitkan dengan asuhan tidak pernah wujud. Yang mereka hormati hanyalah umur dan kekayaan semata-mata. Orang-orang Cina dan India tidak pernah faham akan kebiasaan mengalah diri oleh orang Melayu. Mereka tidak melihat amalan ini sebagai suatu petanda yang membayangkan asuhan yang baik. Mereka tidak terasa kagum dan tidak pula pernah mereka merasa perlu menirunya. Bagaimanapun, mereka dapati kebiasaan itu betul-betul menguntungkan mereka. Mereka dapati bahawa mereka tidak perlu mematuhinya, dan mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa dicela. Mereka mendapati sangat beruntung kerana mereka dapat melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang Melayu. Sesungguhnya mereka dapati bahawa di bumi Melayu ini mereka mempunyai kedudukan istimewa....

dari kecik kau tanye ayah aku.melayu tu ape..samapi la nie bapak aku x jawab,sampai la aku bace dilema melayu aku senyum sendiri..dan time kasih aril&EZ ..

u buat i lagi paham wht the hell melayu means acuatlly!!yes melayu perlu disedarkan dari alam kebodohan!!!jangan terlampau bangga dengan adat kemelayuan yang sebenar nye satu hapah pun x membawa perubahan pada kehidupan..

melon. said...

setuju, melayu sangat selesa berlindung di bawah payung sendiri. sudah tidak ada unsur gigih untuk berjaya, hanya harapkan hak istimewa.

anak abdullah said...

melayu bodoh pun boleh masuk u..aku suka skrip ni dalam filem gaduh..haha tapi memang betul la...aku rasa mana2 IPTA memang melayu yang ramai...tapi yang hebat golongan minoriti gak..sebab rajin...yang bestnya jadi melayu...nak beli rumah pun ada less...haha